Pages

Jul 8, 2011

~Sinar Yang Membawa Bahagia~

 






















~Sinar Yang Membawa Bahagia~

Malam kian menampakkan wajah tuanya. Namun, aku tak dapat melelapkan mata. Sudah beberapa kali aku cuma memejamkan mata , tapi tidak juga berjaya. Aku bangun menuju ke tingkap. Oh...alangkah gelapnya malam ini. Tiada satu bintang pun yang kelihatan di dada langit. Aku memandang jauh-jauh , namun tiada satu pun yang kelihantan. Hitam. Gelap. Terasa ngeri juga di hati ini lalu tingkap kututup semula.
Aku baring di atas katil bersama Siti yang telah lama dibuai mimpi. Tapi, mata ku masih lagi segar. Segar seembun pada waktu pagi. Aku membaringkan diri ke kiri dan ke kanan. Gelisah. Hati ini begitu gelisah.
Kegelisahan yang datang secara mendadak ini telah mengingatkan aku akan peristiwa lima tahun yang lampau. Ketika aku sedang menuntut di tingkata tiga. Sedang Siti belum lagi bersekolah. Aku tinggal bersama ibu tanpa belayan kasih sayang daripada seorang ayah.
Ayah telah lama meninggal dunia kerana terkena jerangkap samar di sempadan Malaysia- Thailand semasa berjuang mempertahankan Negara. Ketika itu amah masih lagi dalam kandungan ibu.
Setahun selepas ayah meninggal, Ibu telah membawa aku dan Siti pulang ke kampung. Semenjak itulah ibu mula membanting tulang empat kerat untuk menyara kami sekaluarga. Ibu telah mengambil upah membasuh kain di rumah seorang Pegawai Daerah.
Oleh sebab pendapatan ibu tidak mencukupi, maka ibu terpaksa mengambil upah mengerjakan sawah dan membuat kuih untuk dijual di Warung Mak Nab. Aku juga tidak lupa membantu ibu untuk melakukan kerka-kerjanya.
Semalam, semasa di sekolah, guru kelasku telah memberitahu tempoh tempoh bagi menjelaskan yuran peperiksaanku yang hanya tinggal seminggu lagi. Sesiapa yang tidak menjelaskannya, mereka tidak layak memduduki peperiksaan. Keadaan inilah yang membuatkan ibu berkerja lebih keras lagi.
Seringkali ibu pulang kerumah hingga larut malam, Ibu tidak menghiraukan lagi kesihatannya. Makan dan minum tidak menentu. Aku selalu menasihati ibu supaya jangan bekerja terlalu kuat, tapi ibu tetap degil. Ibu memberitahu ia perlu bekerja keras untuk memdapatkan wang bagi membayar yuran peperiksaanku.
Mengenangkan keadaan ini, aku sering menangis. Rasanya mahu sahaja aku berhenti sekolah. Tetapi apabila aku bersuara, ibu ibu cepat-cepat menghalang.
“Janganlah. Jangan bertindak terburu-buru. Teruskan persekolahan kau”
“Tapi bu, kita ni susah. Ibu sudah tua. Lagipun ibu sudah banyak berhutang dengan Pak Long demi membiayai persekolahan Yati. Nanti apa merekan kata pada kita.”
“Sudahlah Yati. Jangan disebut lagi perkara itu. Selagi ibu masih hidup, ibu mahu kau belajar sehingga berjaya kerana itulah wasiat ayahmu dulu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.” Ibu bersuara agak perlahan. Terbendung kesayuan di wajahnya.
“Oh ya,sudah habiskan kuih yang di jual di Warung Mak Nap tadi”
Ibu menukar tajuk perbualannya.
“Sudah. Ini pun wangnya.”
Ibu terus kedapur untuk menyudahkan kuih muih yang belum lagi habis di masak. Aku turut mengekorinya dari belakang.
Malam itu sedang ibu membuat kuin,tiba-tiba ibu terjatuh. Aku menjadi terkejut. Mujurlah Pak Long datang ke rumahku. Pak Long membawa ibu ke hospital.
“ibu, Jangan tinggalkan kami bu” keluhku bersendirian.
Sepanjang malam itu aku sentiasa berdoa agar ibu sihat semula. Aku takut sesuatu yang buruk akan menimpa keluarga kami. Aku tidak mahu ditinggalkan. Cukuplah ayah sahaja yang pergi untuk selama-lamanya.
Sejak mendapat rawatan di hospital dulu, penyakit jantung ibu mula beransur baik. Namun, muka ibu masih lagi pucat dan cengkung. Matanya yang kedalam dan urat-urat kebiruan yang timbul di tangannya, jelas menampakkan raut wajahnya yang kian tua. Melihatkan itu aku semakain gerun dan takut ditinggalkan.
Walaupun ibu masih lemah, tapi ia tetap meneruskan kerja-kerjanya. Sudah puas aku menasihatinya, tapi ibu tetap berdegil. Aku sedari hakikat ini, lastas aku sentiasa membantu ibu membuat kerja-kerja yang lebih berat lagi.

