Pages

Dec 20, 2010

:: Abaikan Pengharapan...Tapi Janji perlu Ditunaikan...::


Abaikan Pengharapan...Tapi Janji perlu Ditunaikan...

Sudah kejauhan merenungi diri. Biasalah, banyak benda yang difikirkan. Kadang-kadang sering kali tewas pada tekanan. Mungkin, diri ini diajar dan dididik untuk hadapi sendiri.

Perasaan? Tidak boleh dielakkan. Manusiawi yang digambari dengan fenomena emosi.

Usah merajuk, melarikan diri. Kerana perlu untuk disedari, diri bukan sempurna untuk sesiapa.

Usah menangis, mendambakan harapan. Kerana perlu untuk disedari, diri ini terlalu jauh untuk dibandingkan dengan yang lain.

Dalam desir-desir kepiluan ini, aku mendambakan kekuatan.. Sungguh kuharapkan, ada yang memahami jiwa yang sengsara.

Abaikan pengharapan…tapi sudah berjanji pada kata-kata yang pernah terpateri.. Menunggu hingga lafaz terakhir yang akan menentukan segalanya. Layak atau tidak. Tapi, penantian akan kuteruskan, sepertimana kuatnya janji yang aku kotakan.

Tapi semua itu ada hikmahnya. Inilah aku. Luahan pada kata-kata. Tiada siapa yang bersalah. Aku yang kena tarbiyyah diriku dengan keinsafan. Kealpaan dalam menunaikan tanggung jawab.
 
*Hidup ini hanya lambaian kata-kata

Terpujuk dimamah nista

Terkesima meratapi hati...

No comments:

Post a Comment