Pages

Apr 13, 2011

Muhasabah Cinta


Allah, Engkau yang menciptakan diriku, Engkau tahu tentang kelemahanku, Engkau tahu betapa nafsuku sentiasa bergelora, iblis dan syaitan yang sentiasa mengintai kelemahanku. Justeru itu, berilah kekuatan kepadaku, sepertimana Engkau telah berikan kekuatan kepada Yusof untuk menghadapi Zulaikha. Bantulah aku untuk menghadapi ujian gejolak nafsu keremajaan ini, bantulah aku untuk melentur nafsuku supaya sentiasa taat kepadaMu.


Ya Allah, rahmatMu seluas angkasa raya, keampunanMu mendahului azabMu. KasihMu lebih daripada kasih sayang seorang ibu. Limpahkanlah kasih sayangMu kepadaku.


Ya Allah, penuhilah hatiku dengan cintaMu, cinta kepada RasulMu, cinta untuk masuk ke syurgaMu. Amin ya rabbal ‘alamin..


“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”


“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupku..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku padaNya..”






No comments:

Post a Comment