Pages

Dec 6, 2010

Gulai ikan PuYu...


bahan2nya
20 ekor ikan puyu (saiz seperti dalam gambar, bibik siang buang kepala)
santan dari sebiji kelapa / 250gram pati santan + 150gram air
garam
3 biji limau kasturi (perahkan jusnya)

bahan yang di tumbuk lumat
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
5 biji cili padi
3 cm kunyit hidup
sedikit belacan
3 biji bawang merah

cara2nya
renehkan (api kecil) bahan yang ditumbuk dalam periuk bersama2 dengan air dan jus limau kasturi, bila dah mendidih, masukkan ikan dan santan pekat kacau2 selalu supaya santan tak pecah minyak, perasakan dengan garam bila santan dan mula mendidih, ikan dah masak bolehla di padamkan api, sedia untuk dihidangkan.
jom layan recepi, arwah mak ni....rindu sangat dgn masakn nya...(T_T)


 
 

cendikiawan

  • Orang yang berilmu, pada waktu diam dipergunakannya untuk berfikir.
  • Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.
  • Musuh yang berakal adalah lebih baik dari sahabat yang bodoh.
  • janganlah sampai kata- katamu bertentangan dengan perbuatanmu.
  • Ilmu pengetahuan tanpa agama, lumpuh. Agama jika tanpa ilmu pengetahuan, buta.

No comments:

Post a Comment