Pages

Apr 10, 2011

Biar Mereka MembenciMu






Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah, ketahuilah Allah mencintai kamu.




و ان أعطاك الله المشقّات و المصاعب و المشاكل فاعلم ان الله يحبك و يريد سماع صوتك في الدعاء
Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permasalahan, ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihanmu di dalam doa.





و ان أعطاك الله القليل فاعلم ان الله يحبك و انه سيعطيك الأكثر في الآخره
Jika Allah hanya memberi sedikit padamu, ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.





و ان أعطاك الله الرضا فاعلم ان الله يحبك وانه اعطاك اجمل نعمة
Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.





و ان أعطاك الله الصبر فاعلم ان الله يحبك و انك من الفائزون
Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.





و ان أعطاك الله الاخلاص فاعلم ان الله يحبك فكون مخلص له
Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendaki kamu Ikhlas hanya padaNya.





و ان أعطاك الله الهم فاعلم ان الله يحبك و ينتظر منك الحمد و الشكر
Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.





و ان أعطاك الله الحزن فاعلم ان الله يحبك و انه يخـتبر ايمانك
Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu.





و ان أعطاك الله المال فاعلم ان الله يحبك و لا تبخل على الفقير
Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendaki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.





و ان أعطاك الله الفقر فاعلم ان الله يحبك و اعطاك ما هو اغلى من المال
Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.





و ان أعطاك الله لسان و قلب فاعلم ان الله يحبك استخدمهم في الخير و الاخلاص
Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikan.





و ان أعطاك الله الصلاة و الصوم و القرآن و القيام فاعلم ان الله يحبك فلا تكن مهملاً و اعمل بهم
Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.





و ان أعطاك الله الاسلام فاعلم ان الله يحبك
Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu.






ان الله يحبك , كيف لا تحبه ؟؟؟
Sesungguhnya Allah mencintaimu, kenapa kamu tidak mencintai Allah???





ان الله أعطاك كثير فكيف لا تعطيه حبك ؟؟؟
Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ???





الله يحب عباده و لا ينساهم .. سبحان الله
Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah…





.


لا تكن أعمى و أوجد حبّ الله في قلبك
Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.





( بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ) (آل عمران:76)
Maksudnya : "Bahkan Allah akan menunaikan segala janjinya dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa kepadaNya". ( Surah Ali Imran : ayat 76




ungkapan CINTA


Untuk apa bicara cinta, jika hatimu tak terbuka. Untuk apa bicara cinta, jika matamu tak bercahaya. Untuk apa bicara cinta, jika hanya membuatmu menderita.

Penderitaanku adalah bayangan gelap bagi dirimu, saat kesetiaan menjadi alasan untuk mencampakanku! Aku takkan lari dari cintamu yang selalu memasungku.
Kau datang disaat keegoisan akan cinta tengah mendera. Membawa cahaya dan kedamaian, membuatku tidak mudah menyerah untuk merengkuh kisah cinta bersamamu.
Apakah erti cinta jika tidak saling mengerti satu sama lain. Jika keegoisan yang muncul, itu bukanlah cinta.
Saat bertemu, aku tak peduli. Saat kau pergi, aku selalu menantimu. Apakah ini namanya cinta?
Dalam hati aku menanti, kuserahkan hati sebagai tanda ketulusan cinta


SAYANG....



Dibawah ini adalah berbagai erti mengenai cinta dan sayang:


Cinta adalah sesuatu yang suci, anugerah Tuhan dan sering tidak rasional. Cinta dipenuhi rasa memaklumi dan memaafkan. Kesabaran, kesetiaan, pengertian, pemberian dan pengorbanan akan mendatangkan/menyuburkan cinta, sementara penyelewengan, egoisme dan kekasaran akan menghilangkan rasa cinta.


Sayang adalah satu rasa yang tulus.bukan sekadar rela dan sudi melepaskan seseorang yang kita sayangi. Tulus untuk sayang kepada orang dengan melihat dia lebih bahagia dengan orang yang dia cintai itulah cinta yang murni di hati kita dan cinta tak akan tumbuh jika Allah yang maha BERKUASA atas segalanya tidak menghendakinya.


Cinta adalah perasaan yang timbul dimana adanya keinginan untuk saling mengerti dan memahami. Cinta merupakan anugerah terindah dari tuhan kerana melalui cinta kita dapat merasakan keajaiban akan kehidupan mulai dari bahagia,sedih,sakit,menderita dan lain-lain.


Sayang itu hampir mendekati cinta tapi banyak orang yang salah menafsirkan cinta dan sayang. Cinta itu terjadi kerana adanya getaran hati dalam erti terjadi secara alami dan sayang terjadi kerana adanya sesuatu diri diri seseorg yang boleh membuat kita menjadi sayang dengan orang itu. Kalau cinta sudah pasti sayang tapi kalau sayang belum tentu cinta. Dan ketika kita mencintai seseorang kita pasti akan memberikan yang terbaik buat orang itu dan berusaha mencintai orang itu dengan cara yang sesempurna mungkin yang dapat kita lakukan.


