Pages

Jul 12, 2011

RINTIHAN HATI HAWA.....^^



Sebenarnya wanita ingin menjadi seseorang yg berkebolehan dalam apa jua bidang bukan kerana ingin menandingi lelakitetapi dek kerana keinginan yg membuak-buak dalam hati utk menjadi tulang belakang lelaki

Sebenarnya wanita ingin dinobatkan sebagai perwira bukan kerana ingin mencabar kedudukan lelaki tetapi dek kerana keinginan hati utk rasa dihargai oleh lelaki

Sebenarnya wanita ingin mencapai cita-cita yg menggunung tinggi bukan kerana ingin dibanggakan oleh kaum lelaki tetapi dek kerana sifat semulajadi yg ada dalam hati utk rasa dihormati lelaki

Sebenarnya wanita ingin menyumbangkan idea2 yg bernas dalam apa jua bidang bukan kerana ingin mendahului kepandaian lelaki tetapi dek kerana ingin diberikan hak sebagai hamba Allah yg juga wujud di muka bumi ini selain lelaki

Sebenarnya wanita ingin dijadikan suri hidup para lelaki yg beriman bukan kerana memilih jodoh tetapi dek kerana ingin dididik dan diajari utk menjadi seorang wanita yang solehah..namun wanita tetap redha siapa pun jodoh yg telah Allah tentukan utk mereka

Sebenarnya wanita ingin menjadi ibu yg mithali terhadap anak2 mereka bukan kerana ingin menghalang tanggungjawablelaki sebagai seorang bapa tetapi dek kerana ingin merasakan nikmatnya sebuah keluarga sakinah dan mawaddah

Namun apa jua keinginan wanita selagi mereka bergelar wanitahanyalah semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin mendapatkan simpati lelaki..

AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL

Bismillah

Duhai Pujaan Hatiku...
Ketahuilah bahwasanya aku hanya inginkan cinta yang suci,
yaitu cinta yg berdasarkan cinta karenaNya,
bukan sekedar cinta duniawi tetapi juga cinta akhirat.

Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam Bilangan Asma Nya
Cinta yang tak hanya sekedar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya

karena kebahagiaan hakiki ialah ketika sebuah cinta itu bertemu di mahligai yang suci.
Sehingga bukan lagi untuk menghalalkan segala cara
Karena cinta mengajari kita mengerti dan memahami
Tentang arti sebuah keikhlasan

aku yakin semua akan indah pada waktunya
karena Allah pasti memberikan yang terbaik buat hambaNya.
cinta yang halal dan berakhir dengan keberkahannya...

Amin...Ya Rabbal 'Alamin

Oleh : Arif Ashadi Rindu Ibu 


Duhai lelaki..Kalau Kau Sayangkan Wanita Itu


Duhai lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau berdua-duaan dengannya sehingga mendatangkan fitnah. Janganlah kau menambah koleksi dosa yg ada dgn melakukan maksiat..
Firman Allah S.W.T..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."surah al-israk ayat : 32

Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,nikahilah dia supaya dia halal utk kau sentuh,halal utk kau sayangi,halal utk kau cintai dan halal jika kamu saling merindui..
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari)

Duhai insan yg bergelar lelaki andai kau sayangkan wanita itu janganlah kau menyakiti dan menzaliminya..bukankah wanita itu dijadikan dpd tulang rusukmu dekat dgn hati utk disayangi dan dekat dgn lengan utk dilindungi..jadi mengapa perlu kau menganiayai wanita?
HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186 :
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”
Duhai lelaki jika benar kau sayangkan wanita itu,layanilah dia dgn penuh kemesraan setelah dia halal menjadi suri hidupmu..kerana wanita adalah insan yg dijadikan dgn sifat2 kelembutan..jika dia melakukan kesilapan kau bimbinglah dia ke jln yg benar dan jangan pula kau tinggalkannya..berilah mereka kasih sayang yg sepenuhnya..
Duhai lelaki setelah kau bergelar suami dan bapa,jadilah seorang ketua keluarga yg bertanggungjawab dan adil kepada setiap ahli keluargamu..kerana setiap pemimpin akan ditanya Allah kelak,adakah kau menjalankan tanggungjawabmu dgn sempurna?adakah kau adil? maka wajiblah kau menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab mendidik isteri dan anak2mu..binalah sebuah keluarga sakinah dan mawaddah yg diredhai-Nya..insyaAllaH






No comments:

Post a Comment