Pages

Feb 17, 2011

HIKMAH KEMATIAN...

(Foto dri Ahmad Nizam Awang)

HIKMAH KEMATIAN..

Kematian adalah rehat daripada kedukaan dunia
Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana.
Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada' dan qadar ketentuan Allah.
Apabila nyawa seorang Islam yang beriman itu hendak diambil, Allah mewahyukan kepada malaikat maut, ``kirimkan salam-Ku kepadanya.'' Maka apabila malaikat itu datang kepadanya untuk mengambil rohnya, malaikat akan berkata: ``Tuhanmu kirim salam padamu.''
Dalam sebuah hadis lain, daripada Muhammad al-Quradzi menyatakan bahawa apabila sampai ajal seorang mukmin, datanglah malaikat maut berkata: Sejahtera di atasmu wahai kekasih Allah. Allah mengirim salam padamu. Dalam surah an-Nahl: 32 dijelaskan, orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang dimatikan dalam keadaan yang baik oleh para malaikat dengan mengucapkan kepada mereka, ``selamatlah kamu.''
Abu Hurairah memberitahu, bahawa Rasulullah ada bersabda menyatakan bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu apabila hendak diambil rohnya, maka datanglah malaikat rahmat yang membawa sehelai sutera putih, lalu keluarlah daripadanya wangian. Wanginya lebih harum daripada bau kasturi, sehingga sebahagian mereka dapat menghidunya. Mereka menamakannya dengan sebaik-baik nama untuknya, sehingga mereka membawanya ke sebuah pintu daripada pintu langit.
Para malaikat bertanya, apakah bau-bauan ini didatangkan dari bumi. Setiap kali ia memasuki langit, penjaga-penjaga pintu akan mengucapkan kata-kata seperti itu, sehingga dia bersama segala roh orang yang beriman.
Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah memberitakan bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya orang mukmin itu apabila tiba ajalnya, datanglah kepadanya malaikat dengan sekeping kain sutera, padanya ada kasturi, ambar dan harum-haruman. Maka mengalirlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan kepadanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda atas kamu menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Apabila rohnya telah keluar, ia diletakkan di atas kasturi juga bau-bauan, lalu kain sutera itu pun dilipat dan dibawa bersamanya ke Illiyiin - hadis riwayat al-Barra.
Rasulullah menjelaskan bahawa roh seseorang yang beriman itu tidak akan dicabut, keluar daripada jasad sehinggalah Allah memperlihatkan tempatnya yang kekal kelak, iaitu di syurga.
Sesungguhnya, kematian bagi orang yang beriman itu adalah rehat daripada segala kedukaan dunia. Dalam keadaan seumpama ini, tidak ada sesuatu perkara yang ghaib, yang dinantikan oleh orang yang beriman, lebih baik daripada kematian.
Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.
Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.
Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.
Orang yang beriman, menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.
Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya. Sebelum roh berpisah dengan jasad, Allah perlihatkan syurga baginya.
Syurga adalah kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata. Bagi mereka yang berjuang untuk hidup di dunia, untuk diri, agama, negara, keluarga dan kerana Allah, apabila diperlihatkan kepadanya syurga, hamba berkenaan akan merasai betapa nikmatnya hidup di syurga, berbanding dengan hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai perjuangan, hiruk-pikuk penipuan dan pesona.
Orang yang berada dalam pesona syurga, ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak dapat menahan diri untuk menikmati syurga yang diperlihatkan kepadanya.
Walaupun demikian, hamba berkenaan tidak akan dapat menikmati kehidupan di syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Kerana itulah hamba berkenaan terlalu inginkan mati, untuk segera menikmati syurga.
Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.
Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, ``mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah''
Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.
Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang diterangkan di atas, ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan sama ada roh suami puan sekarang dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim.
Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya.
Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati. Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.
Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.
Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya merubah keadaan biar sedikit pun. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang puan boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.
Zaid bin Aslam pernah memberitahu, ``apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus.
`Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''
Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikiri tentang ketetapan Ilahi, qadak dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.


