I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…
I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…
Inilah sebahagian drpd "UNGKAPAN ASMARA" yg sering dituturkan mereka yg
sedang ‘mabuk cinta’.. CINTA, ia mmg mudah diucap, tetapi adakah kita
semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Hamba percaya, tentu
ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri
dlm perkara ini.. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud
perasaan k...asih
sayang yg sukar diterjemahkan.. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan
emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci.. Tidak boleh dipaksa
serta dibeli dgn wang ringgit..
Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian
kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’.
Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan
padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH swt.. Dlm tasawuf,
‘MAHABBAH’ bererti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi
perintahNya..
Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:
“ ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya” (Al-Maidah, ayat 54)
”Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku.. Nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu” (Al-Imran, ayat 31)
Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya
didahulukan.. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg
sebenarnya ,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana
kaca.. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi
cinta pada org lain’
Tentu anda pernah mendengar nama
Rabi’atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup antara 95 – 185 hijrah..
Cinta Rabi’atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna
menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd
ALLAH SWT..
Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
Atau,
Adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa
nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???
Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2
mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah,
kesucian dan iman temannya.. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari
bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???
Lelaki yg
benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau
sekadar bersentuhan sbg bukti cinta.. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah
hasutan nafsu godaan SYAITAN…
Secara jujur, seorg lelaki yg
sememangnya jatuh cinta terhadap seorg wanita yg diminatinya akan
menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg
dicintainya.. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetgh drp sikap yg penuh
sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan..
INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg
melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta antara ‘Romeo
dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintanya Rasulullah dgn Khadijah & Aisyah.. Serta Saidina Ali dgn Fatimah..
Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia
bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban..
Wahai REMAJA…
Serahkanlah cintamu pada yang SATU.. Tentu kamu juga pernah atau sdg
dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga..
CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN
HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG…
InsyaAllah…
Wallahu’Alam…
No comments:
Post a Comment