Petang sedang aku membersihkan halaman rumah, tiba-tiba aku terdengar satu jeritan dari arah dapur rumahku. Tanpa berlengah aku berlari ke arah itu.
“Ibu, kenapa ni?” jeritku apabila melihat ibu jatuh.Ibu pengsan. Aku cuba mengangkat ibu dan meletakkannya di atas katil.
Aku mengurut-ngurut dada ibu yang semakin tenat itu. Sementara adikku yang belum mengerti apa-apa masih sempat bermain-main di katil tempat ibu terbaring.
“Di mana sakitnya bu?” aku bertanya sebaik sahaja ibu membuka matanya.
“Kita ke hospital ya, bu?”
Tanpa bersuara, ibu menggelengkan kepalanya. Pak Long yang bertujuan untuk melihat ibu, terkejut melihat ibu yang semakin tenat.
“Ibukau belum sihat lagi Yati?”
“Entahlah” Pak Long, semasa membuat kuih tadi ibu jatuh lagi. Ibu terlalu sukar untuk bernafas,” jelasku.
“Sudah jangan berlengah lagi. Mari kita bawa ke hospital,” ajak Pak Long.
“Kita ke hospital, ya bu?” rayu ku lagi.
“Jangan kau susah-susah lagi tentang diriku Yati. Rasanya sudah sampai masanya ibu pergi mengadap Yang Maha Esa.”
“Jangan cakap begitu bu. Siapalah yang akan menjaga kami nanti.”
“Tidak yati. Allah yang lebih berkuasa dan sudah sampai masanya untuk ibu mengadap-Nya. Semasa ibu tiada lagi ... nanti ...... kaujagalah Siti dengan baik dan ....... ambillah wang yang ada di dalam laci tu untuk membayar yuran peperiksaan kau, ibu doakan semoga kau berjaya .... dan dapat membela nasip adikmu ini ... nak....”
“Ibu ... Ibu .... Jangan tinggalkan kami,” aku menjerit sebaik sahaja ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aduhai ........ Betapa malangnya nasibku ini. Patah sudah ranting tempat aku berpaut. Kini, aku tinggal bersama-sama Siti tanpa belaian kasih sayang daripada ibu dan ayah.
Entah berapa banyak air mata yang ku keluarkan lewat pengkebumian ibu petang semalam. Aku menangis sehingga bengkak mataku. Ibu pergi sebelum sempat melihat kejayaanku dan Siti. Oh ibu, ,mengapa kau tinggalkan aku dalam kepedihan begini.