Tanggungjawab terhadap ibu bapa.


(Foto dri Ahmad Nizam Awang )
Tanggungjawab terhadap ibu bapa.
 Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.
Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.
Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas mereka meninggal.
Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah.
Lebih besar daripada itu, anak yang tidak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mendapat kemuliaan luar biasa dan Allah menjauhkan rasa dukacita serta kesedihan daripada hidupnya.
Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, apabila ibu bapa meninggal, tanggungjawab yang perlu dilakukan lebih berat iaitu menguruskan jenazah ibu bapa bersama keluarga terdekat.
“Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dengan mengucap ‘Inna lillaahi wa inna ilaihiraajiuun’ dan tidak meratap kematian berkenaan.
“Selepas itu segeralah menguruskan jenazah dengan memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan dengan sempurna. Lebih afdal kalau anak berupaya membaca sendiri talkin untuk orang tua mereka.”
Selain itu, tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.
Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat tertangguh ketika hayatnya. Kalau berkemampuan, upah orang mengerjakan haji atau umrah bagi kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal itu.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)

Maksudnya :
"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu... bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

DOA




Sangat baik di amalkan selepas solat fardhu setiap hari… dan boleh jugak di baca semasa solat dhuha sbg penambahan doa.. moga kita dibukakan pintu2 kebaikkan dan dipermudahkan urusan dunia & akhirat… amin..


PERSOALAN...❤(。-‿◕。)

PERSOALAN...

Biarkan sahaja persoalan itu menjadi medan pertanyaan yang tidak akan
terjawab atau.. jadikan satu pemikiran yang tidak akan dimengertikan oleh
sesiapa yang bertanyakan tentang masa lalu, masa kini mahupun masa hadapan
biarkan sahaja persoalan itu dikuburkan bersama lewat kelembutan yang hadir
agar tidak ada mengapa-apakan.. dari sesiapa uang mendekati, biarlah keterasingan ini berlaku dalam saat-saat yang dapat dirasakan sebuah kehilangan yang bakal terjadi, sungguh perkara ini sudah tentu mengharukan dari bisikan kelemayar yang gegat dan kacau...
Biarkan sahaja kedewasaan ketawaran menjadi intipati kehidupan bakal menjelma..
sesungguhnya setiapa insan hanya mampu membiarkan persoalan itu mendekati dan
menjauhkan apa sahaja difikirkan oleh lantunan kucah hari-hari..
biarkan sahaja bilah-bilah memancung kulit tubuh menghiris halus, terpancut gumpalan hamis bau darah dari kesakitan berabad..
Biarkan hati-hati manusia melayah rasa kerinduan, rasa keinginan, rasa ketindihan dan rasa kesanggupan dihunjam oleh masa penuh kesadisan.. biarlah
apa yang dikatakan tentang perasaan itu, asal tidak berkata tentang sesuatu dari yang lain.. dan tidak salah yang mahu dituntut adalah dendam yang sering
disebut-sebut..

Memang sukar membuat orang memahami apa yang ingin kita perkatakan.. apa lagi menyingkap sebuah perasaan atau kefahaman tentang sesuatu maksud..❤(。-‿◕。)

