Pages

Mar 8, 2011

Renungan ...❤(。-‿◕。)


Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu, maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah. Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya, maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya, maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu.

Kerana Allah


Semua yang ada di dalam hidup adalah pemberian Tuhan dan kerana Tuhan . Tak ada satu alasanpun yang mampu membuat kita menjadi sombong . Tak ada satu alasanpun yang mampu membuat kita menyesal kerana tidak memiliki apa yang dimiliki orang lain kerana sebenarnya belum tentu orang lain memiliki apa yang kita miliki . Oleh kerana itu kita hidup harus saling membantu dan memperlengkapi .

Renungan ...❤(。-‿◕。)


Cinta tidak memerlukan sebab musabab untuk membuktikan nya hanya dengan kata-kata..perasaan cinta hadir dengan tanggungjawab...tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya..cinta Allah kekal abadi kerana ia abadi..tidak luntur walau di mana kita berada...cinta Allah menjadi peneman hidup di dunia dan akhirat..hanya kuasa Allah yang berupaya membuktikan segala nya.. Allah maha adil menciptakan kita manusia dengan begitu sempurna sekali penciptaan Nya..maka tidak ada asbab untuk kita tidak bersyukur..ALLAH hadirkan lagi perasaan sesama manusia berlainan jantina...itulah kuasa Allah..untuk meneruskan kehidupan.. Ya Allah tetapkan hati kami agar setiap langkah kami setiap saat sentiasa mengingati Mu..iringi langkah kami..dengan petunjuk Mu...