Pages

Jun 1, 2011

✰◠◡◠✰Sebuah Cinta Pengantin Syurga✰◠◡◠✰



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Ruum : 21).


Apabila seorang kekasih telah singgah di hati, fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnet. Rasanya selalu ingin bertemu meskipun hanya sebentar. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.Begitulah hebatnya pesona cinta...

Daku ungkapkan sebuah kisah yan berlaku di kota Kufah. Tinggallah seorang pemuda tampan yang zuhud dan tekun beribadah. Suatu hari dalam pengembaraannya, pemuda itu melalui sebuah perkampungan kaum An-Nakha’. Di sana takdir Allah dia telah bertemu dengan seorang gadis cantik yang telah berjaya memikat hatinya...


Cinta yang tak terucap jauh lebih berharga dari pada cinta yang hanya ada di hujung lidah. Maka jalinan cinta pun tersimpul kuat.


Benih-benih cinta itu bagaikan anak panah yang keluar dari busurnya, pada pertemuan yang tersamar, pertemuan yang berlangsung sangat sekejap, pertemuan yang selalu terhalang oleh hijab. Demikian pula si gadis merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu pada kali yang pertama.

Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati… terkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan… Persis seperti iman,termetri di dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amalan.



Begitulah dengan si pemuda ini, dia berfikir cintanya harus diselamatkan!Biar ia berada di dalam bingkai syariat Allah swt. Maka dihantar utusan untuk meminang gadis tersebut tetapi malangnya pinangan itu terpaksa ditolak kerana gadis itu bakal di jodohkan dengan sepupunya sendiri.


Cinta itu adalah fitrah kejadian Allah pada setiap hambanya. Si gadis yang hatinya juga amat mencintai kekasihnya telah mencari jalan untuk bersama-sama dengan kekasihnya itu walau dengan apa cara sekalipun. Ia sanggub mengikuti kemana sahaja asalkan dapat bersama dengan pemuda tercinta.. Maka si gadis mengutus seorang khadamnya untuk menyampaikan sepucuk surat bagi meluahkan isi hati dan perancangannya kepada pemuda tersebut:

Setelah membaca isi surat itu pemuda itu pun berpesan kepada khadam yang membawa surat tersebut..

Sesungguhnya aku tidak akan menerima cadangan ini, biar apapun yang berlaku..Sesungguhnya aku lebih takut akan kemurkaan Allah dan azab api neraka.

Pulanglah khadam tersebut dan menyampaikan pesan dari pemuda tersebut kepada kekasihnya.Pabila di dengar oleh gadis tersebut hati kecilnya terus berkata:
“Sesungguhnya selama ini aku belum pernah bertemu dengan seorang yang begitu zuhud dan terlalu takut kepada Allah swt". Lantaran itulah si gadis juga bertekad untuk terus mengabdikan diri kepada Allah dan mencurahkan seluruh rasa kasihnya pada Penciptanya yang Maha Agung. Biarlah di dunia ini dia hidup bersendirian tetapi ia amat yakin di Akhirat kelak akan ada teman dan kekasih yang disediakan oleh Allah. sejak itu juga dia amat tekun beribadat, siang dan malam badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.


Bila kerinduan kepada kekasih memuncak, maka saat malam tiba, saat manusia terlelap, saat bumi menjadi lengang, diapun berwudlu. Bersembahyang ia dalam kegelapan malam lalu menadah tangan, memohon kepada Allah agar dia terus diberikan kekuatan dalam menghadapi cintanya yang tak kesampaian. Kerana kerinduannya yang mendalam itu a akhirnya Allah memanggil ke hadrat-Nya. Gadis itu meninggal dunia dengan membawa besertanya cinta yang tulus dan suci. .


Pada suatu malam, Sang pemuda bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.
“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Tanya Pemuda itu di alam mimpinya.


