Pages

Nov 4, 2011

TANGISAN



Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini.
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini.
Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan.
TAPI,
Tangisan semalam adalah semangat.
Tangisan semalam adalah kekuatan.
Tangisan semalam adalah kebangkitan...

♥ Sesungguhnya hari semalam adalah ianya akan pergi buat selama-lamanya.. Tidak akan kembali dan kini, semalam adalah kenangan suka duka dalam sebuah perjalanan hidup yang kita tak pasti bila akhirnya... ♥

~kata-kata renungan~



Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dlm isi ikan,tetapi apabila ikan telah mati,secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya.Begitulah hati,hati yg hidup amat sukar utk dinodai,dipilih untuk mendapat hidayah-Nya,hati yg sentiasa menyesali akn dosa2 dan mndamba cinta ILAHI..Inilah bahagia,Selamilah dasar hati,prcayalah bahwa sesungguhnya bahagia itu terikat pd hati yg punya sifat redha dan tawakkal yg tinggi pd Allah

~: "WAHAI ADAM PEMIMPIN & HAWA YANG DI PIMPIN" :~


~: "WAHAI ADAM PEMIMPIN & HAWA YANG DI PIMPIN" :~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Wahai adam,
...
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu

Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu

Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia

Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..



Wanita akal setipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

Masih mencari walau ada segalanya

Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok,

menghasilkan bayang yang lurus ..

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan darinya

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta

kerana nantinya mereka semakin liar

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan

kerana nantinya mereka akan semakin derita

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal

Di situlah punca kekuatan dunia ..



Akal setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu

Hati serapuh kaca

Kuatkanlah ia dengan iman...

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..



Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan

Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus

Bahkan akan semakin membengkok

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya



Bila wanita menjadi derhaka

pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata



Tapi binalah kepimpinan

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya

Jinakkan diri kepada Allah

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'

Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...



Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!

Lindungilah hawa itu.

Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.

Lindungilah hawa itu

Lunakkan telingamu dan ajarinya

dengan nafas alunan suci Quran...

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,

di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,

kerinduan, kegelisahan yang dihadapi

dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha

mengkafarahkan dosa-dosa kecil..



Wahai lelaki...wahai adam,

Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya

Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya

Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya

Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu

Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan

Ingatlah wahai lelaki.. ♥


Wahai lelaki yang punya peranan besar,

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu....

Semoga bermanfaat...
Copas : Wanita Sholehah

Keep istiqomah


Air mata taubat Nabi Adam a.s.......


"Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s.......

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam a.s. terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam a.s. dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…


I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…

Inilah sebahagian drpd "UNGKAPAN ASMARA" yg sering dituturkan mereka yg
sedang ‘mabuk cinta’.. CINTA, ia mmg mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Hamba percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan k...asih sayang yg sukar diterjemahkan.. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci.. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit..

Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian
kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’.

Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH swt.. Dlm tasawuf, ‘MAHABBAH’ bererti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya..

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:
“ ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya” (Al-Maidah, ayat 54)
”Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku.. Nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu” (Al-Imran, ayat 31)

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan.. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya ,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca.. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain’

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup antara 95 – 185 hijrah.. Cinta Rabi’atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT..

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???

Atau,
Adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya.. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta.. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg wanita yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya.. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan..

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta antara ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintanya Rasulullah dgn Khadijah & Aisyah.. Serta Saidina Ali dgn Fatimah..

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban..

Wahai REMAJA…
Serahkanlah cintamu pada yang SATU.. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga..
CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG… InsyaAllah…

Wallahu’Alam…

"LAILAHAILLALLAH"


Kerana kalimah "LAILAHAILLALLAH" Nabi sanggup di baling BATU..
Kerana kalimah "LAILAHAILLALLAH" Nabi sanggup di baling NAJIS..
Kerana kalimah "LAILAHAILLALLAH" Para Sahabat sanggup KORBAN HARTA & NYAWA..
Kerana kalimah "LAILAHAILLALLAH" Para Sahabat sanggup BERPERANG..
Kerana kalimah "LAILAHAILLALLAH" Para Sahabat SANGGUP BERTEBARAN SELURUH ALAM..
...
Kita lahir-lahir je dah dapat kalimah..
Tak payah nak berkorban..
Tak patah susah-susah nak berperang...
Tapi, nak menyebut "LAILAHAILLALLAH" pun kadang-kadang kita lupa..


JIKA CINTA SUDAH TIADA, MENGAPA TERUS KECEWA..




JIKA CINTA SUDAH TIADA, MENGAPA TERUS KECEWA..



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yg bergelar kekasih.. Apatah lagi kita dibuang begitu saja.. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..


Kadang kehadiran cinta yg tidak berbalas, tidak seharusnya membuatkan kita terus lemah dalam mengejar erti realiti kehidupan..... Sedarlah cinta bukan terletak pada satu impian yg kita cari selama ini.. Merasai masih ada nilai cinta seharusnya kita bersyukur kerana dalam hati kita masih ada ruang untuk berharap pada satu pautan..

Kadang cinta tidak berbalas seharusnya membuatkan kita lebih bersemangat dan lebih membara.. Kerana, kita yakin akan sesuatu belum pasti.. Bersabarlah menghadapi peritnya pertemuan dalam perpisahan.. Dan sabar itu haruslah ada.. Kata orang, jatuh cinta sekejap saja.. Hanya sekelip mata saja kita telah jatuh cinta.. Dan untuk melupakan seseorang yg kita cintai itu akan mengambil masa seumur hidup kita.. Itu kata orang tak bersemangat.. Sejauh mana kebenaran?? sedangkan kita manusia.. Mengapa perlu menghukum diri untuk sesalan seumur hidup??

Bersemangatlah jiwa yg lara.. Cinta tidak seharusnya memiliki.. Dan cinta tidak seharusnya bahagia..
Wahai! sahabat yg sedang kecewa, menderita & sengsara kerana cinta.. Fahamilah bahawa kehidupan, kita semakin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samada menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..

Jika tiada cinta sidia, mengapa harus dihukum cinta yg baru??



✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿



:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::

♥ mestilah MENANGIS dan TERKILAN

... :: sebab ?? ::
♥ tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
♥ tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
♥ mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

sebab ?

♥ dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

insyaAllah ◕‿♥