Bersyukurlah kita sentiasa


Bersyukurlah kita sentiasa

Assalamualaikum.......
BERSYUKUR MELAHIRKAN KETENANGAN JIWA
Dalam diri manusia terdapat sifat tidak merasa cukup atau berpuashati dengan apa yang dimiliki dan dialami. Semakin baik dan banyak yang diterima, lebih lagi yang diingini dan diusahakan untuk mendapatkannya.
Sikap tersebut tidak menyalahi amalan dalam Islam. Setiap individu perlu sentiasa menanam sikap ingin mendapat lebih banyak dan lebih baik. Namun sikap itu perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredaan Allah. Bersyukur dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam mengejar apa yang dikehendaki merupakan jalan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya setiap kejadian alam ini disediakan untuk kebaikan manusia. Justeru perlulah setiap individu bersyukur dalam apa jua keadaan yang dilalui. Pandanglah pada setiap kejadian yang Allah perjelaskan agar manusia tahu bersyukur dan berfikir.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi: dan pada pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang berlayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermunafaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya daripada berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan, kebijaksaan dan keluasaan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikirannya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 164).
Setelah turunnya ayat tersebut, Rasulullah mengerjakan sembahyang yang sepanjangnya Baginda menangis sehingga bercucuran air mata. Melihatkan keadaan Rasulullah itu, Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Padahal Allah telah mengampunkan apa-apa yang terdahulu daripada dosa engkau dan juga yang terkemudian.”
Lalu Rasulullah menjawab: “Adakah aku ini bukan seorang hamba yang bersyukur? Mengapakah aku tidak berbuat demikian, sedangkan Allah telah menurunkan (ayat) kepadaku (ayat 164 dalam surah al-Baqarah).”
Perbuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu menjelaskan betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasa bersyukur itu bukan hanya dilakukan apabila mendapat kebaikan semata-mata. Sebaliknya, rasa bersyukur perlu dizahirkan pada setiap waktu dan tidak kira di mana berada.
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah jadi manusia. Firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tidaklah kamu akan dapat menghitungnya satu per satu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.” – (Surah an-Nahl, ayat 18)
Sebagai muslim, nikmat yang paling besar ialah nikmat iman. Kehidupan ini tidak ada ertinya jika telah hilang iman dari dalam diri. Hanya mereka yang beriman dijamin kehidupan yang baik di akhirat nanti. Justeru itu, bersyukurlah kerana kita masih dalam lindungan rahmat Allah yang masih dikekalkan keimanan di dalam diri.
Seterusnya nikmat lain yang patut disyukuri ialah kesempatan hidup sehingga sekarang. Nikmat hidup bukan bertujuan untuk mencari kesenagan hidup semata-mata, tetapi ingin mengabdikan diri kepada Allah.
Manusia dicipta sebagai hamba yang perlu taat patuh kepada perintah Allah, yakni melakukan ibadat. Firman Allah bermaksud: “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” – (Surah al-Zuriat, ayat 56).
Maka, rugilah sesiapa yang di dalam masa hidupnya lebih banyak menghabiskan masa untuk melakukan sesuatu yang bukan dalam senarai ibadat. Ibadat yang dimaksudkan bukan semata-mata ibadat khusus seperti sembahyang, haji, puasa dan zakat. Sebaliknya ibadat itu merangkumi segala perbuatan yang menepati maksud takwa yakni melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang.
Ini bermakna, melakukan tugas mencari rezeki juga merupakan sebahagian daripada ibadat. Begitu juga dalam soal mengurus rumah tangga, hubungan sesama manusia dan sebagainya merupakan ibadat jika sekiranya dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.
Sesungguhnya dalam semua keadaan hidup yang dilalui manusia perlu sentiasa bersyukur, biarpun apa yang dialami itu tidak daripada dikehendaki. Terimalah segala apa kurniaan Allah dengan perasaan bersyukur dan perasaan berserah kepada-Nya.
Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sebenarnya mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah. Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
Sesungguhnya ramai orang yang bersikap sebaliknya. Setiap apa yang perkara buruk dihadapi dianggap sebagai mapetaka yang mengundang kedukaan di dalam hati. Malah disebabkan rasa kecewa yang amat sangat, ada yang mempersoalkan mengapakah Allah menjadikan dirinya sedemikian.
Sesiapa yang mengalami nasib buruk sebenarnya masih mempunyai peluang untuk mengecapi apa yang diharapkan pada masa akan datang. Sikap yang sepatutnya ditunjukkan ialah bersyukur kepada Allah masih memberi peluang untuk memperbaiki keadaan kerana dirinya masih hidup.
