Pages

Aug 4, 2011

Rawatlah Hati Yang Terluka Akibat Terpisah


Rawatlah Hati Yang Terluka Akibat Terpisah

Kehilangan? Dia pergi meninggalkan kita? Haruskah kita bersedih? Lantas merasa hidup sudah tiada lagi ertinya sekarang? Terasa berada di jurang neraka? Pelbagai persoalan yang mendesak di benak...  semuanya hanya mematahkan semangat.

Janganlah terlalu bersedih bila berhadapan dengan situasi yang dinamakan perpisahan. Setiap pertemuan, hujungnya pasti akan ada perpisahan. Kalaupun bukan sebab ajal yang datang menjemput, ada juga perpisahan yang tercipta disebabkan oleh pemilihan jalanan yang berlainan. Redhakanlah walaupun kita cuba mengelaknya.

Meredhai sesuatu yang amat melukakan, memang payah. Namun amalkanlah membaca al-Mathurat dengan menghayati maknanya secara konsisten, paling tidak selama 40 hari secara berturut-turut. InsyaAllah, kehidupan kita pasti berbunga bahagia seperti biasa selepas itu.

"Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, akan terhalanglah segala sesuatu di bumi & di langit untuk menimpakan bencana & DIA Maha Mendengar dan Mengetahui.

"Aku berlindung pada kalimat ALLAh yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan."

"Ya ALLAH... aku berlindung padaMU daripada rasa sedih & gelisah & aku berlindung padaMU daripada sikap pengecut & bakhil dan aku berlindung padaMU daripada cengkaman hutang & penindasan manusia."

"Ya ALLAH, sihatkanlah badanku ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku."

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung padaMU daripada kekafiran & kefakiran, ya ALLAH, aku berlindung kepadaMU dari azab kubur, tidak ada TUHAN selain ENGKAU."

Kemudian amalan al Mahurat ini diakhiri dengan doa al Mathurat dengan maksud seperti berikut :

"Ya ALLAH, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati & menyebut (nama)-MU, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-MU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)-MU. Ya ALLAH, kurniakanlah kami iman sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna & keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya ALLAH), kurniakanlah kami cara hidup yang jitu & unggul; selamat daripada segala bahaya & petaka. Kami mohon ya ALLAH kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya ALLAH iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada ENGKAU sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga & sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan ya ALLAH, ENGKAU biarkankan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah & cepat wahai yang memperkenankan pinta (perkenankanlah)."





❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.​❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.​❤
Bukan senang mencipta PERTEMUAN..Bukan senang untuk melahirkan rasa SAYANG.. Bukan senang untuk menghadirkan rasa CHENTA..Bukan senang untuk mencari sebuah PERSAHABATAN yang bermakna..Tetapi,jika semua itu telah kita miliki..Jagalah ia supaya tiada ungkapan PERPISAHAN..InsyaAllah
❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.​❤•*¨¨*•.¸¸❤.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.​❤

No comments:

Post a Comment