Pages

Jan 6, 2011

Semangat yang hilang.....

Bagaimana untuk menghadapi keadaan di mana kita telah dikhianati oleh orang yang kita percaya?. Orang itu boleh jadi kawan baik kita, pasangan kita atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita kenal pastinya. Cuma mungkin sekiranya orang tersebut lebih rapat dan sangat kita percayai... tamparannya lebih hebat.

Biasanya, antara persoalan yang akan bermain di minda kita ialah," apa salah aku?" dan "kenapa perkara begini berlaku pada aku?".

Pertama sekali, tenangkan diri kita. ambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri. Kalau menangis itu dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi , maka menangislah. Atau mungkin anda boleh meluahkan perasaan anda kepada seseorang. Tapi ingat! Bukan semua orang. Pastikan orang yang tersebut seorang yang boleh dipercayai dan dapat membantu anda mengurangkan masalah anda dan bukannya menambahkan lagi masalah.

Kedua, setelah berfikir dan bermuhasabah diri, belajarlah menerima hakikat bahawa diri kita telah dikhianati. Ini sangat penting kerana selagi kita tidak dapat menerima hakikatnya.... kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kita cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Dengan kata lain ... redha... dan anggaplah ini adalah ujian dari Allah untuk kita.

Ketiga, bangkit dengan kadar segera (jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang telah hilang). Mungkin lebih mudah untuk mengatakan dari mengotakan. Tapi kenapa harus terus-terusan menangisi perkara yang telah berlaku?. Anda berhak untuk hidup ceria.

Akhir sekali ... berfikiran positif sentiasa. Pada mulanya tentulah agak sukar..... tapi dengan usaha... anda pasti boleh.
(Foto dri Ahmad Nizam Awang.......... )

Pilihan ditangan anda.... kalau ceria itu lebih bermakna... kenapa mesti berduka? .......

::TaKdIr DaN dOaKu ::

TAKDIR DAN DOAKU...

(Foto dri Ahmad Nizam Awang...........)
Takdir sesuatu yang misteri. Rahsia Dia Pemilik Alam. Kerahsiaan itu suatu keajaiban. Dan boleh jadi juga satu kekecewan. Sengaja takdir manusia itu dirahsiakan. Supaya kita selalu menyimpan harapan. Kuatkan azam capai impian. Bagi yang lemah pula mungkin sebaliknya. Merasakan takdir hidup mereka telah ditentukan begitu dan begini. Misteri takdir umpama misteri kiamat. Mana mungkin dibolos fikiran kita yang terhad mampunya.

Aku manusia lemah. Selalu terjatuh. Selalu juga terfikir takdir hujung perjalanan hidupku. Bila hari yang kulalui terasa suram dan pudar. Atau bilamana apa yang kuharap sepertinya selalu musnah. Berdosakah aku punya rasa kekecewaan seperti ini. Kurang bersyukurkah aku pada limpahan rahmat yang telah Kau berikan selama ini?

Aku masih bernafas. Punya waktu untuk sujud taubat kepadaMu. Itulah rahmat terbesar Kau beri pada insan lemah ini. Peluang untuk terus mendekatkan diri padaMu. Mengadu rintih bilamana kurasakan hanya Engkau yang memahami makna perasaanku.

Tuhan, apa mungkin hujung hidupku. Semuanya dalam Kun FayakunMu. Dunia ini tipu daya. Ingatkanlah aku begini. Selalu. Amin.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah (SWT) dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah (SWT) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

( As-Saff : 10-11 )