Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
May 10, 2011
SUATU PENYESALAN...
SUATU PENYESALAN...
Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.
Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayat.
Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan akU balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.
Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.
Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri saya sendiri seolah-olah saya berada di klayak ramai tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikkan ........................................
.ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.
Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di klayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan bertapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah. Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid. Soalan saya kini siapakah dua orang yang saya jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya atau.....?
Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang aku teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau kayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing.............dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?
CIRI-CIRI ORANG YANG MENYINTAI DIRIMU...
CIRI-CIRI ORANG YANG MENYINTAI DIRIMU...
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Apa itu CINTA
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Usahlah Berdendam
Bebaskan hati anda daripada dendam. Apabila anda masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya anda hanya menyakiti diri anda. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, iaitu hari di mana kita rasa disakiti. Ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang lebih baik. Oleh itu, lepaskanlah... ‘Let it go, let it go... Release it, let it go...'
Antara cara terbaik untuk menghilangkan kemarahan ialah dengan menulis sepucuk surat atau senarai mengenai segala apa yang anda marahkan selama ini. Tulislah kesemuanya hingga anda dapat merasakan kemarahan anda telah pun berpindah ke atas ...kertas itu dan kemudian, bakarlah kertas tersebut. Maafkan sesiapa yang telah melukakan hati anda, atau bersalah dengan anda. Luangkanlah masa 10 minit sehari dengan mengucapkan:
‘Aku maafkan dan bebaskan... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dariku
Jadilah seorang yang pemurah
Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat pemurah-Nya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam, bagi satu sedekah, ganjarannya adalah sepuluh kali ganda. Maksudnya, setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas... balik dengan sepuluh kali ganda daripada apa yang telah kita sedekahkan. Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar gelombang bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita.
Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas dan dapat menghayati serta memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah seorang yang dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya dengan wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas
Maha suci Allah
Maha suci Allah,
Sepenuh timbangan,
Sejauh ilmu,
Sebanyak keredhaan,
Setimbang Arasy,
...Tidak ada tempat berlepas dan bersandar,
hanya kepada Allah yang Maha suci,
Allah Yang Tunggal dan tiada yang sejodoh denganNya,
Yang kuasa hanya Engkau Yang Maha Tinggi dan Maha Besar,
Cukuplah Engkau tempat ku berpegang,
Engkau sebaik-baik tempat ku berpegang dan tempat ku meminta pertolongan.
"Jadilah yang tebal itu IMAN,yang nipis itu LIDAH,yang tajam itu AKAL,yang lembut itu HATI,yang ringan itu SOLAT,yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."
wahai Allah
Wahai Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuranku,
Engkau mengetahui hajatku,
Semoga Engkau kabulkan permohonanku,
...Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku,
Kerana itu aku mohon keampunan Mu,
Wahai Allah,
Aku meminta kepadaMU,
keimanan yang kukuh dihatiku,
dan keyakinan yang benar-benar,
sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku
kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku,
dan semoga Engkau jadikan diriku selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku,
Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.
Rassulullah S.a.w telah mengajar Aisyah R.a doa yang terindah berbunyi
"Allahumma innaka afuwwan tuhibbul 'afwa fa 'afu'anni yang bermaksud:
"Ya ALLAH engkau maha pemberi maaf, suka memberi maaf maka maafkanlah aku".
Doa ku ....
يا الله، فإننا نطلب منكم لمغفرة الخطايا
الذنب الذي نقوم به، سواء صغيرة أو الخطايا
الخطيئة خطيئة كبيرة، لانك انت الغفور الفن
...Ya Allah, kami memohon keampunan dari engkau atas dosa dosa yang kami lakukan,
samada dosa dosa kecil mahupun dosa dosa yang besar,
sesungguhnya engkau maha pengampun
يا الله نحن سعداء مع الإسلام ديننا ونبينا محمد وأعلن رئيس لدينا ،
والقرآن الكريم آل هاديا لنا ، وشعوب الأمة الإسلامية وإخواننا.
Ya Allah kami redha islam sebagai agama kami,
dan kami mengaku nabi muhammad sebagai penghulu kami,
dan al quran sebagai panduan kami,
dan orang orang islam sebagai saudara saudara kami.
ya Allah ya tuhanku...
jadikanlah aku anak yang solehah,
pelajar yang solehah,
muslimah yang solehah,
mukminah yang solehah,
...mujahidah yang solehah,
isteri yang solehah,
ibu yang solehah,
dan jadikanlah aku salah satu
bidadari di syurgamu ya Allah....«
Subscribe to:
Posts (Atom)