Pages

Dec 6, 2010

- Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun (Amalan para Solihin)


salam maal hijrah... semoga doa ini menjadi manfaat buat kita sume..mengingatkan pada yg lupa..kembali ke jalan yg diredhaiNya..beringat sebelum terlambat..ingatlah Allah itu MAha Penerima Taubat..Amin ya robbal alamin....

NaSi BeRiAnI hOhOhO ^_____^v



Nasi beriani oh....nasi beriani....nyummm..nyummmm
bahan2nya
4 pot beras basmathi - basuh dan tos...
1 cawan rempah beriani - bancuh dgn air
1 tin susu cair ideal
jus dari 1 biji limau nipis
garam & gula
minyak sapi secukupnya
air secukupnya
daun pandan
kacang badam dan kismis
bawang goreng
daun ketumbar

bahan penumis
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
beberapa biji lada hitam
3/4 biji buah pelaga

bahan tumbuk / kisar
6ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
sedikit halia

cara2nya
panaskan ghee (minyak sapi) hingga cair.. masukkan bahan penumis dan masukkan bahan tumbuk masak hingga wangi, masukkan pula rempah beriani... kacau sekejap hingga pecah minyak masukkan beras dan daun pandan kacau hingga semua rempah bersalut dgn beras... bolehlaa masukkan susu dan air secukupnya, bila nasi dah mula mendidih masukkan pula jus limau nipis dan bahan perasa garam & gula, tanak nasi hingga masak bila dah masak masukkan kepingan badam yg digoreng tanpa minyak dan kismis, hidangkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.... nasi beriani ni kali ni makan dengan ayam masak merah dan ayam kurma, kebiasaannya nasi beriani sedap dgn dalca, pepedom dan kari kambing...



 ni mmg kegemaran arwah mak....ehe...mak ni mmg suka masak...n tukang tolong kat dapur...eden lah...hihi
klu mlm raya...nk wat rendang..muka Ayu ni lah yg dok sebuk2 tlg arwah kat dapur.....ermmm..tu lah klu bab masak ni...alhamdulillah..xkekok lah jika disuruh masak....tp xlah pakar mcm cheff wan..ehe...Aku Tetap Aku....wawawawa..ngade je...jom join mam...^_____^v

ApAm BaLiK miLoO...



Bahan2nya
  • 2 cawan tepung gandum 
  •  1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar milo
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air (secukupnya)
  • Sedikit planta untuk olesan
  • Bahan tabur : Kacang tanah tumbuk, gula pasir, jagung cream / chocolate rice

Cara2nya

 Blend gula bersama telur hingga kembang, masukkan baking soda, baking powder, air, milo,dan tepung gandum, mesin lagi hingga sebati biarkan adunan agak pekat, panaskan non stick pan dan oleskan sedikit planta dan lap dgn kitchen paper, tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian ratakan.  Biarkan seketika.....  sementara menunggu masak, taburkan gula kemudian kacang dan jagung jika suka letakkan sedikit mentega. Apabila cukup masak, lipat dua sebelum dipotong, gunakan pisau yang telah direndam dengan air bagi mengelakkan ia melekat. Buat sehingga habis.


So try lah eh......mmg sedap ...urmmmmm...xley tahan yg tang jagung tu.....c bjang2 pun boleh buat taw...hihi


HARTA SEDEKAH

Harta sedekah dan barang sedekah
Apabila sudah keluar dari tangan pemiliknya ia akan berkata-kata :

Dulu aku kecil, kini engkau besarkan
Dulu engkau pelindungku, kini aku pelindungmu
Dulu aku musuh, kini engkau mencintaiku
Dulu aku benda fana, kini engkau mengekalkan aku
Dulu aku sedikit, kini engkau melipat gandakan aku

Perumpamaan,
Nafkah yg dikeluarkan oleh orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah
Adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh tangkai
Pada tiap-tiap tangkai terdapat 100 biji.
Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yg Dia kehendaki
Dan Allah Maha Luas karunia Nya
Lagi Maha Mengetahui (2:261)








AL IKHLAS, BACALAH… BACALAH…

Barangsiapa membaca surat Al Ikhlas sekali saja
Ia laksana telah membaca sepertiga Al Qur’an

Barangsiapa membaca surat Al Ikhlas dua kali
Ia laksana telah membaca dua pertiga Al Qur’an

Barangsiapa membaca surat Al Ikhlas tiga kali
Ia laksana telah membaca keseluruhan Al Qur’an

