Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas....
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN
Agar tidak berganjak HALUAN...
"Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?
Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga bisa tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.
Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Kerna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.
Justeru itu teman-temanku sekalian,
Be honest if you love Allah Be honest if you love yourself Be honest if you love your family Be honest if you love your friends Be honest if you want to be love Because with the honesty You will find your happiness You will live no doubt You will breath confidently You will think positively You will walk securely You will remember that you are not alone in this world
Kata-kata ini mungkin tidak bererti apa-apa pada kalian, cuma catatan hati seorang insan biasa. Insan yang menjadi sang pemerhati. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan. Berkata benarlah meskipun pahit kerna pada yang pahit itu pasti ada manisnya. Jagalah setiap perhubungan kerna andai sebuah perhubungan itu retak ia tidak akan menjadi seindah perhubungan pertama saat ia bercantum semula.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu, tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .
Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini banyak anak telah kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.
"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali, anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Ku berikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
Jika diam itu lebih baik, maka ambillah langkah untuk mendiamkan diri. Sebabnya?kerana diam itu merupakan pengawal peribadi yang paling berwaspada. Dan sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya dan selalulah bermuhasabah diri.Mungkin ianya sebagai salah satu ujian yang diberikan oleh Allah untuk kita. Maka bersabarlah sentiasa dan maafkanlah mereka. Andainya mereka melukakan hatimu lagi, jangan bersedih kerana Allah sentiasa di sisinya...."Laa Takhauf Wa Laa Tahzan Innallaaha Ma'ana"..Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kemudahannya, dan di sebalik ujian itu pula pasti ada hikmahnya...cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya...Dan utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.."Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."
✿Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. ✿
Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Quran.
Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua rakaat yang bukan fardhu, kemudian membaca doa:
"Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini."
"Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."
Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut:-
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad -
YAMHULLAHU MAA YASHAA'
(Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)
Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.
Wallahu A’lam.
Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu. Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Kursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
' LA TA' KHUDZUHU SINATUW WALAA NAUM...' (maknanya: '[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR')
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Kursi 3x sebelum mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci… Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu… Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada dimuka bumi ini...
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...
Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH? InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah… Amin Ya Rabbal Alamin..
Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.
Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.
Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." – Surah al-Mulk: 2.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka." – Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah." – Hadis riwayat al-Bukhari.
Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:
1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu: Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim. "Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah." – Hadis riwayat Muslim.
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah: Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits "Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU." – Hadis riwayat al-Tirmizi.
Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah: ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian "Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun." – Hadis riwayat Abu Daud.
Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi. Wallahu a’lam.
Adakah terdapat di dalam hadis zikir ini yang disarankan supaya dibaca 7 kali pagi & petang? Apakah maknanya & fadhilatnya?
"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim".
Jawapan:
Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. yang menceritakan Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesiapa membaca pada setiap hari di waktu pagi dan waktu petang sebanyak tujuh kali:
"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim"
“Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung”.
-->>nescaya Allah SWT akan membantu/menjaganya dari perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia dan akhirat”.
- (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir). Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Lihat hadis ini dalam al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqali ‘Inda as-Sobah Wa al-Masa’
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Pembacaan Ma’thurat sewaktu haid dibolehkan walaupun terdapat ayat al-Quran di dalamnya atas dasar atau niat sebagai zikir, benteng dan pendinding diri.
Sewajarnya wanita yang dalam tempuh uzur membanyakkan amalan wirid dan zikir sebagai pengisian terutamanya pada lima waktu solat yang sudah pastinya kosong.
Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.
Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal air mata ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua tipuan Iblis untuk menyesatkan kita. Amalan seseorang yang banyak ada kalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita, agar kita berbangga dengan diri kita yang diciptakan daripada tanah. Amal yang sedikit turut memperdayakan kita, agar kita sentiasa berharap Allah mengampuni kekurangan diri kita. Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’. Orang yang banyak beramal berasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila ia berjalan, ia tunduk semacam tawadhu’ walhal syaitan dalam jubahnya. Ia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yag lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan satu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila ia bercakap, ia merasakan semua orag memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu ia menganggap yang buruk itu baik.mungkin baik pada zahir, tapi buruk pada hakikatnya. Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Ia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi. Sesetengah orang berilmu, apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkan. Ia mengatakan cinta akhirat tetapi ia sendiri kelihatannya sibukmengejar dunia. Ia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan. Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi di hati tidak. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya kotor dengan pelbagai penipuan. Mereka boleh bercakap dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasauf juga barangkali tetapi hanya lidah berbicara sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan. Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila ia enyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Bila ia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Bila ia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara. Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang khalis yang mana mungkn ilmunya idak banyak tetapi ia sangat memberi kesan. Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya pandang tidak pandang, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang khalis, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik. Sudahlah, jangan kita lupa tentang akhirat. Parti mana menang, parti mana yang kalah, itu pertembungan di dunia. Jangan sampai lupa akhirat. Jangan sibuk berjuang, tetapi rupanya bukan kerana mendaulatkan Islam tetapi ingin memenangkan kumpulan sendiri. Konsep perjuangan adalah, memenangkan agama Allah walaupun kumpulan kita kalah. Kalau kita berjaya, daulatkan agam Allah dengan cara orang yang memerintah. Jika kita kalah, kita mendaulatkanIslamdengan cara sebagai oang yang kalah.
