SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku. Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku. Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang dehaka siapa aku di depan Tuhan ku Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku. Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhan ku. kini aku menjadi tertanya- tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU sekadar renungan bersama |
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Aug 20, 2011
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
KISAH CINTA SAIDINA ALI DAN FATIMAH AL-ZAHRA
KISAH CINTA SAIDINA ALI DAN FATIMAH AL-ZAHRA
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
source : forum tentang cinta
HZ COPYPASTE

Aug 13, 2011
Menjadi Isteri..
“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki.
Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”
Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.
Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti. Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?.
Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”
Ku Tunggu Pinangan Mu
♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..

♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..
“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”
Aug 11, 2011
Seorang Gadis Itu
Seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ... telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya ...
seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ... dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ...
seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,
menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .
seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,
seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai da'ieyah & mujahidah,
pejuang ummah ... anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI! amin..

Ketenangan dan Kebahagiaan
Assalamualaikum..
Untuk mendapatkan hati yang hebat yang diibaratkan dengan ‘Enjin Khalifah’ bukan suatu yang mudah, yang hanya dengan sekelip mata saja ia datang. Tidak, tidak mungkin berlaku dengan begitu sahaja, melainkan Allah yang berkhendak memberinya kepada orang yang Dia khendaki. Untuk itu, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya, bukan sedikit pengorbanan untuk mendapat hati yang hebat dan teguh dan bukan pula setitis keringat yang perlu di korbankan. Ia umpama menyelam untuk mencari mutiara yang berada di dasar lautan dalam yang penuh dengan halangan dan misteri. Dalam pencariannya pasti akan ada halangan yang mendatang bertandan dipinggirannya.
Jangan dikira selepas satu halangan atau rintangan sudah dilepasi bererti tiada lagi halangan akan datang. Tidak, tidak sama sekali, bermula dari itulah akan datang halangan dan rintangan yang tidak henti-henti bertandan. Mengapa begitu? Sudah pastilah begitu, untuk hati yang hebat terbentuk dalam diri seseorang itu, ujian yang besar adalah maharnya. Bergantung pada individu itu sama ada mahu ataupun tidak, andai semangatnya kuat untuk mencapai tahap itu dia mesti menghadapi ujian yang mendatang pada dirinya. Sekiranya dia tidak mahu, tiada jalan pintas untuk mencapainya, maka terumbang-ambinglah hati dibawa arus kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini.
Duhai saudaraku,
Jangan dikau lalai andai kemewahan bertandan,
Kerana ia akan membawa engkau jauh dari Tuhan,
Usah di ratapi pula akan kesulitan yang melanda dirimu,
Sesungguhnya itulah tanda kasih sayang Tuhanmu.
Duhai saudaraku,
Engkau sangka tidak akan diuji,
Tetapi ingatlah kita akan sentiasa diuji,
Jangan engkau sangka itu sebagai musibah,
Ketahuilah, itulah anugerah Tuhan kepada hamba-Nya yang lemah,
Duhai saudaraku,
Jangan engkau bersikap lemah,
Kelak akan dikau merasa resah,
Jangan pula gundah-gulana,
Kelak engkau akan kufur akan nikmat-Nya,
Duhai saudaraku,
Jangan dikau berputus asa akan kegagalanmu,
Bukankah Allah itu harapan buat dirimu?
Allah itu Maha Mendengar akan rintihan hamba-Nya,
Pohon dan adulah kepada yang selayaknya,
Duhai saudaraku,
Sesungguhnya mentari itu belum hilang,
Ia masih bersinar pada yang ingin berjuang,
Datangnya pula sentiasa dengan sinaran baru,
Menjadi obor penyuluh di perjalananmu.
“Karena Allah Penguasa Hati.”
Hatimu itu cukup luas..
Sangat luas untuk menampung banyak hal..
Kisahmu, harapan2mu, mimpi2mu,dan cinta kasih semua org yg berarti dalam hidupmu.
Sangat luas untuk DIA BertaHta dan menyimpan semua Ilmun-Nya.