Peluang dapat terus hidup merupakan sebahagian perkara yang perlu disyukuri. Sesungguhnya jika peluang tersebut ditarik balik, maka saat kematian tidak akan dapat ditangguhkan untuk melakukan kebaikan.
Firman Allah bermaksud: “Sehingga ketika maut telah datang kepada seseorang di antara mereka, maka diapun berkata: “Wahai Tuhanku (hidup semula)! Supaya dengan itu aku akan dapat mengerjakan perbuatan baik yang aku tinggalkan. Tidak. Sesungguhnya perkataan itu hanya sekadar dapat diucapkan. Di hadapan mereka ada Barzah yang dindingnya membatasi sampai mereka dibangkitkan.” – (Surah al-Mukminun, ayat 99 hingga 100).
Maka ketika nadi masih berdenyut dan fikiran masih waras, sentiasalah mengingati dan mengsyukuri atas nikmat kehidupan yang disediakan oleh Allah. Peringatan ini difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.”
Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersikap sabar dan teguh iman menerima ujian Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan ketabahan orang-orang yang sabar pada masa kesempitan, dan pada masa kesakitan, dan juga pada masa bertempur dalam Perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya) mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan), dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 177).
Manakala kesyukuran yang sering dilupai oleh mereka yang dilimpahi rahmat kekayaan ialah tidak menggunakan kekayaan itu untuk jalan kebajikan. Sikap tersebut didorong oleh perasaan tamak dan mengaku dirinya yang menentukan apa yang diperolehinya.
Justeru itu ramai orang yang memperolehi harta kakayaan, pangkat dan kedudukan tinggi masih tidak puas apa yang dimiliki. Mereka sentiasa resah dan memikirkan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan untuk mendapat lebih banyak lagi kekayaan, meningkatkan pangkat dan meletakkan diri lebih tinggi.
Maka, dalam sifat tamak dan bakhil itu timbulah perasaan mencintai dunia melebih daripada cinta kepada Allah dan Rasulullah-Nya. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara yang jahat untuk mengambil hartanya.
Fikiran inilah membelengu mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan sedekah yang sebenarnya telah dipengaruhi oleh syaitan. Syaitan sentiasa mendampingi si bakhil untuk melahirkan rasa takut untuk berbelanja ke jalan Allah. Firman Allah bermaksud: “Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 268).
Golongan yang tidak bersyukur itu sebenarnya menolak jaminan Allah seperti yang difirmankan dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Nasib inilah yang menimpa Qarun yang disebut sebagai orang terkaya di dunia yang mana kekayaanya tidak mungkin dipintas oleh sesiapapun. Sebenarnya Qarun disebut sebagai orang yang asalnya beriman kepada Allah dan menjadi pengikut setia Musa ketika dia belum menjadi kaya raya.
Namun setelah dia memperolehi kekayaan, dia tidak bersyukur, malah angkuh menolak permintaan Musa agar mengeluarkan zakat dan sedekah kepada kaumnya daripada hasil kekayaan itu. Qarun menjadi durhaka kepada Allah kerana mengaku kekayaan yang dimiliki merupakan hasil usahanya sendiri.
Cerita keangkuhan Qurun dan nasib yang menimpanya disebabkan tidak bersyukur disebut dalam beberapa ayat surah al-Qashash. Sebahagian daripada ayat 76 surah tersebut bermaksud: “Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka, dan Kami berikan kepadanya kekayaan, yang kuncinya berat dipikul oleh sekumpulan orang yang kuat.”
Manakala sebahagian maksud ayat 78 bermaksud: “Qarun menjawab: Kekayaan yang diberikan kepadaku hanyalah kerana perngetahuaku.”
Sebenarnya sikap tamak kepada kakayaan terbawa-bawa sehinggalah ketika hampir maut. Diceritakan bahawa syaitan akan datang kepada orang yang sedang hampir mati dan menawarkan pelbagai kelebihan dan kekayaan sekiranya mengakui bahawa syaitanlah yang paling berkuasa.
Namun bagi sesiapa yang sepanjangnya hidupnya sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, nescaya tidak akan lekang daripada lidahnya menyebut kalimah mengagungkan kebesaran Allah dan kerasulan Rasulullah. Sebab itulah amat penting sentiasa menyebut dan mengingati nama Allah sebilang masa agar kekal keimanan tidak mudah diperdaya oleh syaitan ketika saat genting menempuh maut.
Manakala mereka yang sentiasa lupa pada janji-janji Allah tentang hari akhirat, pasti akan mudah terpedaya dengan persona kehidupan dunia. Maka, golongan ini dijanjikan oleh Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
Firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 3 bermaksud: “Tetapi telah tetap hukuman seksa daripada-Ku: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhkan neraka jahanan dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).”

