Yakin adalah sesuatu yang abstrak kerana ia sukar diukur. Yakin adalah perkara penting dalam hati manusia. Hanya dengan yakin sahaja, kita mempunyai rasa perhambaan dan pergantungan kepada Allah s.w.t. yang mencipta kita.
Daripada yakin, kita memperolehi ikhlas. Ilmu ikhlas seperti yang disebut dalam filem Indonesia, Kiamat Sudah Dekat adalah ilmu yang memberi pengertian kepada ‘inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbal a’alamin’. Pengertian yang akhirnya menyebabkan kita :
>> Belajar bukan kerana peperiksaan.
>> Mengelak bertemu dengan bukan mahram bukan lagi kerana takutkan kehadiran dan pujukan jahat syaitan.
>> Berpuasa dan terus bersembahyang tanpa mempedulikan sama ada orang memandang atau tidak.
>> Menderma tanpa berasa ragu-ragu dengan balasan Tuhan di akhirat kelak.
>> Membantu sesama insan tanpa prejudis.
>> Membaca al-quran sebanyak-banyaknya tanpa jemu dan bimbang tidak mempunyai cukup masa mengulangkaji pelajaran.
Dan banyaaak lagi!! Segala-galanya menjadi indah apabila dilakukan ikhlas kerana
Tetapi, bagaimana hendak memperoleh keyakinan yang betul yang Tuhan itu adalah seperti 99 namaNya??
Muhammad saw pernah berkata, seperti yang dilaporkan oleh Anas, Bukhari dan Muslim, “Ada tiga perkara yang apabila terdapat dalam hati manusia, dia merasa manisnya iman. Pertama, mencintai Tuhan dan utusan Tuhan melebihi segala-galanya di dunia. Kedua, mencintai seseorang kerana Tuhan dan yang ketiga, benci kembali kufur sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”
Perkongsian ilmu dari buku Akrab Dengan Tuhan..