Gadis kekasihnya itu menjawab dengan untaian syair:


Kasih…

cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu


Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”


Kekasihnya menjawab dengan syairnya:
Aku berada dalam kenikmatan
dalam kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
 yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu kedatanganmu,

wahai kekasih…
“Di sana aku bermohon agar engkau selalu mengingatku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”


Justeru pemuda itu berkata dan berseru:
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu."dan...bilakah aku dapat melihatmu kembali?” Tanya si pemuda menegaskan
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” Jawab kekasihnya.


Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, akhirnya Allah mematikan pemuda tadi. Allah telah mempertemukan cinta keduanya di alam baqa, walau tak sempat mengecapinya di dunia. Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua menjadi sehingga menjadi PENGANTIN DI SYURGA.


Subhanallaah! Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Pantaslah kalau cinta memerlukan satu peraturan peradaban dan keterbatasan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat.Keturunannya akan selamat dan yang paling penting agamanya akan selamat....


Begitulah Allah Maha Pengasih meletakkan rasa kasih sayang ke dalam hati-hati makhlukNya, namun ada di kalangan kita tak tahu menghargainya.
Mudah2an dalam hati kita ada rasa kasih dan sayang yang boleh membawa ke syurga

✰◠◡◠✰Jenis2 Air Mata ✰◠◡◠✰



JENIS-JENIS AIR MATA


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan apineraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah


Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.


Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai


Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!."


Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakinlah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu.....
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



Junjungan Mulia bersabda:

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di
waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di! waktu malam." "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat n aungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


........."sampaikanlah walau satu ayat" al hadis........

✰◠◡◠✰Mahar Perkahwinan Adam A.S Dan Hawa..✰◠◡◠✰


Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam A.S berseru:



“Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.


“Bukan!” kata Tuhan.


“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam A.S dengan penuh pengharapan.


“Bukan!” tegas suara Ghaib.


Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun:


“Kalau begitu tunjukanlah hamba-Mu jalan keluar!”.


Allah SWT. berfirman:
“Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Ku-Bangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.


Adam A.S merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai Mahar.


“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam A.S bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.


Allah SWT. berfirman kepada mereka:
“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.


(Al-A’raaf: 19). Dengan pernikahan ini Adam A.S tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.


Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah S.W.T dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.


Firman Allah SWT.:
“Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”


[ Tamatlah sebuah kisah Cinta antara Adam A.S dan Hawa ]

✰◠◡◠✰Isteri Solehah Penawar Dihati Suami..✰◠◡◠✰



Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."


Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.


Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:



1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)



Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.



Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah S.A.W bersabda,

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"


2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.


3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.


Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.



Sabda Rasulullah SAW:

"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)



Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.



Allah SWT berfirman, ertinya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)


Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.


Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)



6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
•Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

•Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
•Sentiasa menghormati keluarga suami .
•Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
•Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
•Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
•Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
•Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
•Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
•Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
•Bersikap malu terhadap suami.




Buat Suami & Isteri, Bakal Suami & Isteri :



Sebaik-baik suami adalah yang dapat membimbing isterinya untuk taat kepada ALLAH SWT, yang selalu melihat kelebihan-kelebihan isterinya bukan kekurangannya. Yang dapat memenuhi hak-hak dan keperluannya zahir dan batin dengan penuh kasih sayang, tidak membebaninya dengan kerja-kerja yang berat serta tidak menyakiti fizikal dan hatinya.


Sebaik-baik isteri adalah yang dapat mendorong suaminya untuk taat kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA, yang tidak banyak menuntut dunia, yang selalu mendampingi dan melayaninya dalam senang dan susah, yang menjaga kehormatannya dengan tidak memperlihatkan auratnya kepada yang bukan muhrim. Amiin.................♥

Isikan Jiwa mu ,Dadamu Dengan Ilmu



اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq,
96:1)
Merdekakan Dirimu Dengan Ilmu


Inilah penggalan perintah pertama yang diterima Nabi saw. Perintah ini menjadi fajar kelahiran ilmu pengetahuan dan semangat mencari ilmu bagi seluruh umat manusia. Nabi saw sama sekali tidak bisa membaca dan menulis (al-Ummî). Dari seorang Nabi yang al-ummi ini justeru lahir berbagai bacaan dan tulisan yang sarat pengetahuan, hikmah dan tuntunan yang demikian hebatnya mempengaruhi pola pikir, sikap dan tindakan manusia.


