Pages

Mar 31, 2011

DiDiKan SaLah, anaK-anaK punah, masa Depan Berdarah..!!

~In The Name Of ALLaH ~

Mutakhir ini, kita dihujani pelbagai ‘masalah-masalah’ sosial yang melibatkan remaja..
Setiap hari pasti ada sahaja cerita ‘kurang enak’ menjadi santapan mata dan telinga, dan akhirnya menyentap hati. Aku turut meluahkan kebimbangan, kerana aku ‘bakal pendidik’.. melihat ‘panorama’ remaja pada hari ini, sudah cukup menggerunkan aku.. ia amat berbeza dengan zaman muda kita dulu2.. (“,)

[mengapakah.jpg]

Ibu bapa adalah ‘penyumbang’ terbesar kepada ‘terjebaknya’ anak-anak kedalam kancah negatif. Namun ramai ibu bapa yang enggan menyedari hakikat ini, malah mereka mengatakan bahawa merekalah paling pandai dan bijak dalam mendidik anak. ‘orang lain yang pengaruh anak aku nih…!’ orang bijak tidak akan menyalahkan orang lain, malah akan muhasabah diri terlebih dahulu.

Mengapa aku kata ibu bapa yang salah..

[sebab+ank+rosak.jpg]

Pertamanya, kerana ibu bapa sendiri tidak menutup aurat dengan betul. Lihat sahaja ibu-ibu hari ini, kebanyakannya ‘seksi’ dan ‘meletop’. Masing-masing ingin menjadi ‘ibu moden’ dan ‘mama rock’. Sejak anak dalam perut lagi, mak-mak dah pakai baju2 mengandung yang macam-macam potongan ‘menjolok mata’. Bila anak tersebut lahir, maka beliau akan mencontohi mak yang seksi tadi. Anak-anak membesar melihat ibu yang seksi. Apabila beliau sudah sampai ke satu tahap, maka anak-anak ini juga ingin ‘seksi’ seperti ibu beliau bahkan jangan terkejut jika beliau lebih ‘seksi’.. bak kata orang kita; ‘mak dah seksi, anak ape lagi, mak buka sikit2, anak bukak banyak lah..’


Beliau ini jugaklah yang bakal menjadi penyebar ‘virus seKsi’ kepada masyarakat.. mempengaruhi orang lain menjadi ‘seksi’..!!


Kedua, kerana ibu bapa sekarang suka mendedahkan anak kepada hiburan. Sejak menagandung lagi, mak-mak zaman ni suka tengok ‘benda’ hiburan, Malaysian Idol, Akademi fantasia dan macam2 lagi yang sama waktu dengannya. Apabila anak itu lahir dan membesar, mak-mak sekarang bagi anak-anak masuk ‘Bintang kecil’ .. ‘Idola kecil’.. maka anak itu membesar dalam suasana ‘berhibur’, dan menjadi kebiasaan. Jika bosan, hiburan yang dicari, jika hati tidak tenang ‘disko’, ‘kelab malam’ itulah menjadi destinasi.


Ketiga, kerana mak ayah suka bergaduh dan menunjukkan keganasan di hadapan anak-anak. Maka anak juga turut menjadi ganas. Pegi skola jadi ‘kaki buli’ dan ‘kaki pukul’. Mentaliti dan persepsi mereka terhadap dunia ini telah berubah, dari ‘kedamaian’ kepada ‘keganasan’ dan dari ‘ketenangan’ kepada ‘kecelaruan’..


Keempat, kerana mak bapa bagi anak-anak makan duit haram. Duit memang tak boleh makan, tapi makanan dibeli dengan duit haram. Duit rasuah, duit judi, duit tipu orang, duit riba, duit curi, duit menggelapkan wang syarikat..errr, semua membawa kepada haram! Itu yang mak bapak sekarang gunakan untuk membeli keperluan seharian anak-anak, dari makanan hinggalah membeli perkakas sekolah..buku sekolah. Betapa hitamnya hati anak-anak. Patutlah susah nak dapat hidayah. Kegelapan yang menakutkan..!