Untuk memandu langkahmu..
Hati tiada berbatas...
Tapi tiap2 ruang yg telah tertempati akan sulit kau kosongkan kembali.
Itu sebabnya kamu punya mimpi, obsesi dan kesetiaan...
(...Wallahu a'lam...)

Bismillaah..
“Karena Allah Penguasa Hati.”
“Ssungguh'y hati" manusia smua'y brada dantara 2 jari-jemari Ar-Rahman bagaikn 1 hati saja. Dia mmalingkn hati itu dgn khendak-Nya.“ Kmd Rasulullah brdoa: “Wahai Allah yg mmalingkn hati", palingkn hati" kami utk mntaati-Mu.”(Rwyt. Muslim)

Aug 9, 2011
Isteri umpama bidadari
Isteri umpama bidadari
Semanis Kurma
Tajuk perbincangan: Isteri umpama bidadari
Ayat doa 1:
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. Surah Hud, Ayat 56
Ayat doa 2:
Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! Surah Isra, Ayat 111
Ayat doa 3: (amik yang tengah2)
Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." Surah Yusuf, Ayat 30

Aug 8, 2011
Hatiku Milikmu- Nera AF9 (Lyric)
~♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.” wallahua`alam...ALLAH knows the best!!!.~ ♥ i like (^__^)
Cinta Dalam Diam .
Terkadang,kita Perlu MELEPASKAN Orang Yang Kita CINTAI Kerana Belum Tentu Lagi Dia Akan menjadi MILIK Kita..Namun,Seandainya Benar Dia DITAKDIRKAN Untuk Kita,Pasti Allah Akan TEMUKAN Jua Dengan Memberi Rasa Yang Lebih INDAH Saat AKAD Dilafazkan..InsyaAllah,Amin Ya Rabb..
-->Aku sedaya upaya melupakan dirimu..tetapi aku tahu ianya hanyalah membohongi diri sendiri..Tuhan, Kau ciptakan HATI untuk mengingati..salahkan aku mencintai seseorang yang SOLEH?berdosakah aku mencintai seseorang yang mencintai agamaMU???
YG PENTING Aku Rahsia MU ^^ Hearty Ku Milik-Mu ♥

HEARTY Ku Milik -Mu..
Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini.... (^___^)
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini.... (^___^)
Aug 7, 2011
" Surat Cinta Untuk Jiwa-ku Dan Jiwa-mu "
" Surat Cinta Untuk Jiwa-ku Dan Jiwa-mu "
♥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥
Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, karena hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeda, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan karena perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Coba lihat disana ! Hatimu menangis dan meranakah ???
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika mendzalimi diri sendiri dan orang lain.
Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati,
tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "
Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku...Wallahualam Bishawab
Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ﷲ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫.
Semoga kita bisa mengambil Ibroh dari artikel singkat ini ....Insya ALLOH ..

Rintihan Hati Qu
Ya Allah, akal, hati dan jiwaku telah ku hadapkan padaMu, akal yang penuh keyakinan terhadapMu, hati yang penuh dengan keimanan padaMu, serta jiwa yang senantiasa mencintaiMu. Ku bergantung padaMu untuk setiap langkah yang ku buat. Aku hanyalah seorang hamba yang tak memiliki kemampuan apapun bila tanpa kuasaMu.ku akui hanya Engkaulah Tuhanku. Peliharalah aku Ya Allah, agar senantiasa mampu selalu mensyukuri nikmatMu. Amin..
"Yang ku harapkan adalah
rahmat dan keredhaan ALLAH SWT"
Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH SWT......U_u
Aug 6, 2011
UMBRELLA - Ramalanku Benar Belaka
Ramalan Ku Benar Belaka
Artist: Umbrella
Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu... ku memikirkannya
Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau... pelepas sepi cuma
Seumpama... dedaunan...
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan... ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama
Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah

Melupakan apa yg terjadi ..