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Yaasiin adalah surah yang ke 36, terdiri atas 83 ayat dan diturunkan selepas surah Aj- Jin. Ia dinamakan Yaasiin kerana permulaan surah tersebut dengan dua huruf iaitu Yaa dan Siin, yang ertinya hanya Allah SWT yang mengetahui. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah SWT mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah SWT bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Surah Yaasiin adalah "Hati" Al Quran.
POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah SWT; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah SWT dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.
2.KISAH-KISAH: Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.
3. LAIN-LAIN: Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah SWT menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada orbit yang telah ditetapkan Allah SWT; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah SWT menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.
AMALAN TRADISI:
Surah ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi kehidupan sebagian umat Islam. Meskipun keabsahan tradisi tersebut diperdebatkan, Surah Yaasin ini sering dibaca pada waktu-waktu tertentu seperti ketika seseorang sedang menghadapi sakratul maut, malam Jumaat, malam Nisfu Sya'ban, tahlil, dan lain sebagainya.
FADILAT SURAH YAASIIN:-
1. Membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosanya.
2. Sesiapa yang membaca surah Yaasiin nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali ganda membaca Al Quran seluruhnya.
3. Barangsiapa membaca surah Yaasiin, apabila sampai pada ayat “Wadhrib lahum…iz jaa ahal mursalun”, ia berdoa apa-apa yang dikehendaki, nescaya dimaqbulkan doanya.
4. Sesiapa yang menjadikan bacaan surah Yaasiin sebagai wirid amalnya pada setiap malam sehingga tiba ajalnya, nescaya ia memperolehi mati syahid.
5. Sesiapa masuk kawasan kubur dan baca surah Yaasiin (dimana pahalanya dihadiahkan kepada ahli kubur) maka sejak hari itu seksa mereka diringankan dan baginya kebaikan sejumlah penghuninya.
6. Untuk mengelakkan kanak-kanak berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun yang baru meniarap atau merangkak dari suka makan debu atau sampah-sampah halus, pegang tangan kirinya dan bukakan tapak tangan lantas bacakan surah Yaasiin dari ayat 1-9. Kemudian sambung dengan Ayat 82-83. Dengan izin Allah, sekiranya dijadikan sebagai amalan, kanak-kanak itu akan jadi berani, hatinya kuat, tabah, mudah menerima segala ilmu serta memudahkan rohani dan jasmaninya melakukan segala kebaikan.
7. Untuk lindungi diri dan rumah dari pencuri semasa tidur, baca ayat 9 dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah. Amalkan untuk lindungi diri dari dianiaya.
8. Ayat 9 ini digunakan sebagai “Ayat Pelepas”, dibaca apabila selesai mengurut orang supaya penyakit orang itu tidak dipindahkan kepada si pengurut.
9. Baca ayat 10, 40kali selepas solat subuh dan maghrib untuk pendinding daripada perbuatan sihir.
10. Amalkan Ayat 58 agar akhlak atau pekerti anak-anak yang nakal, malas mengaji dan sebagainya menjadi baik, rajin dan bijaksana.
Ayat 58 di baca 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.
11. Ikhtiar untuk dicintai dan dikasihi orang: ambil air atau makanan, dibaca padanya Bismillah 786x dan Ayat 72 lalu diminumkan atau diberi makan kepada seseorang yang dimaksudkan.
12. Ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar Rahman Ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
Amalan untuk memohon hajat:-
1. Selepas sembahyang subuh
2. Tiga Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.
Kaifiat membaca Surah Yaasiin yang baik ialah :-
1. Hendaklah berwuduk. Istighfar 3 kali kemudian baca Al Fatihah 3 kali.
2. Membaca Selawat Nabi 11 kali
3. Membaca Surah Yaasiin.
4. Setelah selesai, bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafiruun, Surah Al- Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas
5. Disudahi dengan doa.
Khaifiat membaca Surah Yaasiin Malam Nisfu Syaaban:
Seeloknya Yaasiin dibaca pada malam Nisfu Syaaban kerana ia akan mendatangkan rahmat. Caranya:-
1. Waktunya selepas solat fardu Maghrib, 15 Syaaban.
2. Dibaca 3 kali berturut-turut diserta dengan niat atau doa memohon kepada Allah tiga perkara:-
a. Bacaan pertama mohon dilanjutkan usia di dalam kebajikan
b. Bacaan kedua mohon ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan beriman yang sempurna
c. Bacaan ketiga memohon dimurahkan rezeki yang halal lagi banyak.