Barangsiapa membaca surat Al Ikhlas sepuluh kali
Dibangunkan baginya sebuah rumah dari yaqut merah di Surga

(HR. Anas bin Malik)

Gulai ikan PuYu...


bahan2nya
20 ekor ikan puyu (saiz seperti dalam gambar, bibik siang buang kepala)
santan dari sebiji kelapa / 250gram pati santan + 150gram air
garam
3 biji limau kasturi (perahkan jusnya)

bahan yang di tumbuk lumat
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
5 biji cili padi
3 cm kunyit hidup
sedikit belacan
3 biji bawang merah

cara2nya
renehkan (api kecil) bahan yang ditumbuk dalam periuk bersama2 dengan air dan jus limau kasturi, bila dah mendidih, masukkan ikan dan santan pekat kacau2 selalu supaya santan tak pecah minyak, perasakan dengan garam bila santan dan mula mendidih, ikan dah masak bolehla di padamkan api, sedia untuk dihidangkan.
jom layan recepi, arwah mak ni....rindu sangat dgn masakn nya...(T_T)


 
 

cendikiawan

  • Orang yang berilmu, pada waktu diam dipergunakannya untuk berfikir.
  • Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.
  • Musuh yang berakal adalah lebih baik dari sahabat yang bodoh.
  • janganlah sampai kata- katamu bertentangan dengan perbuatanmu.
  • Ilmu pengetahuan tanpa agama, lumpuh. Agama jika tanpa ilmu pengetahuan, buta.

Aku tahu rezekiku tdk akan bisa di ambil orang lain.
Karena itu, hatikupun jadi tentram

Aku tahu amalku tdk akan bisa dilakukan oleh selainku
Karena itu, akupun sibuk beramal

Aku tahu Allah selalu mengawasiku
Karena itu, aku malu jika Dia melihatku di atas kemaksiatan

Aku tahu kematian menungguku
Karena itu, aku mempersiapkan bekal utk berjumpa dengan - Nya...



p/s

 Kbnykn harta akn melupakan sesuatu...,...
Kerana kepikrn hartanya tkt hilang

chocolate moist cake


bahan2nya

  • 250grm buttercup  (suhu bilik)
  • 6 bj telur
  • semangkuk tepung gandum - recipe asal guna tepung cake
  • semangkuk gula castor
  • 1 cawan serbuk koko - pior koko tau jgn mengada2 nak letak nescafe or cofee
  • 1 cawan air suam - boleh tukar kepada susu segar
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh esen vanilla


(mangkuk air taufufaa tau.. yg ada gula putih n merah yg beser ada jual kat pasar2 malam tu.. (size 10)

cara2nya....

masukkan butter putar kembang, gula kastor putar kembang pada kelajuan high ketika ini masukkan sebiji telur putar dlm 1 minit dan masukkan lg sebiji telur ulang proses yg sama sehingga telur habis (recipe asal asingkan putih n kuning..  maleh  guna byk bekas) masukkan juga esen vanilla...bila dah kembang putar kelajuan minima n masukkan tepung yg telah diayak bersama2 baking powder n baking soda sedikit demi sedikit berselang seli dgn serbuk koko bila habis masukkan sedikit demi sedikit sehingga secawan air ni habis (air ni boleh diganti dengan susu segar lebih sedap ). lastly masukkan dalam acuan kalau boleh yg ada lubang di tengah sbb recipe ni dapat cake yg agak besar 1.7kg without icing, ganache or wat ever lorr..
bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam(ni yg dah diubah ye...ehe)

ok yang ni ayu type recipe asal cake tu...

250gram buttercup
10 auns tepung cake - diayak dengan baking powder
8 auns castor sugar
1ts baking powder
6bj telur gred yg besar
1 cup koko powder
1 cup hot water
1ts vanilla

cara2nya

bancuhkan koko dgn air panas hingga betul2 larut biarkan sehingga sejuk..  dalam bekas lain putarkan putih telur hingga jadi buih sabun... biarkan n sementara tu dalam bekas lain putarkan butter hingga kembang add castor sugar kembang, add esen vanilla n masukkan sebiji demi sebiji kuning telur putar kelajuan high hingga betul2 kembang, bila dah kembang masukkan tepung berselang seli dengan koko (pastikan koko dah suam atau sejuk) dan putih telur.. lakukan manually sehingga habis... pastu bakar pada suhu 180 (panaskan oven dulu ek) kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam..
selamatlah mencuba....hihi..nnt dah cuba kirim kat ayu naaaaaaa....wawawawa..nyum..nyum..nyum