Dan sntiasa melepaskan segalanya untuk
Kebahagiaan ..Tapi renunglah kembali,Pandangan kasih adalah satu anugerah. Bermula dari pandangan kasih Allah terhadap manusia, membawa kepada pandangan kasih sesama manusia. Berdoalah agar Allah memandang kita dengan pandangan kasih-sayang. Moga Allah kurniakan rahmat-Nya, permudahkan segala urusan kita, ilhamkan segala kecerdikan dan lindungi kita dari kerosakan jiwa..
~ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta
Dan sntiasa melepaskan segalanya untuk
Kebahagiaan ..Tapi renunglah kembali,Pandangan kasih adalah satu anugerah. Bermula dari pandangan kasih Allah terhadap manusia, membawa kepada pandangan kasih sesama manusia. Berdoalah agar Allah memandang kita dengan pandangan kasih-sayang. Moga Allah kurniakan rahmat-Nya, permudahkan segala urusan kita, ilhamkan segala kecerdikan dan lindungi kita dari kerosakan jiwa..
padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”
wallahua`alam...ALLAH knows the best!!!.~ ♥ i like (^__^)
Cinta Dalam Diam ..
Jadi ini lah keputusan ku ..biarlah ku menjauhi dari ku mendekati ...
Maafkan dengan segala2 keputusan ku ..
Biarlah kuteruskan kehidupan ku dengan menyelesaikan segala
yang belum ku selesaikan dari memikirkan apa yang telah ada
pada ku ...
Kehidupan ku masih jauh ..masih jauh dihadapan ..
yang pasti ku akan terus DIAM ..DAN DIAM ..
membiarkan segalanya berlalu tanpa ada meninggalkan kesan yang
ABADI (^___^)
yang pasti ..Allah tetap akan bersama ku
dan meminjamkan aku kekuatan untk ku meneruskan kehidupan
ini sehingga keakhir NAFAS KU.......U_u
Aku sedaya upaya melupakan dirimu..tetapi aku tahu ianya hanyalah membohongi diri sendiri..Tuhan, Kau ciptakan HATI untuk mengingati..salahkan aku mencintai seseorang yang SOLEH?berdosakah aku mencintai seseorang yang mencintai agamaMU???
YG PENTING Aku Rahsia MU ^^
YG PENTING Aku Rahsia MU ^^
Aug 5, 2011
Dia JOdoh Ku
Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari
sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikit pun walaupun telah
hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa
mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul
memprotes di dalam hati.
Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya.
Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan
mata si jejaka.
“Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas.
“Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu.
“Ya.”
Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri.
Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada
apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya
tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang
dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi
senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berhikmah dan yang
paling terkesan, kelembutan yang menjadi darah-dagingnya juga seperti
telah terbang di tiup angin.
“Pandai sungguh dia berlakon,”getus hati Aina.
Bibirnya mengukir senyum apabila Nurul mengajaknya pulang. Masa yang
ditunggu telah tiba. Nurul telah berjanji akan membelanjanya makan
selepas pertemuan itu selesai. Bukan mengambil kesempatan, cuma poketnya
hampir kosong. Almaklumlah sekarang sudah berada di penghujung
semester.
Semasa dalam perjalanan ke cafe, Aina mengambil kesempatan bertanya Nurul perihal perubahan tingkah-lakunya sebentar tadi.
“Boleh Aina Tanya sikit?”
“Emm, tanyalah...”
“Kenapa Nurul garang sangat dengan Izzat tu? Kesian dia,”
“Garang ke? Nurul rasa cam biasa je tadi,” Nurul menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman.
Aina cuba membaca isi hati sahabat baiknya itu. Senyuman Nurul bagai
tersirat 1001 macam maksud. Aina hanya mendiamkan diri, mungkin Nurul
belum bersedia menceritakan isi hatinya.
Deringan telefon yang mendendangkan lagu “Atas Nama Cinta”
nyanyian kumpulan UNIC sedikit mengganggu tumpuan Nurul yang sedang
bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar dua minggu
lagi. Kerutan di dahinya hilang dan digantikan dengan senyuman apabila
melihat nama si pemanggil. Insan yang sentiasa dirinduinya siang dan
malam.