Sayang itu lebih abadi sifatnya. Ketika kita sayang sama seseorang maka kita takut kehilangannya. Tetapi cinta boleh berubah menjadi benci. Rasa sayang membuat kita ingin memiliki dan dimiliki. Rasa cinta membuat kita ingin menguasai.

Cinta adalah membiarkan orang yang kita sayangi bahagia.. kalau kamu memang benar-benar sayang pada orang itu jangan biarkan dia terganggu dengan kehadiran kamu, biarkanlah dia pergi mencari kebahagiaanya sendiri apabila dia sedar kamu yang terbaik buat dia maka dia akan kembali dengan membawa kebahagiaan sejati.Rasa sayang itu melebihi dari rasa suka, rasa cinta. tetapi kasih melebihi rasa sayang, kerana kasih melebihi semua rasa itu. Kasih itu panjang sabar, murah hati, dan tulus keluar dari hati.


Cinta adalah perasaan suka-menyukai kerana sesuatu dalam diri orang lain yang membuat kita tertarik hati dan berkomitmen. Cinta lebih banyak menyebabkan keadaan seseorang tersebut dalam berinteraksi dengan kita. Lain kata, cinta itu bersifat pemberian yang suci.


Sayang lebih mendekati kata Kasih (mengasihi). Sayang itu tulus, rela, dan selalu melindungi. Tak pernah padam, tak pernah redup dan tak pernah dapat tergantikan oleh apapun

Buat mu

Tanpa Mu..

Tanpa mu..siapalah aku
kau amat memahami diri ku
kau ambil berat diriku
kau amat meyayangi diriku
kau bersedih pabila aku terasa hati
kau merindu pabila aku tiada
Aku mahu kau tahu...
aku suka pada mu
aku kasih pada mu
aku sayang pada mu
aku merindui mu
aku mahu belajar memahami mu
aku sentiasa ambil berat akan diri mu
aku bersedih juga apabila kau terasa hati dengan ku
aku gembira kau jadi kawan ku
aku tak jemu-jemu bersama mu
aku tak sanggup kehilangan mu
aku anggap kau adalahyang terbaik diantara yang baik-baik......

.

kata HATI

"Hati itu sentiasa di hati ku.."

“Hati itu membuat aku kenal erti kasih titipan dari-Mu”
“Kerana hati itu hati ku turut terasa sayu..”
“Aku hairan, mengapa si hati itu begitu payah untuk menerima suatu kebaikan.”
“Aku terlalu hairan, mengapa si hati itu begitu mudah bersetuju dengan kelalaian?”
“Aku menjadi semakin hairan, mengapa si hati itu begitu mudah mengatur langkah bagi yang tiada baiknya?”
“Aku jua turut menjadi hairan, mengapa si hati itu menyusun seribu alasan untuk tidak mengatur langkah ke arah yang dijanjikan kebaikan?”
“Aku terlalu hairan, mengapa si hati itu begitu mudah bersetuju dengan kelalaian?”

“Aku menjadi semakin hairan, mengapa si hati itu begitu mudah mengatur langkah bagi yang tiada baiknya?”
“Aku jua turut menjadi hairan, mengapa si hati itu menyusun seribu alasan untuk tidak mengatur langkah ke arah yang dijanjikan kebaikan?”
“Aku menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat pandai membahagi masa antara buku dan kelalaian?”
“Aku kian menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat sukar membahagi masa antara buku dan kebaikan?”
Air mata ingin terus menitis, lantaran si hati itu tak dapat ditawan akan cinta Hakiki, cinta Rabb, yang menjanjikan kebahagian hakiki di dunia yang kekal abadi....
“Aduh! “

“Aku terlupa kepada sesuatu yang sering dilupakan. Aku terlupa pada pesanan Tuhan, kata-Nya dalam An-Nas ‘kejahatan bisikan syaitan itu bersembunyi, membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, (kejahatan itu) dari golongan jin dan manusia’…”
“Aduhai, bisikan yang bersembunyi sukar untuk ditangani. Makanya di awal ayat Allah berpesan ; Katakanlah ‘Aku berlindung kepada Tuhan manusia’.. "
“Oh, disitu penawarnya..”
“Aku juga selalu terlupa akan fitrah manusia yang sering terlupa. Mungkin si hati itu terlupa dan aku lupa mengingatkan.”
“Aduh, maafkan diriku”
“Ya Allah, mohon sampaikan pada si hati itu.. katakan padanya hanya dengan menjadikan Allah sebagai pelindung maka kejahatan yang bersembunyi itu dapat diatasi..”