Kelima, kerana mak ayah suka salahkan orang lain walaupun anak mereka salah. Maka anak-anak ‘naik lemak’ dan menjadi tidak hormat kepada sesiapa pon. Kat sekolah habis cikgu2 dia ‘sepak terajang’, kat luar tunjuk kuat merempit sini sana, mengganggu ketenteraman awam.. sebab dia tahu, kalo masuk lokap pon, ‘mak ayah aku akan datang jamin..!’


Keenam, kerana mak ayah sekarang menjadikan artis-artis sebagai idola. Rosyam nor, Siti Nurhaliza, Mawi .. sejak mengandung lagi mak-mak ni suka sangat baca ‘gosip’gosip’ artis, boleh dikatakan ape2 perkembangan artis kesayangan tidak akan terlepas dari pengetahuan, kalau terlepas terasa rugi sangat... ‘mak borek, anak rintik’, apabila anak lahir, maka lahirlah anak-anak yang ‘mengidolakan’ artis juga. Perangai pon sikit2 macam artis, perasan ‘glamer’ dan ‘popular’.. sebutlah nama artis mana, confem dah ade dalam memori, bila mintak sebut nama ulama, muka pucat, satu ape pon tak tahu..!
Maka, ibubapa wajiblah sedar, pendidikan salah secara langsung atau tidak langsung kepada anak-anak, akan menyebabkan anak-anak melalui ‘jalan-jalan gelap’ dalaam kehidupannya.
Apa yang sepatutnya terjadi adalah..



[ibu+bapa+cemerlang.jpg]

Pertama, mencari pasangan yang soleh dan solehah. Ini amat penting..! lelaki dan perempuan baik mampu melahirkan zuriat yang baik juga.




Kedua, membudayakan cara hidup Islamik dalam keluarga. Ibu ayah menunjukkan akhlak yang baik, serta berkasih sayang diantara satu sama lain. Mendidik anak-anak dengan ajaran Islam yang sepatutnya seperti sembahyang, berpuasa dan mentaati ibubapa. Selain itu, memberi semangat anak-anak menuntut ilmu, mendalami pelbagai bidang ilmu, mengenali para ulama dan mentarbiyah anak-anak agar mempunyai jiwa ‘pejuang’ mempertahankan Islam...


Ketiga, tarbiyah anak dengan al-Quran. Sepatutnya ibu bapa membaca al-Quran sejak anak berada dalam kandungan lagi. Ini penting bagi melahirkan anak-anak yang cinta al-Quran serta ingin mepelajari al-Quran seterusnya menghayati dan mengaplikasikan isi kandungan al-Quran.


Keempat, doa ibu bapa untuk anak-anak juga penting. Doakanlah perkara ‘baik’ untuk anak-anak, agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah., mendoakan kesejahteraan anak-anak, agar mereka terhindar dari ‘bahaya-bahaya’ dunia akhir zaman.
Jika ini menjadi amalan..
 
[bagaimanakah.jpg]
 
Maka akan lahirlah ‘gergasi-gergasi’ yang mampu ‘menggoncang’ dunia. Benarlah bahawa, ‘tangan ibu yang menghayun buayan itu mampu menggoncang dunia’. Jika tangan ibu yang menghayun buayan itu ‘solehah’, akan terjadi ‘goncangan kedamaian’, dan jika sebaliknya, maka hadapilah ‘goncangan kebinasaan demi kebinasaan’ dengan penuh kesabaran.. berdoalah selalu agar tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat hidayah dan berada dalam Pimpinan-Nya.




Peace No War (“,)

kehidupan ... ketenangan ... dan kerinduan





Kehidupan ini sedang dilalui
Samada suka atau duka..
Renungkanlah hikmahnya
Langkahan yang kemas membawa ketenangan
Langkahan yang tempang membawa keperitan..
Itu semua rencah kehidupan
Ketenangan tidak sama dengan keseronokan
Selalu sahaja keseronokan itu melalaikan..
Lena dan terus hanyut bukanlah pilihan
Namun bagaimana nanti jika terjadi?
Sesuatu yang pasti adalah mati
Maka..fikirkanlah berkali-kali
Yang mana satu jadi pilihan?
Menghela nafas putus asa
atau bangkit berusaha?
Biar mencari dan terus mencari
Sabar menanti
Jangan patah hati..
Masa tidak menunggu
dan amal tidak menanti
Jangan tertipu
Kelak menyesal..
..rasa sedih menghambat emosi
Yang kosong isikanlah..
Yang rapuh teguhkanlah..
Yang tertutup bukakanlah
..Biar hari hidup kembali
..Biar rasa itu hadir
Kembali sedar diri..
Betapa sebenarnya
hati rindu.. Kasih Ilahi