“ Assalamualaikum ibu,” sapa Nurul lembut.
“Waalaikumusalam. Nurul tengah buat apa tu? Sibuk ke?,” soal ibunya.
“Tak lah sibuk sangat, tengah siapakan assignment. Dua minggu lagi kena hantar. Ibu sihat? Abah macam mana?”
“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya ibu dan abah ada hal
penting nak berbincang dengan Nurul. Nurul boleh balik kampung hujung
minggu ni?”
“Hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu melalui telefon,” seloroh Nurul. “Adalah.. ini hal masa depan Nurul,”
Setelah memutuskan talian telefon, Nurul mula termanggu. Dia sudah
berasa tidak sedap hati. Hal apakah yang ingin diberitahu ibu? Masa
depan? Hal baik atau sebaliknya? Screen laptop dihadapannya dipandang
tanpa berkelip. Fikirannya mula melayang entah ke mana. Jantungnya mula
berdegup kencang menyebabkan aliran darah dalam tubuhnya bergerak laju
merentasi segala otot dan bahagian tubuh yang lain. Jarinya lantas
memicit-micit kepala yang tidak sakit. Perbualan dengan ibu sebentar
tadi telah menyebabkan dia berasa tidak keruan. Oh, ibuku!
**********
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan sekumpulan
kanak-kanak sedang riang bermain kejar-kejar di halaman rumah. Padi yang
mulai menguning di petak-petak sawah dan burung-burung yang bebas
berterbangan mengindahkan lagi pemandangan petang itu. Segala beban
pelajarannya terasa hilang semenjak dia sampai ke rumah beberapa jam
yang lalu. Nurul menghayun langkah ke sebatang pohon besar dihadapan
rumah. Di bawah pohon yang rendang itu terdapat sebuah buai dan pangkin.
Di situlah dia dan ibunya selalu berbual-bual.
Suasana damai petang itu tidaklah sedamai hatinya. Ibunya masih belum
menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja dia meminta ibu menceritakan
hal itu setibanyan dia di rumah tadi. Namun, aroma asam pedas
kegemarannya membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera makannya
pula. Nurul tersenyum sendiri.
“Hai anak dara, kenapa senyum sorang-sorang ni?”
Nurul berpaling ke arah pemilik suara itu. Ibu dan abahnya
menghadiahkan senyuman buat satu-satunya anak gadis yang mereka miliki.
“Ingat kat siapa la tu,” abah mula berseloroh.
“Mana ada ingat kat siapa-siapa. Tengah memerhati keindahan alam. Anak ibu dan abah ni kan pencinta alam orangnya,”jawab Nurul manja.
Nurul akui, walaupun usianya sudah menjengah angka 22 dan bakal
menamatkan pengajian tidak lama lagi, namun sifat keanak-anakkan dalam
dirinya masih menebal. Mungkin kerana dia satu-satunya puteri yang
dimiliki oleh pasangan Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah di samping dua
orang putera yang sudah bekerjaya dan seorang putera yang masih di zaman
remaja.
“Hal apa yang ibu nak beritahu hari tu?”, soal Nurul tanpa berlengah.
Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah berpandangan. Raut wajah mereka sedikit
berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan
Nurul belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran
Nurul sematang usianya. Haji Ahmad yakin pelajaran anakknya tidak akan
terganggu, cuma si ibu yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.
“Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita.
“Datang bertanya? Tanya apa?” serius Nurul tidak faham.
“Macam ni..” ibu mula menyusun kata.
“Ada orang datang merisik Nurul.”
“Siapa?”
“Orang Selangor. Keluarga Tengku Mahfuz.”
“Tengku Mahfuz? Siapa tu?” soal Nurul ingin kepastian.
“Kawan lama abah kamu. Sama-sama belajar di Madrasah At-Ti Hadiah dulu,” terang ibu.
Nurul hanya mendiamkan diri. Bila pula abah aku ada kawan daripada golongan Tengku-tengku ni. Aish..
