Pages

Feb 18, 2011

Renungkan lah


Kadang-kadang dalam hidup ini kita sering tersalah dalam menilai kasih seorang sahabat dan kasih seorang kekasih. Seringkali juga kita tersilap membuat perhitungan. Jika seorang sahabat mampu menjadi seorang kekasih tetapi mampukah seorang kekasih menjadi seorang sahabat? Dan disebabkan itulah sehingga kini aku terlalu takut untuk mengakui apa yang aku rasa, sebab bagiku cukuplah kasih seorang sahabat yang aku ada sekarang daripada aku kehilangan dirinya terus. Betulkah apa aku buat sebenarnya? Sebab daripada layanannya aku tahu sesungguhnya dia menghargai aku sebagai salah seorang sahabat yang paling rapat dengannya. Dan rasanya cukuplah apa yang aku ada sekarang. Kasih seorang sahabat...

I DON'T CARE WHAT PEOPLE WANT TO SAY ABOUT ME, AS LONG AS I'M HAPPY WITH MY WAY......

sahabat n kekasih, kekasih n sahabat... dua konotasi yang berbeza.... falsafah dalam persahabatan yang mana kekadang terungkai dalam cabaran sebuah persahabatan... terjenguk di mana-mana , cabaran itu menyaran dan memantulkan juga nikmat erti persahabatan... namun nikmat itu tidak pula seindah nikmat sewaktu berada di hujung rumput. Di situ kemesraan dan kasih sayang yang dipercikkan oleh matahari adalah puncak segala keindahan....  


Hanya Renungan..❤(。-‿◕。)

Sebenarnya kecewa itu hanyalah ujian dari Allah yang patut kita terima...

sebagai hamba Allah kita kena redha dengan setiap apa yang di berikan
dan apa yang telah di ambil semula...
hidup kita di dunia hanyalah sementara..segala perhiasan dunia hanyalah pinjaman dari Allah..
memang tak perlu lagi untuk kita ingat lagi perkara
perkara yang mengecewakan kita...sesuatu yang pergi tak mungkin datang kembali
kecuali dengan izin Allah..oleh itu teruskan hidup kita dan berdoa serta bertawakkal lah..semoga Allah memberi sesuatu yang lebih baik
dari apa yang kita hilang sebelum ini...
 Kekecewaan takkan bawa pada penyelesaian, kegagalan yang kita alami semasa menempuh hidup amatlah kecil , nikmat yg bakal Allah berikan pd kita, InsyaAllah. Bersabar lah dgn segala dugaan, kaji balik diri kita macamana mana seeblum ni. Adakah kita bersikap positif atau sebaliknya. Pokok pangkalnya kita jangan lupa pada Pencipta kita Allah SWT. Kepada Dia kita meminta untuk mengubati kekecewaan kita, InsyaAllah Allah SWT tu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ..❤(。-‿◕。)

❤(。-‿◕。)

Aku yang memandang di dalam lubuk hati Mencari-cari rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilah daku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini....

Luahan Hatiee



Biarkanlah rindu itu berlalu
Dalam mimpi-mimpi yang syahdu
Biarlah kisah silam pergi
Bersama angin semerbak kasturi
Biarlah hati dimamah luka
Tika malam dihiasi purnama
Walaupun jiwa masih bernyawa
Namun emosi ini tidak bermaya
Kerana tersedar... diri ini
Masih belum layak beradu di atas pelangi
Masih kaku mengejar mentari
Masih lena dibuai tangis
Masih kabur mencari realiti...

seringkali kita terpijak duri
yang perit terasa mencucuk sendi
begitulah juga dengan kehidupan kita ini
sering di lambung perasaan yang memakan diri sendiri..
❤(。-‿◕。) renung2 kan lah ....

kata haty


" Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Tentang wanita


"Kelembutan, kemesraan dan kasih sayang merupakan fitrah yang telah dianugerahkan dalam diri wanita. Keperibadian mulia menghiasi kehidupannya umpama mutiara yang indah berkilauan serta bagaikan sekuntum bunga harum mewangi menghiasi taman-taman syurga. Pengabdian dan pengorbanan demi mempertahankan kedudukannya yang telah dijaga oleh ALLAH, sehingga tetap tersimpan perasaan halus dan jiwa penyayang dalam dirinya...."
Setiap wanita merindui kenikmatan dan kesenangan abadi di akhirat. Mereka senantiasa sujud merendahkan diri kepadaNya dengan linangan air mata keinsafan. Berusaha dengan keteguhan iman membersihkan cahayanya agar kembali bersinar setelah lama bergelumang dalam lembah kejahilan. Sesungguhnya pengorbanan wanita selalu dikenang dan senantiasa terpahat dalam jiwa mereka yang mengharapkan siraman seberkas sinar kedamaian

