Pages

Oct 8, 2011

‎~Menguap Menurut Islam ..~


‎~Menguap Menurut Islam ..~


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud:

Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang
mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
menahannya sekadar termampu.
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu
menguap, syaitan akan mentertawakannya (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s.
a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan
masuk (melalui mulut yang terbuka. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
Sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang
demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Hadith riwayat Imam
Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah
saw yang bermaksud: Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang
mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Hadith riwayat Imam Muslim,

Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu
terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan
menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi
ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
~Alhamdulillah~, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan
~Yarhamukallah~.

5. Sunat mengucapkan Astaghfirullah selepas
menguap.

Sekian, wallahu aĆ¢lam (✿◠‿◠)...!!!!!



~Ujian Hearty ~


~ Ujian ~


Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak
diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba denga Nya dan
melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.

Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya. Agar kita tahu
bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi-bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di
syurga.

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan. Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa, itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya harus digali di samping jangan lupa terus bermohon, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat. Jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.

Terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita, agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan & kekuatan. Kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!




(✿◠‿◠)


Ya Rabbi, ajariku bersyukur bahkan disaat kehidupan tak memberiku alasan untuk bersyukur…karena pada hakikatnya setiap orang diberikan kebahagiaannya sesuai dengan ukuran yang telah KAU tetapkan..dan semua itu terbaik bagi yang menerimanya. Sungguh Rabi, tak ada yang lebih bijak dari Engkau, Tak ada yang lebih berkuasa membuatku mengerti selaindari pada Mu.

Tentang Kau dan Aku ...


Kenapa ini dugaan yang Kau berikan kpd diri ini Ya Allah ...???
Walau apa pun terjadi..ku tetap redha dgn ketentuan -Mu 
Bila diri nya kesunyian ,diri ini lah tempat mghibur kan hearty nya ..
Tapi bila diri nya dlm kesenangan ..diri ini terlalu jauh dilupa kan ..
Diri ini hanya tersenyum (^_______^) ...
ALLAH Maha Membolak balikkan hati..(Aku Redha..)
Hari ini cinta..♥
Hari esok belum tentu lagi..
Hari semalam benci..(dugaan bg ku ..)
Hari akan datang boleh jadi kembali menyukai..(hanya kerana kesabaran ku ..)
Mudah mudahan hati kita..♥
Cintanya tetap pada ALLAH selalu..:*:*:*
Mudah mudahan hati kita..♥
Berada didalam ketaatan setiap waktu..Insyallah.. Amin3(✿◠‿◠)...!!!~
Yang mampu ..ku hanya tersenyum ,kerana sentum itu penawar segala duka ..!!!

Ingatan buat diri ...

Tahukah Hawa?

Seorang LELAKI YANG SOLEH tidak akan menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya...
Jadi ,diri ini menolak segala pertemuan ..
Hanya kerna ku takut pada mu Ya Allah ...
Biar lah diri ini dibenci oleh nya ..biar lah diri ini dimarah olehnya ...
Yang pasti ..Engkau tidak murka kpd diri ku ini ..
Janji Allah tetap pasti .. segala hal tentang masa depan ku ..
Adalah menjadi rahsia mu Ya Allah ...Aku Terima dgn Redha (T_____T)
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Ingatan Buat Diri mu ...

Hargailah kaum Hawa..bukankah perananmu melindunginya! bukan menyakitinya, memberinya nasihat hikmah bukan menyesatkannya..beri pedoman sayangmu..bukan alasi dengan sifat kasarmu!"Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa. Subhanallah..!!! ~

‎"Iman ibarat perjalanan dengan kapal terbang. Lagi tinggi kita naik, lagi kecil setiap perkara di dunia yang kita lihat. Lagi kuat iman, lagi kecil dunia di tangan."....!!!~


semoga Allah perlihara kami kerana “Inni akhaafu in ‘ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim!” ( Sesungguhnya aku takut akan seksa hari yang besar jika aku derhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )
Tengtang kau dan Aku .. ingat lah HEARTY ku tetap milik yg satu iaitu Allah ..HEARTY ku Milik-MU..