Mencari pasangan hidup bukan
mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan
sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun
bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak,
berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang sentiasa dirujuk menjelaskan mengenai sifat isteri yang baik (termasuk suami):
"Seseorang
lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas bertakwa kepada
Allah selain daripada isteri yang salihah; jika disuruh oleh suami ia
taat, jika suami melihat kepadanya ia menyenangkan; jika dicumbuinya ia
dapat membuktikan kesucian dirinya dan jika ditinggalkan pergi oleh
suaminya ia akan menjaga diri dan harta suaminya."Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin
kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya
itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku
melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku
mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin
kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari
mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata,
mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi
selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar
secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar
secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah
kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."

PENYAKIT “TIDAK JELAS”
Setelah
begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras
sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling
besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit
“tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal
mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam
Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan
perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh
mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam”
menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka
janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada
mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih
penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya
dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?
Ada
pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada
beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak
punya sebarang makna.
Maka
jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi
pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui
nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia
nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia
tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai
keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga
isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia
bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan
agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas
nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika
perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas
diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami
menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak
sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika
lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain
pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh,
kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah
agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga
terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.