Hanya kau segala nya





Bermusim sudah ku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran matamu
Menyatakan cintamu


Pancaran cinta kudakap di jiwa
Tak mungkin berubah hatiku
Walaupun dilanda cemburu
Hanyalah kau ku rindu


Cinta adalah satu keindahan
Andai disulam kasih dan sayang
Rindu adalah satu kenikmatan
Walaupun pahit
Pasrah ku telan...


Kupinta kejujuran mu
Mengubati resahku
Tak mungkin ku dilukai
Oleh janji janji palsu
Andai hati dilukai tiada maaf ku beri
Biar aku bersendiri menanti kasih abadi


Sesungguhnya tiada dua
Cintaku adalah satu
Ku genggam ke akhir hayatku
Kerna kau segalanya...

Andai hati dilukai tiada maaf ku beri
biar aku bersendiri menanti kasih abadi
Seadanya


Pancaran cinta kudakap di jiwa
Tak mungkin berubah hatiku
Walaupun dilanda cemburu
Hanyalah kau ku rindu
Walaupun hilang di mataku
Hanya kau segalanya...

kata2 INDAH

Tak ada kebahagiaan yang sempurna di dunia ini .. hanya rasa syukur saja yang kan membuat mampu untuk
menjalani dan menikmati ..

Tak ada pelangi yang terindah .. selama hujan badai belum menerpa bumi ..
meski cinta sejati tak termiliki .. namun kan selalu terjaga di hati ..


Disebalik Tawa ada kesedihan, di balik sedih ada juga tawa… semua kehidupan di dunia ini hanyalah fana… selalu ada sebuah kerahsiaan , besok, ataupun nanti kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi…. yang penting jalani hidup dengan kayakinan dan tak kenal putus asa….
Terkadang,,kesepian datang dalam hidup dan tak kunjung pergi. Hidup terasa hampa tak punya arah. Semua yg datang hanya singgah sebentar lalu pergi. Dalam kesepian kita terus termenung sebelum akhirnya menemukan kebahagiaan..


Lamunan senja dalam derita,, seakan menumpuk luka dalam remangnya reruntuhan cinta,, yang terbalut oleh kelamnya puing-puing kerinduan, sehingga! Kasih sayang yang terbina,, seakan hancur dan terdampar bagaikan pohon yang rapuh termakan oleh usia....

Pegang tanganku, tetap iringi setiap langkah kakiku….Jika suatu saat di perjalanan nanti kau temukan yang lebih baik dariku,Jangan ragu untuk tinggalkan aku…….


Bila bulan & bintang itu indah, katakanlah dia indah.
Bila malam & siang itu ada katakanlah,mereka itu ada.
Bila Adam & Hawa Itu Tercipta sebagai sepasang kekasih,katakanlah
AkU…………..TERCIPTA UntuK Mu…………..
CINTA bermula dari Adam dan hawa, Lalu diteruskan oleh Rama dan Sinta, di bawa Mati Oleh Romeo dan Juliet, kemudian dihidupkan kembali oleh KaU dan AkU.

monolog


Penderitaan kerana kehilangan apa yang berharga itu sama bagi semua orang.

Kita sama-sama sudah merasakannya. Kita tidak mengubah apapun, kita sama-sama bergerak demi keadilan. Kau demi keadilanmu dan aku demi keadilanku.....
Kita manusia biasa yang bergerak kerana balas dendam yang disebut keadilan. Tapi kalau balas dendam disebut keadilan, itu akan melahirkan balas dendam yang lebih besar dan memulai rantai kebencian.....
Dengan mengalami berbagai kejadian, mengetahui masa lalu dan memprediksi masa depan, hanya ada satu hal yang pasti dalam sejarah, bahawa manusia adalah makhluk yang tidak akan pernah saling memahami.
Orang lain takkan mengerti apa yang kita rasakan tanpa mengalami penderitaan yang
sama. Tapi, walau mengerti pun tetap tidak dapat saling memahami.