“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Izzat namanya,” abah mula bersuara.
Nurul memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.
“Itu gambar orangnya. Nurul fikirlah masak-masak sebelum memberi
jawapan. Apa sekalipun jawapan Nurul, abah dan ibu akan sokong,” tambah
abah.
“Abah dan ibu dah lihat orangnya? Pandangan abah dan ibu bagaimana?”
Sekali lagi ibu dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka
meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Nurul bertambah binggung.
Malam itu Nurul sangat susah untuk melelapkan mata. Apa yang
dibongkarkan oleh abah dan ibu petang tadi benar-benar menghantui
dirinya.
Sebenarnya kami dah lama kenal Izzat tu. Abah mula-mula kenal dia
masa dia ikut Tengku Mahfuz ke majlis perkahwinan sepupu kamu, Mazuin,
tahun lepas. Masa tu kamu sibuk bantu Mak Long sampai tak sempat nak
kenalkan dengan Izzat. Kali kedua abah jumpa dia di madrasah. Dia
menggantikan papanya semasa reunion kami. Semenjak waktu tu, dia selalu
juga telefon abah bertanya khabar. Dia pun pernah datang ke rumah. Cuma
kamu je yang tak tahu.
**********
Nurul mula memanggil-manggil memorinya. Manalah tahu dia dapat
mengingati situasi yang abah ceritakan petang tadi. Daripada raut wajah
abah, Nurul dapat merasakan bahawa abah sangat menyenangi jejaka yang
bernama Izzat itu. Tidak kurang juga dengan ibu. Kedua-duanya kelihatan
ceria bercerita tentang Izzat. Izzat itu, Izzat ini…
Nurul baru teringat sampul surat yang diberi oleh abah siang tadi.
Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkannya dengan berhati-hati.
Matanya dipejamkan kerana takut melihat wajah orang ingin memetiknya
dari taman hati abah dan ibu. Entah hensem ke tidak. Entah-entah gemuk.
Alamak…hatinya berbisik nakal.
Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut
wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok
dia ni, tapi kat mana? Bila? Aiseh. Siapa ni.. muka ni macam pernah
wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Nurul makin tidak keruan. Insan
itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu. Namun, segala maklumat
bagaikan hilang ketika dia amat memerlukannya ketika ini.
Nurul lantas mencapai laptop yang hampir sehari tidak ditatap. Dia
yakin gambar Izzat pasti terselit di antara beratus-ratus gambar
simpanan peribadi miliknya. Satu demi satu folder gambar dibuka. Satu
persatu gambar diteliti supaya tidak ada yang terbabas daripada
penglihatannya. Sudah hampir ke semua gambar dilihat, diteliti dan
ditelek dengan penuh ketekunan, namun dia masih tidak menjumpai wajah
yang dicarinya. Giliran folder terakhir dibuka.
Folder yang menempatkan gambar Nurul dan rakan-rakannya semasa
Bengkel Sukarelawan yang dianjurkan pihak universiti beberapa bulan yang
lepas. Bola matanya seperti dapat menangkap sesuatu. Nurul segera
mengambil gambar yang diberikan oleh abah dan meletakkannya di screen
laptop. Dia cuba membandingkan gambar itu dengan gambar seorang
penceramah yang memiliki raut wajah yang hampir sama dengan Izzat.
“Subhanallah...” hanya perkataan keramat itu yang keluar dari bibir Nurul. Debaran hatinya bertambah kencang.
Dr. Irfan, salah seorang penceramah bagi slot kecemasan dan
perubatan. Diakah orangnya. Tanpa membuang masa, Nurul terus mendapatkan
kepastian daripada sahabat baiknya, Aina.
“ Kalau tak silap, ada dua orang doktor yang datang hari tu. Yang
perempuan tu namanya Dr. Khalisah, yang lelaki tu namanya Dr. Irfan.
Kenapa?” jawab Aina dan membalikkan satu soalan kepada Nurul.
