Segala puji bagi ALLaH Tuhan Sekalian Alam.. Selawat dan Salam keatas nabi Muhammad SAW..
diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
" dua jenis penghuni neraka yang tidak pernah aku lihat ; seorang yang selalu membawa cemeti seperti seekor sapi lalu melecutkannya kepada orang-orang. wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggok-lenggok mengundang perhatian dan menyimpang dari kebenaran. Ia bersanggul seperti punuk unta yang bergoyang ke kanan dan ke kiri. mereka ini tidak masuk syurga dan tidak akan mencium aromanya. Sesungguhnya aroma syurga dapat tercium sejauh perjalanan sekian dan sekian." (HR.Muslim)
(",) semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh Baginda SAW..
maka..tutuplah aurat dengan sempurna..
mengapa kita disuruh menutup aurat..?
"perempuan seperti makanan, jika tidak bertutup dan terdedah, ia akan dihinggapi oleh perosak-perosak, maka tercemarlah ia.orang yang 'bijak' dan menjaga pemakanan tidak akan makan makanan yang tercemar.."
perosak-perosak berkenaan adalah seperti lipas, tikus dan lalat.. ini adalah perosak-perosak yang comel, selalu mencemari makanan. kita sangat 'geli' dan 'mual' jika mengetahui makanan di 'nodai' oleh binatang2 ni. Dan jalan mudah yang biasa di ambil adalah dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan jika tidak ingin membazir kita akan beri makan pada kucing.
maka, keadaannya adalah sama seperti perempuan yang 'terdedah' sana sini.. 'tak cukup kain' dan 'pakai tudung tapi baju ketat melekat'.. juga akan berhadapan dengan pelbagai risiko, dan menjadi intipan mata tajam 'perosak-perosak' durjana..
anda kata..anda selamat, 'boyfren aku ade..'..
aku kata : u sure ke tu boyfren..? atau 'Buayafren'..?
"Kalau Kau dah Pakai Baju sikit lagi nak telanjang, yang pakai serban pon boleh kejang..!"
ini kenyataan.. realiti kehidupan..
Seperti kuih apam ni (letak kuih apam balik sebab aku suka makan..haha), kalo dia terdedah macam tu, 90% adalah kemungkinan lalat akan hinggap dan cemarkannya.lalat akan cakap ; 'dia tak tutup, dia bagi aku makan..'. maka aku taknak makan dan bila-bila masa akan dicampak dalam tong sampah. di sana akan ada kucing-kucing mak cik cafe, atau biasanya ade monyet2 datang untuk makan..
begitu jugalah perempuan, kalo seksi, terdedah, 90% kemungkinan besar mendapat gangguan2 para perosak. walaupun tangan perosak tak hinggap, tapi mata perosak itu sudah cukup mencemarkan...!!
ini pulak makanan yang tidak ditutup dengan sempurna. tutup dah, tapi separuh je. cara ni pon bahaya. Masih mendedahkan makanan kepada lalat, lipas dan tikus juga akan gembira.mereka berkata :'ni macam nak bagi kita makan ni..mari makan beramai-ramai'. Lihat..! mereka masih boleh 'mencemarkan' makanan kita. amat menimbulkan rasa was-was dan sangsi untuk menjamahnya.. dan akhirnya juga akan diberi kepada kucing2 untuk makan..
Dan gambar kakak kat sebelah tu pulak, sama la macam makanan tu, tutup separuh je. dia 'mencemarkan' diri sendiri. ape tak pelik ke dia rasa pakai macam tu..? pakai tudung, tapi skirt dia bukan tak singkat. orang tengok pon akan rasa sakit hati, bagi para perosak, dorang akan menganggap inilah 'mangsaku..!'.
lihat pula keadaan makanan yang tertutup. makanan terpelihara. tidak terdedah kepada perosak2. malah tikus, lalat dan lipas juga 'faham', 'kalo dah bertutup tu maksudnya manusia tak bagi kita makan...'..
begitu juga lah terpeliharanya wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna. sentiasa berada dalam 'ketenangan'.. tiada gangguan.. sentiasa dalam peliharaan yang Maha Esa.
juga menjadi idaman 'jejaka2' soleh.. rebutan para 'perwira2' handalan..
(",)
kerana 'lelaki2 soleh' itu amatlah 'hartawan'.. mereka tidak akan membeli 'barang murahan', yang boleh didapati 'di tepi2 jalan'..
mereka juga tidak makan makanan sembarangan.. makanan mesti yang berkualiti dan terjaga disisi Allah SWT..
mereka itu 'satria' terbilang, pasti inginkan 'srikandi' gemilang..
'gemilang' wanita bukan pada paras rupa..
'gemilang' wanita bukan pada suara lunak manja..
'gemilang' wanita bukan pada perhiasan yang indah..
'gemilang' wanita adalah pada maruah yang terjaga..
T___T
oleh itu, bersama kita mendidik diri menjadi 'makanan yang bersih lagi terpilih'..
jangan dedahkan diri kepada 'kemurkaan Allah SWT..
jangan dedahkan diri kepada perosak dan penjenayah..
jaga aurat, Jaga akhlak..
Peace No War (",)
No comments:
Post a Comment