“Sudahlah Yati. Jangan ditangisikan lagi. Yang pergi tetap akan pergi. Cuma, kita yang hidup ini haruslah bersabar. Lagipun kita ini orang Islam ada Iman. Yati tentu sedar, bahawa setiap yang ditentukan oleh Allah itu tidak patut di kesali, terutamanya dalam saat-saat begini,” Pak Long cuba memujuk aku dengan memberikan kata-kata penuh bererti.
Tapi, sejauh mana berkesannya pujukan itu. Mereka hanya mampu memberi nasihat sedangkan yang mengalaminya aku. Aku yang menanggung segala keperitan hidup ini.
Pada waktu malam, tidurlah aku bersama adikku Siti tanpa belayan kasih sayang daripana seorang ibu. Hari-hari yang ku lalui batapa gelapnya dan kurasakan dunia ini semakin luas untuk kulalui.
“Siti, dalam usia yang masih hijau, kau di pisahkan dari seorang ibu.”
“Tuhan, sesungguhnya engkaulah yang berkuasa terhadap makluk di dunia ini. Engkau yang menghidupkan dan mematikan kami. Tetapi ...... mengapakah pada saat aku dan Siti memerlukan kasih sayang seorang ibu, kaupisahkan kami,” malam itu aku merintih keseorangan.
Kalaulah nyawa ini boleh di tukar ganti, mahu saja aku menggantikan tempat ibu. Tapi apakan daya. Tuhan lebih berkuasa. Manusia yang hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Mungkin inilah yang dikatakan dugaan Allah dan untuk mengatasinya kita harus berjuang. Ya, aku mesti berjuang. Aku tidak seharusnya menangis begitu kerana tangisan itu tidak dapat mengatasi setiap dugaan. Lewat malam itu, aku mendapat satu nafas baru.
Akhirnya aku menjalani penghidupan baru bersama-sama Siti yang tidak mengerti tentang penderitaan. Ke mana destinasiku selepas ini hanyalah bagai kesamaran senja yang mulai di tutupi malam. Aku tahu tiada siapa pun yang bersimpati terhadap kami yatim piatu.
Tetapi sangkaanku meleset. Rupa-rupanya dalam keadaan aku terkapai-kapai mencari tempat perlindungan, terdapat juga orang yang menaruh simpati pada nasib kami ini. Ya, Pak Long. Pak Longlah yang banyak membantu aku terutamanya didalam perbelanjaan persekolahanku. Tambahan pula, Pak Long tidak mempunyai anak. Lantas, Pak Long mengambil aku pula, Pak Long mengambil aku dan Siti sebagai anak angkatnya.
Akhirnya dengan bantuan Pak Long dan isterinya, aku telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam STPM dan aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaranku di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Sementara Siti telah berjaya memasuki sekolah berasrama penuh kerana kejayaannya dalam UPSR.

Kini , hidupku mula bersinar. Kalau dulu langit ditutupi awan mendung, tapi kini ada mentari yang pasti bersinar. Namun aku tidak seharusnya melupakan budi Pak Long yang telah banyak berkorban untuk aku dan Siti.
“Pak Long sesungguhnya akan aku balas jasamu itu. Ya, tunggulah suatu hari nanti”
Tanpa disedari, kokokan ayam jantan bertalu-talu menandakan pagi akan menjelma. Bantalku basah disebabkan titisan air mataku. Oh .....bu, kau pergi sebelum melihat kejayaan anakmu ini. Juga belum sempat aku membalas segala pengorbananmu.
Dan bersama Fajar subuh ini, aku mengabdikan dari kepada Allah dan sekalung doa aku hadiahkan untuk ayah dan ibu. Moga terlerailah rindu yang menjamah hidupku ini. Semua sinar bahagia memaluti hidup aku dan Siti sepanjang hayat.


SiMpulan Kasih PadaMU


Kita harus cuba untuk berdiri
Kita harus cuba untuk kuat mentaati
Kita harus terima dengan redha apa yang di janji
Namun rasa itu masihkah di situ diam sendiri
Kerelaan ini masih palsu membatu nian di hati

Disaat dahi kita bertemu dalam sujud padaMu
Dikala jari jemari kita bertaup mohon kurdrat dariMu
Ketika itu air mata kita gugur satu persatu merayu padaMu
Menuruni lereng-lereng pipi sayu meratap redhaMu
Aku tahu kehancuran itu ujian dariMu untuk ku
Aku rasai kesakitan itu menusuk kejiwaku namun ku pasrah ini untuk ku

Lantaran air mata yang menderu bagai tak terbendung lagi
Berdenyut nadi bagai tiada henti ucap zikir padaMu Ilahi
Mata ini pedih minta ditutup kerna ku menyesali apa yang terjadi
Agar esok hati ini kuat untuk berdiri mengadapMu Ya Rabul Izati



Tautan Hati Buat Isteri


“Syukur pada Allah kini kau telah sah menjadi isteriku” bibit kata luahan hati Afif Hakimi pada Aleya Batrisya isteri kekasih hatinya sewaktu mereka berbulan madu ke Korea Jepun....