Al- kisah wanita ,,,PASTI TERHARU


Alkisah. Tuhan memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita, padahal boleh saja Allah menyatakan “KUN FAYAKUN”, ‘jadilah, maka jadi’. Tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat dan dilakukan harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.

Malaikat menghadap Allah dan bertanya :
“ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini?”


Allah s.w.t menjawab :
“Apakah engkau memehatikan seluruh keistimewaan dan sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan rasa sakit, walau dia sendiri merasakan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu hanya dengan dua tangan-Nya”.


Malaikat terkejut dan berkata :
“Hanya dengan dua tangan, dua tangan! Ini adalah hal yang mustahil”.


Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada malaikat Allah berfirman “
“Tunggulah sampai esok, aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari siang dan malam.”


Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah :
“Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!”.


Allah s.w.t menjawab :
“Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak akan mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”


Malaikat bertanya :
“apakah dia mampu berfikir?”


Allah menjawab :
“Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga boleh berdebat.”


Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :
‘Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau’


Allah menjawab :
‘itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan air mata, dan di situ terletak banyak beban berat.”


Malaikat bertanya :
“mengapa mengalirkan air mata.”


Allah menjawab :
“Air mata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengunggkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.”


Subhanallah! Wanita adalah Mahakarya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya Besar Allah yang sangat indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia, lebih ajaib daripada keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Wanita adalah sebaik-baik keindahan dunia. Tidak ada lebih berharga di dunia ini selain seorang wanita.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Air mata wanita lebih dahsyat daripada undang2. titah Raja sekalipun dapat dibatalkan oleh air mata wanita.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Bidadari syurga kalah cantik dengan wanita dunia. Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari syurga.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Kecerdasan wanita lebih hebat dari lelaki. Wanita dapat berfikir bermacam-macam dalam satu waktu, sementara lelaki tidak dapat.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua mengerti wanita.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Wanita dicipta oleh Allah dengan fizikal yang lemah gemalai, tetapi kekuatan lelaki dapat dihancurkan berkeping-keping olehnya.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Wanita dicipta dari tulang rusuk. Wanita pertama adalah Hawa. Dia dicipta tidak sama seperti Adam.


<!--[if !supportLists]-->© <!--[endif]-->Senjatanya. Tangisan adalah senjata wanita. Air mata adalah kekuatan wanita sekaligus kelemahannya. Bila wanita sudah mengalirkan air mata, maka kekuatan lelaki akan hancur. Bila seorang ibu sudah menitiskan air mata untuk anaknya, maka singgahsana Tuhan tergoncang.


Wanita dicipta Allah tidak sekali jadi. Ada proses disana. Bulatan yang ada dalam fizikalnya diambil dari rembulan, pancaran sinarnya diambil dari matahari, kilaunya diambil dari bintang2 diangkasa, air matanya diambil dari awan, semerbak wanginya diambil dari bunga-bunga, warna kulitnya diambil dari bunga2 mawar, kelembutannya diambil dari desiran angin sepoi2, keceriaannya diambil dari tumbuh-tumbuhan segar, getarannya diambil dari tumbuh2an, keluasannya diambil dari samudera, kehangatannya diambil dari api, dinginnya diambil dari salju, kelazatannya diambil dari madu, sengatannya diambil dari kalajengking, cerewetnya diambil dari burung, kelembapannya diambil dari embun pagi, senyumannya diambil dari musim bunga, sentuhan tangannya diambil dari zakharif (intan permata).




Renungan ...❤(。-‿◕。)

(Foto dri Ahmad Nizam Awang )

Alihkan mata mu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tetapi hanya ALLAH saja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa...Tetapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia didalam kehidupannya, jika dikau berasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, dan jika dikau berasa sedih, pandanglah ke langit, dikau akan sedari bahawa ALLAH sentiasa ada bersamamu...
‎"Tiada rasa ingat akan Allah tanpa ujian..tiada rasa kehambaan tanpa kepasrahan ..tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan..sesungguhnya Allah memberi kemudahan dalam kepahitan.. "
kata2--->>Jika Engkau Tidak memiliki kelembutan dan Ketenangan, Maka Kebaikan akan menjauh darimu....!!! Maka Belajarlah untuk Lembut dan Tenang,