Bagaimana kalau hati dah terbuka pada seseorang yang menyayangi kita.... namun orang itu telah pun berpunya, walau pun belum bernikah. Hati ini cukup takut membalas cinta si dia, kerana memikirkan perasaan orang yang ke tiga. namun, pada masa yang sama hati menangis dan terhiris sendiri kerana cuba membohongi hati sendiri dari perasaan sendiri..
Bagaimana pula kesnya, seseorang menyintai kita. tulus dan ikhlas... namun pintu hati kita tidak terbuka untuknya. Sudah puas dibuka, namun tidak berjaya. Adakah harus menerimanya juga atau membiarkan hati terbuka kepada insan lain???
belajar cinta, cinta akan membimbingmu..
belajar benci, benci akan membimbingmu..
nafi cinta, cinta akan menafimu.
nafi benci, benci akan menafimu
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Feb 9, 2011
sekadar mnguji hati
Wahai Diri...Mengertilah...
(Foto dari Ahamad Nizam Awang ..... ) Wahai Diri...Mengertilah... Diriku… Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah Tersentuh dengan daulatNya Merasa terpikul amanah ad-Deen ini Diriku… Seringkah kau mencari Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu.. Ketahuilah diriku… Hatimu itu keras, khusyukmu kurang Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya Terlalu banyak kurang dan salahmu Diriku… Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang Muhasabahlah dirimu kala sunyi... Saat perjalanan adalah pencarian diri...semoga sentiasa dalam redhaNYA- |
KENANGAN TERINDAH
TANGISAN AL QURAN...
TANGISAN AL QURAN...
Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku
Namun mereka terus juga menyimpanku
Dan kadang-kadang mencium aku
Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku
Sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama aku
Di atas rak-rak mereka menyimpan aku sehingga tiba pada perayaan
Atau sengketa yang lain bila mereka kembali memerlukanku lagi.
Ya! Mereka membaca dan menghafalku
Tapi sebagai perhiasan sajalah aku ini
Tidak lebih daripada itu
Perutusan dan peringatan daripada-Nya
Yang kubawa tetap bersembunyi tetap terbiar
Khazanah-Nya yang kubawa tidak juga mereka sentuh
Arenaku tetap terbentang gersang
Dan tandus di mana dulunya
Menyemarak kegemilangan keagungan
Perlakuan mereka padaku memang biadap
Begitu banyak yang boleh kuberi
Tapi tiada siapa yang sudi menerimanya…
Kita hanya mengambil quran disaat kita amat memerlukan,disaat kita susah amat berat kita mengambilnya dan membacanya.Berapa ramai diantara kita dapat menangis semasa membaca Al-Quran?
Amal kan lah
(Foto dri Ahmad Nizam Awang ... ) " Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." [Riwayat Imam at-Tirmizi] Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristighfar dan bertaubat pada setiap masa dan ketika. Antaranya hendaklah kita beristighfar dan bertaubat sebelum kita memulakan tidur. |
Subscribe to:
Posts (Atom)