Menggapai Kebahagiaan


Menggapai Kebahagiaan

Suatu ketika, di tepian telaga kelihatan seorang pemuda sedang duduk termenung. Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya. Seluruh penjuru mata angin telah di laluinya, namun tidak ada satupun titik yang membuatnya puas. Kekosongan makin senyap, sampai ada suara yang menyapanya.
"Buat apa kau di sini wahai anak muda?" tanya seseorang. Rupanya ada seorang lelaki tua. "Apa yang kau risaukan..?" Anak muda itu menoleh ke samping, "Aku lelah Pak Tua. Telah berbatu-batu jarak yang ku tempuh untuk mencari kebahagiaan, namun tak juga ku temukan rasa itu dalam diriku. Aku telah berlari melalui gunung dan lembah, tapi tidak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diriku. Ke mana kah aku harus mencarinya? Bilakah akan ku temukan rasa itu?"
Lelaki tua itu duduk semakin dekat, mendengarkan dengan penuh perhatian. Dipandangnya wajah lelah di depannya. Lalu, dia mulai berkata, "Di depan sana, ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaan mu, tangkaplah seekor kupu-kupu buatku. Mereka berpandangan.
"Ya . . . tangkaplah seekor kupu - kupu buatku dengan tanganmu" Pak Tua mengulangi kalimahnya lagi. Perlahan.... pemuda itu bangkit. Langkahnya menuju satu arah, taman. Tidak berapa lama, ditemuinya taman itu. Taman yang semarak dengan pohon dan bunga-bunga yang sedang mekar. Maka tidak hairanlah, banyak kupu-kupu yang berterbangan di sana. Dari kejauhan Pak Tua melihat, memperhatikan tingkah yang diperbuat pemuda yang sedang gelisah itu.
Anak muda itu mulai bergerak. Dengan mengendap - ngendap, ditujunya sebuah sasaran. Perlahan. Namun, Hap! sasaran itu luput. Dikejarnya kupu-kupu itu ke arah lain. Dia tidak ingin kehilangan buruan. Namun lagi-lagi gagal. Hap!. Dia gagal. Dia mulai berlari tak keruan.
Diterjangnya sana-sini. Dirempuhnya rerumputan dan tanaman untuk mendapatkan kupu - kupu itu. Diterobosnya semak dan perdu di sana. Gerakannya semakin liar. Adegan itu terus berlangsung, namun belum ada satu kupu-kupu yang dapat ditangkap. Si pemuda mulai kelelahan. Nafasnya semakin kencang, dadanya bergerak naik-turun dengan cepat. Sampai akhirnya ada teriakan, "Hentikan dulu anak muda. Istirehatlah."
Tampak Pak Tua yang berjalan perlahan. Ada sekumpulan kupu-kupu yang berterbangan di sisi kanan dan kiri Pak Tua. Mereka terbang berkeliling, sesekali hinggap di tubuh tua itu.
"Begitukah caramu mengejar kebahagiaan? Berlari dan menerjang? Merempuh-rempuh tak tentu arah, menerobos tanpa peduli apa yang kau rosak?"
Pak Tua menatap pemuda itu.
"Nak, mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu. Semakin kau terjang, semakin ia akan menghindar. Semakin kau buru, semakin pula ia pergi dari dirimu."
"Namun, tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari ke mana - mana. Bahkan, tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri."
Pak Tua mengangkat tangannya. Hap, tiba-tiba, tampak seekor kupu - kupu yang hinggap di hujung jari. Terlihat kepak-kepak sayap kupu-kupu itu, memancarkan keindahan ciptaan Tuhan.
Pesonanya begitu mengkagumkan, kelopak sayap yang mengalun perlahan, layaknya bahagiaan yang hadir dalam hati. Warnanya begitu indah, seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu menyelaminya

Nokhtah Cinta -

Nokhtah Cinta -
Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
...Tak pernah kau fikir di fikiran
Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya
Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya


SIAPA SEBENARNYA KITA...?

(Foto dri Haamim Baharuddin )

SIAPA SEBENARNYA KITA...?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (An-Nisaa' 4:36)
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2:7)
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah 2:195)
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”
Kemudian lelaki itu bertnaya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:85)
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.