Pages

Jan 24, 2011


 Kadangkala dalam mengharungi kehidupan kita perlukan orang lain untuk membantu.. selain daripada doa, harapan dan kepercayaan kepada ALLAH kita memerlukan ibu, ayah, keluarga dan sahabat yang menjadi penasihat dan memberi bimbingan. Bukan mudah mendapat sahabat yang betul-betul memahami dan mengerti perasaan kita kerana tiada manusia yang sempurna. Oleh itu, bermula dengan diri cubalah menjadi sahabat yang baik kepada kawan-kawan lain nescaya akan ada orang yang akan menjadi sahabat mu........"

 Adakalanya pengorbanan perlu bagi seorang sahabat..namun kadang-kadang rasa pengorbanan tu tak dirasai oleh sahabat kita,tapi kalau dah sayang.....apa-apa pun kita sanggup lakukan asalkan tak membelakangi Allah. Walaupun kita rasa dikhianat, kita perlu fikir balik, adakalanya kita tak jujur pada diri sendiri dan sahabat sendiri..

No comments:

Post a Comment