Kisah Nabi saw. yang berkaitan dengan Surah Yaasiin
Kisah Pertama:-
Ketika Abu Jahal dan puak musyrikin bermesyuarat untuk membunuh Nabi saw., mereka telah mengepung rumah Nabi saw. bermula dari waktu maghrib. Ketika menjelang fajar, Nabi saw. membaca surah Yaasiin sebanyak 7 kali bermula dari ayat 1-9. Maka setelah itu, Nabi saw. keluar membuka pintu dan mendapati musuh-musuhnya tidur dengan nyenyak sekali. Sesuatu yang pelik dan menghairankan ialah iblis yang menyamar sebagai Bani Najad pun juga turut tertidur sedangkan sebelum ituratusan ribu tahun tidak pernah tidur. Lantas Nabi saw. mengambil pasir dan melempar ke atas mereka dan mereka tidur dengan lebih nyenyak lagi. Itulah pertolongan Allah SWT kepada Nabi saw.
Kisah Kedua:-
Diriwayatkan dari Ibnu Al Kalbi bahawa seseorang telah terancam nyawanya oleh musuh-musuhnya. Lantas lelaki itu mengadukan halnya kepada seorang alim, maka orang alim itu menasihatkan agar dia membaca surah Yaasiin setiap kali hendak meninggalkan rumah. Lelaki tersebut melakukan apa yang dinasihatkan. Maka setiap kali dia bertemu dengan musuhnya, musuh itu gagal melihat dirinya.
SURAH YAASIIN, AYAT 58 , SALAAMUN QAULAN
1. Apabila ada sesuatu hajat misalnya hendak lulus dalam ujian/peperiksaan, anak yang nakal supaya menjadi baik budinya dan sebagainya :-
a. Amalkan pada hari Jumaat tatkala hampir terbenam matahari 313 kali
b. Sebelum membaca kalimah tersebut, baca AlFatihah kepada Nabi saw
- kepada arwah guru-guru, para wali Allah, Al Fatihah
- kepada ayah dan ibu, muslimin dan muslimat, Al Fatihah
- dan khususnya kepada niat ini (lafazkan niat yang dikehendaki), Al Fatihah
SURAH TAHA (35 ayat) – ‘DIMULAI DENGAN KALIMAT THAAHAA’
DITURUNKAN DI MEKAH
Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.
Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini...
Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.
POKOK-POKOK ISINYA..
1. KEIMANAN:
Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT
2. HUKUM HAKAM:
Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat
3. KISAH-KISAH:
Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.
4. LAIN-LAIN:
Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia..
FADILATNYA:-
1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.
Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.
Ayat ini adalah ayat pelembut hati.
Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah
Terjemahan:
"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."
2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.
Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."
3. Ayat 39 diamalkan para isteri supaya suami tidak kahwin lain.....
Terjemahan:
".. dan aku limpahkan rasa cinta-ku kepada engkau dan supaya engkau diasuh di bawah perhatian-ku."
4. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.
Terjemahan:
"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."
5. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu...
Terjemahan:
"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."
6. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.
7. Tulis ayat 131-132 pada sehelai kertas dan sentiasa dibawa oleh orang yang berhasrat untuk berkahwin. InsyaAllah dia akan mendapatkan jodohnya.
- Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.
- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.
- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha..
Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.8. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.
9. Surah ini ditulis pada kertas kemudian dicurahkan keatasnya air panas. Kemudian air tersebut digunakan untuk mandi. Khasiatnya anda akan segera mendapat jodoh yang sesuai dengan agama, insyaAllah.
“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,
Bahagiakan diri kita dengan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada insan yang tersayang dari memikirkan bahawa mereka gagal memenuhi apa yang kita inginkan.
Apa pun perkahwinan itu adalah suatu ibadah. Jadi di mana dan kemana arah perkahwinan itu mesti jadikan dia ibadah, samada bahagia yang kita tempoh atau derita yang kita rasai. Jika kita bahagia, kita bersyukur, jika kita derita, kita bersabar, semua nya ada jaminan dan ganjarannya.
hinggalah kini aku mengerti.. dan mampu memberi erti.. masakan aku mampu berkata bahawa jalan ini tidak membawa erti.. pada diri?? di jalan ini.. aku di beri erti untuk mengenal sebuah perjalanan.. perjalanan yang memberi seribu satu kehidupan.. dan aku tidak ingin berpaling dan kembali kepada kelekaan.. Allah izinkan.. di jalan ini.. aku diberi erti untuk mengenal sebuah tali ikatan.. ikatan yang di dasari atas dasar kasih sayang dan persaudaraan.. yang terus-terusan tidak terlintas untuk melukakan.. apatah lagi meminta dilukakan.. di jalan ini.. aku diberi erti untuk bersama dalam perjuangan.. perjuangan yang memerlukan komitmen yang benar.. dan kebenaran yang diperlukan oleh kefahaman.. dan kefahaman itu kefahaman yang berterusan.. dahulunya sahabat.. aku punya banyak masa terbuang yang kini aku lupakan.. dan kini sahabat.. aku punya banyak masa terluang dan ingin aku manfaatkan.. di jalan ini juga.. aku di beri erti untuk GIGIH dalam berbuat 'amal.. disamping kegigihan itu ada satu sisi yang tidak boleh dibiarkan.. iaitu GIGIH menjaga niat di balik setiap amal.. begitu banyak yang aku pelajari dari jalan ini.. jalan yang dimulakan.dan ingin juga aku akhirkan.. di sini..di tempat aku bermula.. Allah sekali lagi izinkan..
