Pages

Feb 13, 2011

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki
atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati.
Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun,
kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat,tetap tidak akan hidup bahagia.
Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi
pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai
kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat,
apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu
manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat,
ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau
dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada
fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang
yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur
kalau dapat berkhidmat pada rakyat.
Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat
kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada
suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid
terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu
serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk
memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.
Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini,
barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan
akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.


1 comment:

  1. Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.❤(。-‿◕。)

    ReplyDelete