“Ya Rabbi, mohon sampaikan pada si hati itu.. kematian itu menanti.. syurga dan neraka itu janji.. jalan yang benar penuh berduri namun mainsnya kekal abadi..”
“Ya Rahman, Ya Rahim, sampaikan pada si hati tu.. sayangku tak pernah berbelah bahagi dan kerana diriku hanya insan biasa dan sayangku kerana illahi.. Mohon beri aku peluang untuk terus menyayangi si hati itu..”
“Ya Ghafur, ampunkan si hati itu dan diriku, lantaran kami insan biasa yang sering terlupa.. maka kuatkan hati kami dengan hidayahmu..”
“Ya Allah, Tuhan yang memiliki setiap hati yang aku sayangi, izinkan aku bawa hati itu ke syurga bertemu dengan-Mu”…

Beringat lah ...

~>>Kamu kagum dengan kebolehanmu? Kamu ujub dengan kepandaianmu? Merasa diri manusia 'super' Kamu tahu siapa dirimu? Kepandaian yang kau miliki adalah nikmat Tuhanmu Mana hakmu? Malulah dengan Allah-Tuhanmu Kerana kita semua hakikatnya 'sekasta': hanya hamba Kepada Allah yang Esa! Wallahu'alam...

Renungan

Marilah kita renungkan… Penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat AIRLINES tapi KERANDA yang dipandu 4 manusia menjadi roda. Bekal kita bukan WANG&HARTA tapi AMAL IBADAH. Baju yang kita pakai bukan jenama LEVIS tapi kain KAFAN. Bukan PRAMUGARI yang melayan kita tetapi MALAIKAT MUNKAR NAKIR. Pendaratan kita bukan di JAPAN@USA tapi TANAH PERKUBURAN..pasport kita AL-ISLAM, visa kita bukan 2 tahun tapi untuk selama-lamanya. Tempat tidur kita bukan SPRINGBAD tapi TANAH LIAT..adakah kita sudah bersedia?.. Renung2 kan lah .. ^^




Jagalah HATI


~>> Jaga lah HATI <<~






Pabila Daie tidak menjaga hatinya maka rosaklah dirinya terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah d tangannya kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata bukanlah kecantikan paras rupa bukan juga dengan aktif berpesatuan tetapi terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya Oleh itu wahai Daie... waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yg menipu..

Aku hanyalah INSAN BIASA


♥Aku hanyalah insan biasa..



Diriku tidak setabah diri Khadijah,
Tidak semulia perjuangan Fatimah Az-zahrah,
Tidak juga sekental jiwa Aisya Humaira,
Apa lagi sehebat jihad Masyitah dan Sumayyah,
Mahupun seteguh pegangan Rabiatul Adawiyah..

Tapi,
Cukuplah aku menjadi insan yg diredhaiNya dan menjadi penghuni syurgaNya kelak..
♥ Rasulullah SAW pernah bersabda:"Barangsiapa yang merendahkan diri,nescaya ALLAH akan memuliakannya..dan barangsiapa yang berlaku sombong,nescaya ALLAH akan merendahkannya"

Antara CINTA dan PERSAHABATAN


~ Antara CINTA dan PERSAHABATAN ~

Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilihnya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerna bagiku ianya sama bererti dan bernilai dalam kehidupan

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan dan keperitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa seorang PENCINTA SETIA
Takkala ikatan diundang kekecewaan

Namun
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan

Berakal emosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang suci dan murni
Adalah sebuah perhubungan disulami benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita

Sejak perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau SELALU MENGINGATIKU

.

~<< cinta <<~



~>> CINTA <<~



Andai semua cinta itu setia pada insan di dunia.. andai cinta bisa memberi ketetapan hingga pengakhiran.. andai tiada cinta yg melakukan pengkhianatan… nescaya gurun kontang di tumbuhi seladang bunga nan kembang.. Nescaya senyum terukir dibibir semua manusia yg malang..

semua itu memerlukan hati nan tabah.. minda yg bisa membedakan antara kebenaran dan impian.. Luas lagi dunia ini… indah lagi alam ini.. banyak lagi tujuan mu berjalan di muka bumi.. bukan hanya untuk menjunjung cinta… bukan hanya untuk berkiblatkan Kesuma Jiwa…

kembali lah engkau tetapkan hatimu di landasan pemikiran yg waras…

kembali engkau menghirup secangkir kopi di pagi hari

kembali engkau gagah menyahut salam dan terus kan perjalanan…

Pada semua pelayar bahtera Cinta…. Kita hanya insan Fana yg masih dihitung jasa..dan masih perlu waras menimbangkan kisah hidup nan mulia..

-biarlah Alam kembali bernyawa, ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan, bunga kembang dikala malam sedang sang purnama melabuhkan tirai malam