Belum sempat pun terlintas di fikir Hari ini bukan yang kelmarin Tidak aku sedari Langkah ku telah beralih…
Telah tercarik selembar kain putih
Yang terbentang di sepanjang peerjalanan Menuju ke hadapan-Mu Tuhan Melewati kehidupan… Apa ada jawapan?
Aku tabah dan redha menerima
Biarlah sakitnya membisa Kerana aku tahu Tiap yang tertulis untuk aku Ada hikmah di sebaliknya…. ….aku pasrah....\
Aku tahu….betapa sukar untuk menghapus bayangan silam
Meskipun masa berlari kencang Aku masih ralit menguliti kenangan Kerana aku takut pada dosa semalam Apa ada keampunan???
Aku kaku di sini…mati…
Aku menghitung waktu Yang pergi….tetap berlalu Yang sekarang….aku tabahkan Yang esok….belum pasti berlaku
Menggeletar seluruh zahir dan batin
Aku bertakbir…..ALLAHU AKHBAR!!!!!! Ya Allah….betapa Kau Maha Besar Aku hamba yang kerdil Dimakan waktu yang datang dalam pejam Yang hilang dalam tenang….. Sesungguhnya dunia ini benar-benar pinjaman Masa yang berlalu itu Membawa aku kepada kematian….. Aku terkedu tanpa bicara
Perlahan membisikkan istighfar Ya Allah…… aku memohon kepulanganku diterima Pengabdian ini segalanya untuk-Mu ya Allah Aku hina dalam leka…… alpa pada masa Sesaat ia pergi aku dalam dosa Sedangkan sesaat itu adalah milik-Mu Dan aku lemas dilena waktu Bila aku sedar….. Yang pergi… tetap berlalu Yang sekarang…. Aku tabahkan...... Yang esok……
Apa ada keampunan?
Aku bertahmid melaung kesyukuran
Terima kasih ya Allah Aku tahu masih ada ruang untuk aku Disisi-Mu Tuhan selagi jantung ini terus berdegup selagi nadi ini terus berdenyut selagi nafas ini terus mengah ada pintu taubat-Mu yang ternganga luas …..Ya Allah…. Pada-Mu aku menyerah
Cinta tidak memerlukan sebab musabab untuk membuktikan nya hanya dengan kata-kata..perasaan cinta hadir dengan tanggungjawab...tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya..cinta Allah kekal abadi kerana ia abadi..tidak luntur walau di mana kita berada...cinta Allah menjadi peneman hidup di dunia dan akhirat..hanya kuasa Allah yang berupaya membuktikan segala nya.. Allah maha adil menciptakan kita manusia dengan begitu sempurna sekali penciptaan Nya..maka tidak ada asbab untuk kita tidak bersyukur..ALLAH hadirkan lagi perasaan sesama manusia berlainan jantina...itulah kuasa Allah..untuk meneruskan kehidupan.. Ya Allah tetapkan hati kami agar setiap langkah kami setiap saat sentiasa mengingati Mu..iringi langkah kami..dengan petunjuk Mu...
.。✿*゚゚・✿.。.:*"KU BERMOHON .....。✿*゚゚・✿.。.:*"
Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita
Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu
Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu
Ku Memohon Padamu
Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.
Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.
Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah, perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.
Hanya dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sangat rahsia.
Berat sungguh hati ini melepaskan perasaan yang sungguh indah. Meleraikan setiap satu sengketa, lembaran kebahagiaan dan kuntuman kasih serta benci. Jika diikutkan kata hati memang segala nafsu bakal menguasai. Kelak akan merana diri sendiri.
Yang pasti kini hati terbang bersama angin lalu. Tiada lagi rasa atau dusta. Cukuplah sampai disini aku sering sengsara. Jika ia dilukai biar atas kesilapan aku sendiri. Jangan mungkin kerna ego atau iri.
Hanya satu yang menjadi harapan, ketenangan tanpa sebarang keterpaksaan. Benar jika ada cinta ia akan bahagia, jika ada cinta ia pasti berbunga, namun jika ada cinta ia mampu meruntuhkan segalanya.