RAHSIA MENAMBAT HATI WANITA...(◠‿◠✿)



RAHSIA MENAMBAT HATI WANITA...

Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.
Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.(◠‿◠✿)

SUARA HATIKU...❤(。-‿◕。)




SUARA HATIKU...
Aku mencari seorang insan bernama LELAKI
untuk menjadi PEMBIMBING DIRI
di kala hati ini masih KOSONG TIDAK BERISI
ajarkanlah aku AMALAN TERPUJI
pastinya dirimu menjadi CONTOH DI HATI
bagi seorang wanita BERGELAR ISTERI
mengajar semua AJARAN ILAHI
supaya hidup akan DIBERKATI
bukan darinya KEKAYAAN yang kucari
apatah lagi KETAMPANAN yang kuimpi
aku sekadar mencari CINTA yang SUCI
bagi meneruskan HIDUP DI ALAM REALITI
kesetiaanmu menjadi KUNCI
dalam kita melayari HIDUP SEHARI-HARI
terlalu banyak KITA DIUJI
pastinya RUMAH TANGGA bertambah SERI
Bila dirimu TIADA DI SISI
aku menjadi RESAH SENDIRI
sudah pasti AKU MENGHITUNG HARI
kerana KEPULANGANMU YANG KUNANTI
hanya padamu TUHAN AKU MEMOHON simpati
TEMUKANLAH AKU DENGAN PASANGAN
YANG BERBUDI PEKERTI
kepada KELUARGAKU sanggup dia berbakti
demi MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB yang diberi
seandainya DIA JODOH yang TERSURAT daripada ILLAHI
AKU MENERIMA dengan senang hati
HARAPANKU biarlah AKU MENJADI MILIKNYA
YANG ABADI
walaupun pelbagai RINTANGAN harus kutempuhi......

.....seandainya DIA JODOH yang TERSURAT daripada ILLAHI

AKU MENERIMA dengan senang hati
HARAPANKU biarlah AKU MENJADI MILIKNYA
YANG ABADI..walaupun pelbagai RINTANGAN harus kutempuhi...... ❤(。-‿◕。)

insyallah ♥ (。-‿◕。)



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki.. tetapi ingatlah wahai lelaki.. kamu adalah sebenarnya istimewa di sisi ALLAH.. maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.. maka dengan keistimewaan itu.. JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.. supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat sama-sama pulang mengadap ALLAH dalam keadaan istimewa di sisiNYA.. INSYAALLAH"

harapanku

semoga ia menjadi abadi
semoga ia menjadi nadi
semoga ia terus disini
semoga ia subur mewangi
......semoga ia mewarnai bak pelangi
dulu....kini.... dan selamanya... ♥ (。-‿◕。)

suka suki ttg cinta(◕‿◕✿).



Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati....(◕‿◕✿).
Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan..(◕‿◕✿).
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan hati kita

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.(◕‿◕✿).
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu...

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa(◕‿◕✿).
 HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.