Pages

Jan 24, 2011

"Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t..

Semakin kuat mahabbah antara Muhib (pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuhi' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi - Rabbi...."


* Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara
rasa takut dan berharap.
Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah.
Tidak berputus asa mengharapkannya...

No comments:

Post a Comment