Masyhur ujaran beliau saw: Menuntut ilmu itu kewajiban bagi setiap muslim. Tuntutlah ilmu sekalipun di negeri Cina. Awal abad ke-7 M nasehat ini terucap, satu abad kemudian yaitu abad ke-8 kaum muslimin merajai ilmu pengetahuan di seluruh dunia. Seorang penulis barat menulis: “Dari abad ke-8 hingga akhir abad ke-14, ilmu pengetahuan Arab (Islam) barangkali adalah sains yang paling maju di dunia, yang jauh melampaui Barat dan Cina.” (Toby.E.Huff, the Rise of Early Modern Science).


Al-Ummi juga dapat dilihat dari sudut pandang lain, selain tidak dapat membaca dan menulis yaitu: keperawanan (virginitas). Nabi yang ummi tidak punya akses sama sekali untuk meraih ilmu melalui membaca dan menulis huruf-huruf karya manusia. Hati beliau suci (virgin) dari sentuhan ilmu manusia. Seperti Maryam yang suci rahimnya lalu Allah meniupkan Kalimat-Nya melalui Jibril as ke rahim itu maka lahirlah al-Masih ‘Isa as tanpa ayah. Hati Nabi saw yang suci dari pengajaran manusia ketika dihembuskan kalam Allah ke dalam hati itu melalui Jibril as maka lahirlah al-Quran. Hal ini menjadi landasan bagi Ilmu Ladunni dalam tradisi keilmuan kaum muslimin. Ketika seseorang membersihkan hati dari pengaruh jiwa rendah melalui riyâdhah dan menghadapkan hati kepada Allah Ta’ala melalui murâqabah maka Allah al-‘Alîm akan melimpahkan pada hati itu ilmu dari lautan ilmu-Nya. Nabi saw memberi isyarat tentang hal ini,


” Barang siapa mengamalkan ilmu yang telah ia ketahui maka Allah akan mewariskan padanya ilmu yang tidak ia ketahui.” Sabdanya lagi,” Barang siapa mengikhlaskan amal hanya karena Allah, selama empat puluh hari Allah akan memancarkan hikmah dari hatinya yang mengalir ke lisannya.”


Belajar kepada manusia dengan cara menghitamkan kertas dengan tinta. Belajar kepada Allah dengan cara memutihkan hati dari hitamnya noda dosa. Kedua cara belajar ini khas pada kaum mukmin. Berbeda dengan kebanyakan ilmuwan barat, ilmuwan muslim memandang alam sebagai sesuatu yang suci. Alam adalah ayat-ayat Allah yang harus dibaca dengan penuh khidmat seperti al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang harus dibaca dengan penuh khidmat. Secara etimologis Ayat (tanda) bererti al-alâmah al-zhâhirah (identiti yang sangat jelas), artinya ketika seseorang melihat ayat maka haruslah sejurus kemudian ia melihat juga sang pemilik ayat itu.




فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ
“… maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah…”
(QS. al-Baqarah:115)


Bila kita melihat alam semesta, sejurus kemudian kita tidak melihat wajah Allah maka pada hakikatnya kita buta meskipun melihat. Tidak ada kebutaan yang lebih dahsyat dibandingkan kebutaan jenis ini. Penyebabnya adalah kebodohan, yaitu kosongnya hati dari cahaya ilmu. Hijab terbesar antara hamba dengan Tuhannya adalah kebodohan. Kebodohan membuat orang terjajah tanpa bisa merdeka, terjajah oleh kegelapan hawa nafsu, dunia dan setan, yang menyebabkan ia gagal meraih kebahagiaan.


Satu-satunya cara untuk merdeka adalah usir kebodohan dengan senjata ilmu pengetahuan.