Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Dec 9, 2010
::NiAt YaNg BeRuBaH-uBaH::
``~~~BERUBAH-UBAH NIAT~~~
Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yg sangat bahaya.ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yg terjuntai.
keadaannya seperti telur di hujung tanduk,dalam keadaan yg genting itulah dia berseru,"Ya Allah selamatkanlah aku daripada jatuh.jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."
sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang.keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok,dia berseru lagi,"Ya Allah,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."
setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga bahagian tengah pokok kelapa.harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.kali ini dia berseru,"Ya Allah,kalau kau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yg lebih rendah,dan doanya berubah lagi,Ya Allah,sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya Allah,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"
```~~~PENGAJARAN~~~```
dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang,manusia mudah melupakan-Nya.Ironinya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya...(^_~)
:: KaSiH DaN CiNtA DaLaM IsLaM ::
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan
:: KiSaH DaN TeLaDaN....::
Kisah Katak Kecil yang Pekak
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari.
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan
memberi semangat kepada para peserta.
Perlumbaan dimulai.
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai
puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap semangat
menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak.
"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil
yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan
untuk mencapai tujuan?
Ternyata...Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Nota:
Kita lebih cenderung untuk gagal; apabila kita terlalu mendengar kata-kata orang lain. Stand for yourself. Jadilah diri anda sendiri. Bukan daripada trend semasa, mengikut kawan-kawan atau orang lain. Jangan jadi seorang yang pesimis hanya kerana sesuatu yang dikatakan oleh orang lain.
Kadang-kadang, kita perlu menjadi seekor katak yang pekak. Demi untuk mencapai cita-cita kita. Satu hari nanti mereka akan terdiam bila tengok kita berjaya. Buktikan. Prove your worth.
Jazakallahu khairan.
=)
sumber:
http://www.syahmiyem.com/2010/08/kisah-k
Subscribe to:
Posts (Atom)