Sukar sungguh dinyatakan bertapa beratnya hati membiarkan perasaan itu pergi. Walau aku tahu yang ia mungkin terjadi. Pada awalnya aku yakin namun bila perjalanan hidup dimakan waktu segalanya bagaikan tidak pasti. Segalanya jadi goyah buatkan diri ini bagai hilang kembali rasa itu. Jika benar takdir itu, tunjukkanlah pada aku. Jangan biar ia hilang setiap saat yang ada.
Sekilas aku menjeling raut wajah comel permata hatiku, Ilham Nurina . Rasa simpati mula menyelubungi hati, kasihan bila mengenangkan nasibnya. Rasa setiap masalah yang mengusutkan fikiranku hilang bersama gelak tawanya. Maafkan ibu sayang, bukan niat ibu untuk memisahkan kalian tetapi demi kasih pada ayahmu ku korbankan segala kebahagian yang aku kecapi selama setahun setengah. Hanya kau lah satu-satunya sayang buah hati ibu, penawar segala kedukaan ini kau lah racun kaulah segalanya. Kau jualah permata hati ibu dan ayah. Hakim, ku kira cerah akan berpanjangan rupanya hujan ditengahari. Aku kira hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku rupanya aku silap, silap menghitung perasaan .Kasihku padanya hanya di pinggiran sahaja. Rupanya hatinya masih lagi bertaut pada insan yang terlebih dulu menghuni hatinya berbanding aku.
Setiap hari aku menanti kepulanganya dengan penuh sabar walaupun hatiku juga merintih kepenatan lantaran aku jua turut sama mencari rezeki sepertinya. Cukuplah segala kepenatan yang ku rasa di ubati dengan senyuman manis darinya. Namun kepulangannya pada suatu petang telah meragut keindahan mimpiku .
Assalamualaikum satu suara menyapa pendengaranku membuatkan lamunan ku terus terhenti .
Waalaikumusalam, jawabku sepatah. Aku melemparkan senyuman paling manisku untuknya . Kenapa aku menjadi begitu rindu kepadanya,sedangkan saban hari kami bersama. Dia membalas dengan senyuman hambar. Pada perkiraanku mungkin dia terlalu penat. Maklumlah tugasnya sebagai Head Production memerlukannya berkerja lebih keras untuk membimbing kakitangan di bawah selaianya. Aku mengapai beg nya sambil mencium tanganya. Dia membalas dengan mengucup dahiku. Namun ku rasa nya kucupannya tidak sehangat hari-hari yang berlalu. Lalu ku pujuk hati dengan bercerita akan kelincahan permata hatiku, Nurina. Tiba-tiba pendengaran ku disapa dengan kata-katanya,,
Ika..abang ada sesuatu nak bincang dengan Ika.
Fikiranku ligat memikirkan apakah yang bakal diperkatanya. Apa dia abang, katakanlah jawabku dengan penuh kebimbangan.
Ika bicaranya tersekat-sekat Sebenarnya abang ..abang nak minta maaf dengan Ika.
Minta maaf kenapa abang? Selama ini abang tak pernah pun sakitkan hati Ika balasku dengan penuh rasa kasih sayang.
Sebenarnya ..abang amat menyayangi Ika dan Nurina. Abang bahagia bersamamu sayang,..
Aku tersenyum manis bila mendengar pengakuan suamiku. Aku tahu kata-katanya ikhlas namun aku merasa sedikit keraguan pada sikapnya.
Ika pun sayang abang tau, Ika bahagiakerana di takdirkan menjadi isteri abg. Terima kasih abang.
Abang Hakim terpaku seketika. Mungkin sedang memikirkan perkara yang bakal disampaikannya.
Ika..sebenarnya a.abang ingin mohon maaf pada Ika katanya dengan nada yang tersekat-sekat.
Mohon maaf pada Ika? Kenapa pulak, setahu Ika abang tidak pernah sekali pun sakitkan hati Ika.
Aku lihat abang Hakim semakin gugup. Dahinya berpeluh seolah-olah ada sesuatu yang membimbangkan hatinya. Ika masih ingat dengan Fathihah? Katanya dengan penuh debar,,,
Maksud abang Fathihah kawan Ika masa di UNIMAS dulu ya
Ha ah .
Oh..kenapa? Abang ada jumpa dia ke? Dah lama Ika tak jumpa dia. Ya lah semenjak konvokesyen kita orang dulu, seingat Ika
Kenapa dengan Fathihah abang, apa kaitannya dengan perkara yang abang nak sampaikan pada Ika Duga ku pada suamiku.
Janji dengan abang yang Ika tidak akan marah atau pun menangis, sekiranya abang berterus terang . Pintanya. Emm..baiklah, tapi bagitau lah dulu pintaku tanpa sabar...
Sebenarnya Fathihah dan abang sudah berkahwin pada dua bulan yang lepas.katanya separuh berbisik.
Walaupun kata-katanya tadi tidak jelas pada pendengaran ku namun ku yakin apa yang abang Hakim sampaikan bukannya satu gurauan..