Afif pada masa itu berusia 23 tahun dan Aleya pada ketika itu baru berusia 18 tahun, tertunduk malu biar pun hatinya sayu dengan kesungguhan serta keiklasan Afif memperisterikan dirinya yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM. 

“Abang Afif....bagaimana cara mempersiapkan diri untuk memiliki kebahagiaan dalam perkahwinan dan bagaimana caranya menjaga pernikahan itu”. tanya Aleya pada Afif merenung tepat di matanya.

Afif terdiam sesaat ketika pertanyaan itu terucap dari mulut isteri kesayangannya.

“ Wahai sayangku…..perkahwinan itu sebenarnya untuk melatih mempersiapkan dirimu …… melatih dirimu untuk dapat mengawal diri terhadap keinginan-keinginanmu yang bebas dan mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat ! “.

Aleya hanya terdiam sesekali Afif melihat wajah ayu Aleya seakan ingin lebih mengetahui lalu Aleya lantas memeluk rapat ke dada Afif terdengar degupan jantung suaminya seakan memberikan semangat buat hatinya.

“Sayang.....perkahwinan itu melatih dirimu untuk bertanggungjawab …. melatih dirimu untuk dapat bertanggungjawab terhadap apa yang kamu miliki kini !”

Pelukan Aleya semakin erat di dada Afif seakan tidak mahu melepaskannya..sambil Afif memeluk pinggang Aleya, lalu Afif merenung jauh kedalam sudut hati isterinya yang tersayang.

“Wahai permata hatiku Aleya Batrisya.... perkahwinan itu melatih dirimu untuk dapat “memberi dan menerima” …. Memberi yang terbaik dari yang kamu miliki dan menerima apa adanya yang akan kamu miliki ….!”

Terdengar esakan tangisan Aleya dalam pelukan Afif...terasa dihati Aleya keiklasan suaminya yang selama ini sebenarnya bukan pilihan hatinya kerana terpaksa menerima Afif sebagai suami kerana ingin menutup malu pada diri Aleya dia sudah terlanjur dan sudah berbadan dua hasil ketelanjurannya dengan bekas kekasihnya yang terus meninggalkannya, namun kehadiran Afif membuka lembaran baru buat hidupnya.

“Wahai Isteri ku dunia dan di akhirat.... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mendengar dan berbicara…..mendengarkan keluhan dan kebahagiaan pasanganmu dan berbicara tentang kebahagiaanmu dan berbicara dengan baik pula tentang keluhanmu” 
Wajah Aleya sayu apabila melihat wajah Afif yang terlalu ikhlas menerimanya sedangkan Afif tahu Aleya tidak suci lagi..terlalu banyak mutiara berharga berguguran di dada Afif itu yang menyejukkan hati seorang lelaki kerana setiap manusia tidak berjalan di dunia ini dengan sempurna selagi dia tidak pernah terjatuh lalu bagun menyesali penuh keinsafan.

"Aleya sayangku sayang....... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mengerti dan dimengertikan .....mengerti tentang pasanganmu dan dimengertikan oleh pasanganmu itu...!"

“ masih banyak lagi Wahai sayangku , tapi apabila dirimu mampu melaksanakan itu , itu sudah lebih baik “ , kata Afif diiringi senyum manis pada Aleya.

“ adalah Aleya boleh , melaksanakan semua itu semua abang ? kerana saat ini Aleya belum boleh belajar dan berlatih tentang itu “, kata Aleya dengan ragu-ragu.

“Sayang tidak perlu belajar dan berlatih terlebih dahulu untuk menjalani kehidupan alam perkahwinan , kerana pernikahan itu sendiri adalah tempat dirimu belajar dan berlatih, untuk dapat mengendalikan dirimu, melatih rasa tanggungjawab, melatih kemampuan menerima dan memberi , mengerti dan dimengertikan oleh pasangamu, serta melatih kemampuanmu untuk mendengar dan berbicara menerima seadanya kini bukan kisah yang telah berlalu….!