Pages

Apr 29, 2011

MUHASABAH BUAT DIRI INI ^^


Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal air mata ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua tipuan Iblis untuk menyesatkan kita. Amalan seseorang yang banyak ada kalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita, agar kita berbangga dengan diri kita yang diciptakan daripada tanah. Amal yang sedikit turut memperdayakan kita, agar kita sentiasa berharap Allah mengampuni kekurangan diri kita.
Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’. Orang yang banyak beramal berasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila ia berjalan, ia tunduk semacam tawadhu’ walhal syaitan dalam jubahnya. Ia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yag lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan satu perasaan takabbur yang tinggi.
Apabila ia bercakap, ia merasakan semua orag memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu ia menganggap yang buruk itu baik.mungkin baik pada zahir, tapi buruk pada hakikatnya.
Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Ia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.
Sesetengah orang berilmu, apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkan. Ia mengatakan cinta akhirat tetapi ia sendiri kelihatannya sibukmengejar dunia. Ia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan. Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi di hati tidak. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya kotor dengan pelbagai penipuan.
Mereka boleh bercakap dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasauf juga barangkali tetapi hanya lidah berbicara sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan. Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila ia enyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Bila ia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Bila ia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud.
Mereka tidak perlu berbicara. Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang khalis yang mana mungkn ilmunya idak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.
Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya pandang tidak pandang, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang khalis, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.
Sudahlah, jangan kita lupa tentang akhirat. Parti mana menang, parti mana yang kalah, itu pertembungan di dunia. Jangan sampai lupa akhirat. Jangan sibuk berjuang, tetapi rupanya bukan kerana mendaulatkan Islam tetapi ingin memenangkan kumpulan sendiri. Konsep perjuangan adalah, memenangkan agama Allah walaupun kumpulan kita kalah. Kalau kita berjaya, daulatkan agam Allah dengan cara orang yang memerintah. Jika kita kalah, kita mendaulatkan Islam dengan cara sebagai oang yang kalah.

No comments:

Post a Comment