Pages

Jul 12, 2011

Wanita idaman lelaki ialah



Wanita idaman lelaki ialah,

yang hatinya dibalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,


Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,



Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah mahligai impiannya,

dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....







Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya

No comments:

Post a Comment