Pages

Apr 3, 2011

HATI

HATI

hati yang gembira adalah ubat yang mujarab
hati yang keras menemui jalan buntu
hati yang lembut mendatangkan sahabat
hati yang tamak menciptakan perangkap
hati yang bersih menjauhkan masalah
hati yang licik mendatangkan musuh

PemilLiHan PasaNgan : KesaN KePada ZuRiat..

~In The Name Of ALLaH~


“pilihan pasangan mestilah tepat kerana akhlak anak-anak akan diwarisi dari ibu bapanya.”

Manusia di lahir di muka bumi ini dengan zahirnya yang sempurna. Namun perkembangan pembiakan manusiamewujudkan pelbagai bangsa, sikap, budaya dan pegangan. Budaya, sikap dan pegangan hidup manusia adalah hasil daripada usaha manusia yang dikurniakan oleh Allah iaitu jiwa, akal dan perasaan.


Pembentukan jiwa akal dan perasaan sebahagiannya dipengaruhi ketika bayi dalam kandungan dan sebahagian lagi dipengaruhi sejak penentuan pemilihan pasangan hidup. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW menasihatkan agar seseorang itu, sama ada lelaki atau wanita, memilih psgn yang baik untuk tempat simpanan dan memproses benih anak mereka.
Rasulullah SAW mengingatkan dengan sabdanya, bermaksud ;
“Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu, kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis lain, Riwayat Ibnu ‘Adi dan Ibnu Asakir dari ‘Aisyah r.a.h secara marfu’, bermaksud ;
“Pilihlah yang terbaik untuk mengisi benih kamu, kerana wanita (isteri) itu akan melahirkan anak mirip saudaranya, baik lelaki atau wanita.”
Dalam al-Quran ALLah mengingatkan agar memilih pasangan yang baik. Surah an-Nur ayat 26, Allah berfirman maksudnya :
“Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.”
Secara tidak langsung, Allah memberi panduan agar seseorang itu memilih pasangan hidup yang baik sebagai usaha dan perancangan untuk melahirkan anak atau zuriat akan dating.
Berdasarkan dalil di atas, watak dan perwatakan anak-anak antaranya dipengaruhi oleh watak dan perwatakan ibu bapa, maka jelas sekali anjuran Allah agar seseorang lelaki atau wanita itu dipasangkan (dijodohkan) dengan pasangannya yang baik. Kerana daripada ibu atau bapa yang baik akan melahirkan anak yang baik pula.
Langkah yang terbaik untuk memilih pasangan hidup ialah dengan mengikut nasihat Rasulullah SAW, maksudnya ;
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin kecantikkannya boleh mencelakakan kamu. Jangan mengahwini wanita kerana hartanya, kerana mungkin dengan hartanya boleh menyebabkan dia sombong. Kahwinilah mereka kerana agama. Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yang hitam dan cuping telinganya lebar adalah lebih baik jika ia beragama.” (Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)


Sumber : Amalan Ibu Mengandung ;menurut al-Quran, as-Sunnah dan pengalaman.
Oleh Ustazah Siti NoR Bahyah MahaMood.

kata2-->>
*Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang soleh dan soleHah..

*ingat lah matlamat kita berkahwin kerana ALLaH.. bukan sekadar memenuhi fitrah kita semata-mata.. pastikan dengan perkahwinan itu, kita dpt melahirkan generasi yang taat kepada ALLah serta soleh dan solehah. ~_^
*Jangan memilih pasangan main 'tangkap muat' je..sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tak berguna..^_^
*Berdoalah semoga mendapat pasangan yang baik...