“Aina tahu tak nama penuh doktor lelaki tu?”
“Dr. Izzat Irfan.. ada gelaran tengku kot di pangkal namanya” jawab
Aina yang berada di hujung talian. Dia berasa pelik dengan tingkah-laku
Nurul. Sebelum ini Nurul tidak pernah bertanya apa-apa mengenai
muslimin, lebih-lebih lagi yang tidak dikenalinya. Tapi berbeza kali
ini.
“Oh, ok. Terima kasih ya. Maaf mengganggu malam-malam ni.
Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam,” balas Aina kecewa. Tidak sempat nak
mengorek cerita dan bertanya lebih lanjut, Nurul sudah dahulu
mengakhiri perbualan mereka. “Tak apa, balik kolej nanti aku korek
cerita hang,” getus hatinya.
**********
Sudah dua hari di rumah dan tiba masanya kembali ke bumi UPM. Semua
barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg. Matanya tertacap kepada
satu kotak kecil berwarna merah di atas meja solek. Kotak baldu
berbentuk hati itu dicapai dan dibuka perlahan-lahan. Cincin emas
bertatahkan permata comel berwarna putih memancarkan kilauannya apabila
terkena cahaya matahari yang terbias dari tingkap kamarnya.
Hati Nurul berbelah bahagi. ‘Mengapa dia memilih aku sedangkan kami
tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Layakkah cincin secantik
ini disarungkan ke jariku. Dan yang paling menggusarkan, layakkah aku
menjadi suri hati seseorang yang baik dan sesempurna dia.’
Segala persoalan yang ingin dilontarkan telah ditulis kemas dalam
sebuah warkah. Nurul meminta nasihat abah dan ibunya. Adakah dia
melakukan sesuatu yang betul dan tidak tersasar dari jalan yang
dibolehkan agama. Kata abah, lakukanlah jika itu mendatangkan kebaikkan.
Andai itu salah satu ikhtiar yang digunakan untuk berasa yakin dialah
jodohmu, maka teruskan. Tapi awas, jangan sampai terlalu mengikut kata
hati . “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.
Pesanan abah sangat mendalam maksudnya, “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya. Oh, abah!
Nurul melipat warkah tulisan tangannya itu dengan kemas. Tiada bedak
mahupun wangi-wangian diletakkan seperti mana yang dilakukan
remaja-remaja lain. Warkah itu membawa isi hati Nurul agar si dia
mengerti dan mengenali siapa insan yang baru dilamarnya. Juga ingin
meminta kepastian adakah benar-benar ikhlas menerima dirinya yang penuh
kekurangan dan kelemahan agar suatu hari nanti tidak akan dipersoalkan
jika badai menghempas pelayaran rumahtangga mereka. Nau’zubillah...
Bukan meminta, hanya sekadar satu persediaan. Nurul meminta abahnya
sendiri menyampaikan warkah itu. Biarlah abah yang menjadi orang tengah
antara mereka, itu yang terbaik.
**********
Terlopong Aina mendengar cerita yang baru disampaikan Nurul. Aina
tidak menyangka Nurul akan dilamar oleh doktor idamannya itu. Namun, dia
sangat bersyukur andai benar jodoh Nurul dengan Dr. Irfan. Daripada
satu sudut dia dapat melihat mereka sangat sepadan. Walaupun jarak usia
antara mereka selama 6 tahun, namun itu tidak mencacatkan keserasian
mereka.
Serasi? Ya, itu yang Aina rasakan. Seingat Aina, selepas program
tamat, mereka pernah bertukar-tukar pendapat mengenai dunia perubatan
dan perkaitannya dengan isi kandunagn Kitabullah. Walaupun kumpulan
mereka terdiri daripada 7 orang, namun, hanya Dr. Irfan dan Nurul yang
banyak menjawab dan menyoal. Ahli yang lain lebih gemar mendengar,
termasuk dirinya sendiri. Aina tersenyum apabila mengimbau kembali
kenangan itu.
“ Aina rasa kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dan permata, ” kata Aina sambil mengira-ngira untuk menambah bidalan-bidalan yang lain bagi menunjukkan kesepadanan mereka.
“Aina, jangan main-main ok. Ni masalah besar ni,” balas Nurul.
“Nurul suka dia tak?”
Berkerut dahi Nurul mendengar soalan sabatnya itu. Dia berfikir sejenak.
“Orang-orang tua kata, diam maknanya suka. Betul tak?” Aina cuba
bermain kata dengan Nurul. Bukan untuk menambah kerunsingan temannya
itu, namun sebelum memberi apa-apa pandangan, lebih baik dia mengertahui
isi hati Nurul terlebih dahulu.
“Entahlah. Nurul pun tak pasti,” jawab Nurul lemah.
“Kenapa? Nurul dah ada pilihan hati ke?”
“Bukan macam tu, tapi...”
“Tapi apa? Nurul ada apa-apa masalah ke? Ceritalah, Aina sedia
mendengar,” pujuk Aina. Nurul hanya tersenyum hambar. Daripada raut
wajahnya tergambar sedikit kegusaran. Bukan soal sudah ada jejaka
idaman, Cuma hatinya belum bersedia. Bukan setakat hati, jiwa dan
jasadnya juga bagai belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang
berat itu nanti.
“Aina tahu kan siapa dia. Latar belakang keluarga pun dah berbeza
sangat dengan Nurul. Itu belum lagi tahap pendidikan. Macam tak sesuai
je dengan Nurul,” “Ish, itukan ukuran dunia je. Aina rasa dia bukan
daripada golongan yang mementingkan soal darjat dan darah ni. Dia
sendiri pun low profile, sentiasa merendah diri. Pengetahuan agama pun
boleh tahan. Apa lagi yang kurang?” soal Aina tidak puas hati.
“Memang dia tiada kekurangan dari mata Nurul. Tapi Nurul yang banyak
kekurangan. Bab agama tu yang Nurul risau. Masih lemah. Bimbang tidak
dapat menjadi suri yang dapat dia banggakan.”
“Nurul, Allah menciptakan menusia berpasangan-pasangan supaya
mereka saling melengkapi bukan? Perkahwinan bukan suatu proses mencari
yang sempurna, tapi proses untuk menjadi yang sempurna. Ingat tu,”
Nurul hanya mendiamkan diri. ‘Betul juga apa yang Aina cakap, hati kecilnya berkata-kata.
"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa
guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada
azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam
mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang
bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya
yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau
suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk
menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan
petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai
bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya,
kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."
Usai mengerjakan solat sunat istikharah buat sekelian kalinya, Nurul
masih lagi berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang mengadu kepada Yang
Esa. Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan
Pencipta.
**********
Walaupun sudah hampir tiga minggu lamaran daripada pihak lelaki
datang, namun dia masih belum dapat memberi keputusan. Buat masa ini dia
hanya mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester yang
sudah pun bermula. Syukur kerana keluarga Tengku Mahfuz memahami keadaan
dirinya.
Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nurul mengerling teman
sebilikknya yang sedang khusyuk mengulangkaji. Tangannya mencapai nota
Perundangan Makanan yang kemas tersusun di dalam fail.
Dia mahu membaca semula nota-nota tersebut sebagai persediaan
terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek itu pada pukul 11.00
pagi nanti.
Titt..titt.. Deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil memecah kesunyian bilik kecil yang dihuninya itu. “Siapa pula yang bagi mesej pagi-pagi ni,”
Nurul bermonolog sendiri. Dia mengambil telefon tersebut dan membuka
mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya. Senyuman terukir tatkala
melihat nama si pengirim, Azim, adik bongsu yang tersayang.
Salam. Kak Nurul, esok ibu dan abah akan ke UPM. Abah kata ada
benda penting nak disampaikan kepada kakak. Macam surat, tapi abah tak
bagi Azim baca. Penting benar agaknya sampai tak sempat tunggu kakak
balik.