Aku terus terpaku seolah-olah nyawaku telah jauh di bawa pergi . Fathihah perawan desa dari Bumi Kenyalang merupakan teman sekuliahku semasa sama-sama menuntut di UNIMAS dulu. Setitis demi setitis air mata ku mengalir, lidah ku kelukeliru apa yang harus ku perkatakan, seolah-olah abang Hakim hanya ingin menduga hatiku. Firasat ku ternyata silap. Abang Hakim benar-benar telah menduakan ku.
Ku lihat abang Hakim serba salah kerana telah membuatkan aku sedih. Namun kerana janjiku padanya aku cuba sembunyikan segala kesedihan itu walaupun saat itu hatiku seolah-olah di cucuk dengan belati tajam.
Apa salah Ika abang? Kenapa Ika diperlakukan sebegini. Apakah sudah kurang kasih sayang Ika pada abang, apakah sudah tidak cantik lagi Ika pada pandangan abang. Sudah kurangkah layanan Ika pada abang sehingga abang sanggup mengguris hati Ika sebegini.
Ku gagahkan jua diri ini untuk bertentang mata denganya. Segala janji ku tadi sudah ku lupakan. Persoalan ku tidak dijawab. Abang Hakim membatukan dirinya, seolah-olah mulutnya terkunci.
Kerana tidak tertahan akan kesedihan ini lantas ku mencapai kunci keretaku lalu ku pandu keluar dari kesibukan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan menuju entah kemana haluanku. Aku berasa teramat sedih diperlakukan sebegini. Seakan hidup ku tiada serinya lagi. Setelah penat berfikir kemana arah tujuanku lalu ku berhentikan kereta ku di sebuah tasik yang terletak di tepi Lebuhraya Sg. Besi Seremban. Disana ku luahkan segala kesedihan hati ini pada desiran air tasik yang mengalir tenang. Mengapa aku tidak boleh menjadi setenang mu duhai tasik. Kenapa aku yang sering menjadi korban. Keadaan beransur-ansur bertukar wajah , tanpa ku sedari sudah hampir 3 jam aku ditasik itu. Tiba-tiba aku teringkat akan permata hatiku Nurina. Tanpa berfikir panjang ku pandu laju kereta ku menuju ke rumah . Seingatku semasa peninggalanku tadi, Nurina sedang tidur lena setelah penat bermain. Sesampai saja di rumah, pendengaran ku disapa dengan suara tangisan Nurina. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan. Bertindak mengikut kata hati tanpa memikirkan anakku Nurina. Ku berlari menuju ke tingkat atas rumahku. Ku lihat abang Hakim terkial-kial menukarkan lampin Nurina. Selama ini tidak pernah sekali pun dia berbuat demikian, segalanya ku lakukan. Tanpa berlengah aku menghampiri abang Hakim dan membantunya menukarkan lampin Nurina. Kasihan Nurina . Ku pangku Nurina ke sisiku dan ku susui dia dengan sepenuh kasihku. Kasihan anak ini, dahaga sungguh nampaknya. Abg Hakim memandangku dengan rasa bersalah, namun aku masih belum bersedia untuk menatap wajahnya apatah lagi berbicara denganya. Hanya dengan masalah itu membuatkan kami seolah-olah seperti tidak mengenali dan tidak pernah tinggal bersama. Sedangkan selama ini suka duka kami kongsi bersama. Makan pakainya malam itu tidak kuhiraukan. Tidurku hanya bertemankan air mata. Aku tidak mampu lena walau sepincang pun. Fikiranku melayang mengenangkan kemesraan mereka. Bahagia melayari hidup bersama sedangkan mahligai yang kami bina hampir roboh setelah kehadirannya. Sepanjang malam tidurku tidak lena. Aku menjadi seorang pendiam. Namun di kegelapan malam itu, aku bangun sujud kepadaNya, ku pohon agar dibukakan pintu hatiku untuk menerima semua itu dengan redha. Untuk apa segala pengorbananku selama ini duhai suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah. Ya Allah seandainya ini adalah ujian mu, aku rela ya allah. Setelah puas berfikir, akhirnya ku tekad dengan keputusanku.
Keesokan paginya ku jalankan tanggungjawabku seperti biasa. Sarapannya ku hidangkan, pakainya ku sediakan seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kami. Abang Hakim kelihatan teragak-agak menegurku, mungkin bimbang aku akan meradang lagi. Dengan rasa bersalah tangannya ku cium dan ku curahkan segala isi hatiku setelah lama ku berfikir semalam dan dengan tabah hati ku terima semua dengan hati terbuka.
Abang Hakim memandangku dengan penuh rasa sayu. Aku tahu sikap ku semalam telah membuatkan hatinya terluka.
Abang,.. Ika minta maaf di atas sikap Ika semalam. Ika tahu Ika terlalu mengikut kata hati Ampunkan Ika abg.
Abg Hakim mengusap lembut kepalaku, ku lihat air matanya mengalir. Tidak pernah sekali pun sepanjang perkahwinan kami ku lihat air matanya. Ya Allah ampunkan dosaku, kenapa ketidakmatanganku mengharungi dugaan , suamiku bersedih..
Ika tidak bersalah sayang, selama ini abang yang terlalu mengikut kata hati, abang mengahwininya kerana abg masih tidak dapat melupakan kenangan lama kami. Ika tahu kan sebelum ini kami merupakan sepasang kekasih. Namun keadaan yang menentukan kami terpisah. Sehinggalah abang menemui Ika dan kita berkahwin.
Abang.. Ika pasrah, Ika redha jika itulah kehendak abangIka hanya inginkan kasih sayangmu dan Ika tidak sanggup untuk kehilangan abang. Ika redha abang walaupun Ika terpaksa berkongsi kasih dengan Fathihah. Abang Hakim terpaku. Mungkin tidak mempercayai apa yang aku perkatakan..
Ika, abang bertuah memperisterikanmu sayang, kenapa tiada sedikit pun kemarahanmu terhadap abang walaupun abang telah mengguris hatimu sayang.
Abang.. Ika teramat sayangkan abang, Demi Allah, kasih Ika terhadap abang sepenuh hati Ika. Cuma satu permintaan Ika, sekiranya masih utuh lagi cinta abang pada Ika , jangan sia-siakan hidup Ika dan Nurina . Kasihanilah kami abang, hanya abanglah tempat Ika mencurahkan kasih sayang, pada abanglah Ika luahkan keresahan. Sekarang abang sudah ada dua amanah yang harus abang jalankan. Ika harap abang dapat tanganinya dengan adil. Abang Hakim memelukku dengan penuh kasih sayang.
Abang janji sayang , abang tidak akan mensia-siakan Ika dan Nurina katanya dengan lembut. Masing-masing tenggelam dalam kehangatan pelukan sehingga terlupa akan tugas masing-masing..
Ika malam ini abang harus temankan Fathihah.
Emm..pergilah abang, Fathihah juga perlukan abang. Tentang Ika. .. abang jangan bimbang, Ika kan ada Nurina..
Balasku dengan lembut. Tanpa bicara , dia mengangguk.
Aku mengumpulkan sepenuh kekuatan untuk melepaskannya pergi. Hati wanita mana yang tidak merasa cemburu tatkala memikirkan suaminya bersama wanita lain. Namun dengan mendekatkan diri dengan Nya hatiku merasa tenang dan semakin hampir denganya. Ya Allah sesungguhnya kau maha mengetahui akan peritnya hati insanmu ini. Sesungguhnya aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Jika inilah ketentuanmu , aku redha, sesungguhnya hanya redha mu yang ku cari hanya kasihmu yang ku nanti. Jua sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Jika itulah yang membahgiakan hidupnya aku rela ..
Hari berganti ganti , masa berganti masa, sikap abang Hakim tetap sama. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Walaupun ada kalanya hatiku di himpit rindu padanya namun aku tahu, kesihnya padaku tidak pernah berubah malah semakin sayang lagipun aku punyai Nurina, satu-satunya buah hatiku. Namun semua itu tidak berpanjangan, sikap abang Hakim mula berubah setelah Fathihah disahkan hamil. Abang Hakim mula berubah sikap. Selama seminggu dia dirumah Fathihah hanya sekali saja dia menjenguk kami di sini. Kelainan sikapnya mula aku terasa .
Setelah seminggu abang Hakim tidak menghubungi kami, akhirnya dia pulang . Abang Ika rindu sangat dengan abang, pelukku seolah-olah tidak ingin melepaskannya. Alangkah sakitnya rindu ini. Sekali lagi air mata ku merembes keluar.
Tidak rindu kah abang pada Ika dan Nurina. Dugaku.
Siapa kata abang tak rindu, Ika kan puteri abang, tapi abang minta maaf kerana tidak pulang menjenguk Ika di rumah. Fathihah sakit , kata doktor morning sickness..
Oh begitu ke, Ika minta maaf juga yer sebab Ika telah salah mentafsir tentang diri abang. Kata ku dengan rasa bersalah.
Tak pa sayang, abang faham. Balasnya dengan senyuman.
Malam itu kami berbual panjang. Terasa terubat segala kerinduan yang terpendam selama seminggu. Maklumlah hidup kami tidak pernah lekang dari gelak ketawa. Abang Hakim sedari awal perkahwinan suka menyakatku, aku pulak tukang gelak. Seketika itu, perbualan kami dikejutkan dengan deringan dari telefon tangan suamiku..
Ku lihat wajah suamiku berubah setelah selesai menjawab panggilan telefon tersebut. Wajahnya kelihatan sugul.
Ika, abang kena pulang rumah Fathihah, dia muntah-muntah, katanya dia rasa lemah dan sukar bernafas.
Ye.. ke? Setahu Ika kandunganya dah masuk 7 bulan kan? soalku.
Ya, tapi dia mengadu muntah-muntah...
