(Foto dri Ahmad Nizam Awang )
Cahaya iman dan ihsan
Ketahui bahawa hati itu hanya mempunyai satu wajah, apabila kamu hadapkan cahaya kepadanya maka ia akan bersinar, dan apabila kamu hadapkan kegelapan kepadanya maka ia akan menggelap, kegelapan dan cahaya itu tidak pernah bersatu, maka fahamilah pula kata-kata Syeikh Ibnu 'Atoillah yang menyebut: "Bagaimanakah hati itu boleh bersinar dengan cahaya iman dan ihsan, sedangkan gambaran alam dan dunia yang gelap terpapar di cermin hati?"
Sesungguhnya dua perkara yang berlawanan tidak mungkin akan bersatu sebagaimana firman Allah SWT pada surah al Ahzaab ayat 4.
Sedarlah wahai insan! Kamu tidak memiliki dua hati tetapi hanya satu. Apabila kamu hadapkan hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk dan kamu akan mampu berjalan kepada Allah.
*
Manusia tak sempurna. Yang dinamakan manusia biasa akan sentiasa berbuat salah.
Sentiasa merendah diri. Tidak kurang darjat kita disisi ALLAH sekiranya merendah diri
dan sentiasa mahu mengaku akan kelemahan dan kesalahan diri daripada mencana...ngkan
hal keaiban orang lain.Sifat yang ALLAH benci tu.
ALLAH itu MAHA mengetahui akan isihati hambaNYA. |
No comments:
Post a Comment