Pages

Feb 13, 2011

HARGAILAH DIRI ANDA...


HARGAILAH DIRI ANDA...

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.
Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.
Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.
Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah  yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.
Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.
Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.
Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.
Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.
Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?
Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana



Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.
Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. "
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

I Asked For . . . .

I Asked For . . . .

I asked for strength, And Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom, And Allah gave me problems to solve.
I asked for prosperity, And Allah gave me brain and strength to work.
I asked for courage, And Allah gave me danger to overcome.
I asked for love, And Allah gave me troubled people to help.
I asked for favour, And Allah gave me opportunities.
I received nothing I wanted. I received everything I needed.

Turn to Allah

He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray...


KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki
atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati.
Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun,
kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat,tetap tidak akan hidup bahagia.
Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi
pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai
kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat,
apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu
manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat,
ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau
dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada
fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang
yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur
kalau dapat berkhidmat pada rakyat.
Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat
kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada
suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid
terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu
serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk
memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.
Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini,
barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan
akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.


MANUSIA PADA ZAMAN INI....




MANUSIA PADA ZAMAN INI....
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat. KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.



mata hati


 Semoga kita menjadi orang-orang yang senantiasa menjaga diri dan berusaha untuk tetap istiqomah dalam kebenaran bersama Islam. Meskipun taruhannya adalah dianggap aneh atau bahkan diasingkan.

Nama Anak-Anak Iblis....Mungkin Bersama Anda Sekarang!

\

Nama Anak-Anak Iblis....Mungkin Bersama Anda Sekarang!

Nama-nama Iblis Dan Kerjanya
Dipetik dari buku 'Iblis, Syaitan & Jin' disusun oleh Hj. Abd Rahman
...Sulaiman - Malaysia.

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dgnnya.


1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.


2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.


3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.


4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.


5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
Iblis melanjutkan lagi: ”Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada setan yang duduk di pinggulnya, ada pula yang duduk di daging yang mengelilingi kukunya. Dimana mereka akan menghiasi kepada orang-orang yang melihatnya. Kedua setan itu kemudian berkata kepadanya:”Keluarkan tanganmu”. Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya.

SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA.....


SEGALA PERASAAN ITU INDAH JIKA.....
Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..jika sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...
Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin..