~ Ujian ~
Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak
diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba denga Nya dan
melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.
Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya. Agar kita tahu
bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi-bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di
syurga.
Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan. Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa, itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya harus digali di samping jangan lupa terus bermohon, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat. Jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.
Terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita, agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan & kekuatan. Kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!
No comments:
Post a Comment