Pages

Jan 3, 2011

::ALQURAN ADALAH KEKASIHKU...:


ALQURAN ADALAH KEKASIHKU...

Al-Quran adalah kekasih ku
Dia sahabat karib ku
Dia selalu mencerita kan sesuatu untuk ku
Dia selalu mengakhbarkan sesuatu yang mengembirakan hati ku
Dia selalu mengingat akan ku
Dia selalu mengnasihati diri ku
Dia teman diwaktu duka ku
Dia teman penawar penyakit ku
Dia selalu membuat ku berfikir
Dia selalu membuat ku menangis dan
Dia adalah guru didalam kehidupan ku

Tidak sanggup rasanya ku meninggalkan akan kekasih hati ku
Kekasih yang mengajar aku tentang Tuhan ku
Kekasih yang mengajar aku tentang nabi ku
Kekasih yang menceritakan tentang agama ku
Kekasih yang menceritakan tentang dunia ku
Kekasih yang akan membantu ku di alam kubur ku
Kekasih yang selalu memahami diri ku
Kekasih yang membimbing perjalanan hidup ku

Sedihnya diri ku, apabila kau disakiti
Sedihnya hati ku, apabila mereka tidak mahu menghampiri mu
Sedihnya jasad ku, apabila mereka menduakan mu
Sedihnya tubuh ku, apabila mereka memenggirkan mu dan
Deritanya hidup ku, tanpa kau di sisi ku.
yang senantiasa memberi pedoman didalam perjalanan hidup ku.....

Hanya kau kekasih hati ku...
Ya Allah jadilah ku hamba MU, yang mengasihi kitab MU
Amin.......
 
 
* YA ALLAH, Hiasi diri kami dengan keindahan AL-QURAN, Muliakanlah kami dengan kemuliaan AL-QURAN, Serikan kami dengan ketinggian martabat AL-QURAN, Pakaikanlah kami dengan pakaian permata AL-QURAN, Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat AL...-QURAN, Selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat denga berkat kehormatan AL-QURAN..

::MuNaNjAt CiNtA ::

:: ya Allah ::



ALLAH ADA JAWAPAN UNTUK SEMUANYA.....

BILA DIRIMU LETIH DAN HILANG SEMANGAT,
ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA..........
BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,
ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU...........
BILA DIRIMU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU,
ALLAH SENTIASA DI SISIMU...........
BILA DIRIMU TELAH MENCUBA SEGALANYA TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN,
ALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..
BILA TIADA YANG BERERTI BUATMU,KELIRU DAN KECEWA,
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA...........

::MuSlImAh::

Beritahu pada muslimah itu.....
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu muslimah itu......
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
berhati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pd muslimah itu.....
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu....
jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana & dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu.....
simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..