Abangg, Ika juga sudah merasai saat-saat begitu, tak kan masih muntah-muntah lagi kot. Dugaku dengan rasa tidak puas hati.
Baru hari ini abang menemani Ika, tak kan abang tergamak tinggalkan Ika lagi . Apa abang sudah lupa janji abang pada Ika.?
Ika, Fathihah minta abang pulang, abang harap Ika dapat memahaminya. Fathihah sedang berbadan dua tentulah dia lebih memerlukan penjagaan dari abg. Nurina kan ada, boleh lah dia teman kan Ika..
Aku merasa sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suami yang ku kasihi.
Abang pergi dulu yer Ika, nanti esok abang balik yer sayang.
Semuanya terserah pada abang. Ika tidak menghalangnya juga tidak membenarkannya. Segalanya terletak kepada keputusan abang. Abang kan ada dua amanah yang harus di pikul.
Abang janji sayang, abang akan balik secepat yang mungkin. Abang janji ok...
Selama 6 bulan abang berkahwin, hanya 3 hari saja abang menjenguk kami di sini. Itupun hanya sekadar bertanya khabar. Kataku memandang mata suamiku tepat.
Nanti kita bersembang lain kali yer. Abang minta diri dulu.
Sepantas kilat ku lihat suamiku berlalu tanpa menoleh kepadaku. Sampai hati abang buat Ika macam ini, keluhku sambil memandang permatahati ku Nurina...
Malam itu , setelah puas berfikir, nekadku untuk membiarkan mereka hidup bahagia walaupun aku terpaksa menelan segala kepahitan itu. Surat ku tinggalkan diatas meja solekku. Dengan berat hati ku tanggalkan rantai perkahwinan pemberian suamiku lalu ku letakkan bersama-sama dengan suratku. Bagiku cukuplah segala kenangan yang tepahat teguh di fikiranku, aku tidak mahu lagi menyimpan sedikit pun memori bersama nya . Kerana bimbang aku akan merubah keputusan yang telah ku buat semalaman.
Hakim hairan melihat keadaan rumahnya yang sunyi, biasanya petang-petang begini Ika suka membawa Nurina menikmati udara segar di taman mini yang terdapat di halaman rumah kami. Keretanya juga tidak kelihatan. Kemana Ika telah pergi. Biasanya dia akan menefonku utk meminta izin sekiranya dia ingin keluar. Hakim berlari ke bilik tidurnya di tingkat atas kerana selalunya Ika akan meninggalkan pesanan dia atas meja soleknya. Memang ada, tetapi bukan nota namun surat. Hati Hakim bertambah resah apabila melihat rantai pemberiannya juga diletakkan bersama-sama dengan suratnya itu. Dengan penuh rasa berdebar, Hakim membuka lipatan surat itudebar hatinya semakin kuat..
Assalamualaikum Abang Ika mohon maaf sekiranya Ika keluar dari rumah ini tanpa keizinan dari abang. Namun inilah keputusan yang telah Ika buat setelah lama Ika memikirkannya semalam. Sekarang, abang tiada lagi halangan untuk bersama dengan Fathihah buat selama-selamanya. Kerana Ika redha sesungguhnya kehadiran Ika dalam hidup kalian berdua merumitkan keadaan. Ika tidak akan lagi menggangu kebahgian kalian berdua...
Sesungguhnya Ika tidak menduga , kasih sayang abang terhadap Fathihah melebihi segala-galanya. Mungkin ini semua dinamakan jodoh. Dalam hati Ika sering tertanya-tanya perlukan Ika berkorban demi kebahgiaan abang buat kali terakhir..jawapannya Ya. Ika harus berundur untuk memberikan abang peluang mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada insan yang sudah lama bertahta di hati abang.
Abang. Ika teramat menyintai abang, Namun Ika tahu walau bagaimana pun Ika berusaha, Ika akan gagal merebut kasih sayang abang. Jagalah Fathihah dengan baik. Jangan abaikannnya sepertimana abang abaikan Ika dan Nurina. Halalkan makan minum Ika dan Nurina. Selamat tinggal suamiku..
Ketika itu Hakim merasakan dunianya gelap gelita. Tiada lagi senyuman manis , gelak ketawa Ika yang menghiburkan hatinya. Rasa menyesal mula menyerbu hatinya. Ika sudah meninggalkannya dengan membawa hati yang luka dek kerana sikapnya. Ika..pulanglah sayang. Maafkan kesalahan abang. Rasa kesalnya tidak berguna lagi. Ika sudah jauh meninggalkan nya bersama memori indah bersama. Abang berjanji akan mencarimu sayang, abg akan berlutut memohon ampun .pulanglah kembali kepangkuan abg Ika. Abg rindu Ika dan Nurina.. walau kehujung dunia sekali pun Ika lari, abg akan tetap mencarinya. Sekiranya ku tahu..tidak akan sesekali aku mengabaikanmu Nur Ilham Syafiqah.