Azim. Nurul berfikir sejenak. Surat? Dia tidak mahu terus berfikir, biar esok yang menjadi penentunya. Mesej Azim dibalas.
Waalaikumusalam. Ok, kakak akan tunggu kedatangan abah dan ibu.
Nurul meneruskan pembacaan. Hanya tinggal dua paper sahaja
lagi yang belum di jawab. Jika diikutkan, minggu hadapan dia akan pulang
ke kampung untuk bercuti. Mungkin benar kata Azim, surat itu pasti
sangat-sangat penting sehinggakan abah tidak sabar untuk memberikan
kepadanya. Tiba-tiba dia tersentak. Jangan-jangan itu surat daripada
Izzat. Surat jawapan daripada segala persoalan yang dia ajukan dalam
warkahnya tempoh hari. Sesak nafasnya dan tanpa sedar dia mengeluarkan
satu keluhan berat.
**********
Benar seperti yang dijangka. Kedatangan abah siang tadi membawa
warkah daripada Izzat. Nurul berasa sangat serba salah kerana dia masih
tidak dapat membuat keputusan. Kesian abah dan ibu. Sanggup datang
daripada jauh semata-mata untuk menyampaikan surat ini. Teringat pesan
abah, ‘Kalau Nurul betul-betul tak bersedia, jawab sahaja tidak setuju.
Kesian pihak sana masih menunggu-nunggu’.. Nurul hanya tersenyum kelat
mendengar kata-kata abah. Bukan tidak setuju, 100 kali dia mahu. Namun,
masih ada kekangan yang menyebabkan perkataan setuju itu tidak keluar
dari bibirnya. Sabarlah abah, anakmu masih perlukan masa untuk berfikir.
Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara
kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih sikap berhati-hati dan
kesabaran. Jangan terlalu cepat hingga tersadung dan jangan pula terlalu
perlahan hingga terlambat. Pilihlah jalan tengah di antaranya dan iman
serta ilmu menjadi panduannya.
Usai mengerjakan solat Isya’ , Nurul terus mencapai sampul surat
berwarna biru dari mejanya. Isinya dikeluarkan. Lipatan warkah itu masih
elok. Tidak lagi dibuka, apa lagi dibaca. Nurul memberanikan diri untuk
menatapnya. Apa pun yang terjadi, keputusan harus dibuat malam ini
juga. Ini tekadnya!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...
Salam kembali buat Saudari Nurul Jannah Alisya Binti Ahmad.
Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk
menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus
tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya.
Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan
daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.
Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah
mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan
sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa
menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya,
memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang
kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin,
setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna.
Wallahua’lam…
Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak
terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips
kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama,
kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya
akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi
kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan
biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai
jika dia dapat menerima saya seadanya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu
baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak
baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.[Surah
al-Baqarah : 216]
Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah
catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.
Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi
dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah.
Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak
perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan
pasangan kita sempurna.
Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan
kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar
tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya
daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk
itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap
memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.
Mungkin jawapan yang saya berikan tidak seperti yang saudari
inginkan. Hanya ini yang mampu saya katakan. Sesungguhnya setiap patah
perkataan yang tertulis di kertas ini, telah pun kering dakwatnya di Luh
Mahfuz. Tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang diduduki.
Jangan biarkan hal ini merunsingkan fikiranmu. Segala yang baik
datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada
insan lemah ini. Wassalam…
**********
Nurul melipat kembali warkah itu. Patutlah Izzat hanya mendiamkan
diri semasa pertemuan mereka yang tidak disengajakan minggu lepas.
Rupa-rupanya dia sudah menulisnya terlebih dahulu. Memang benar, Izzat
tidak menjawab terus apa yang disoalnya, namun setiap bait-bait kata
yang ditulis sudah cukup untuk mengukuhkan alasan untuk keputusan yang
bakal dibuat. Nurul tersenyum, dia yakin dengan keputusannya.
“Ya, tulang rusuk tidak akan tertukar!”
Haji Ahmad sangat bersyukur mendengar keputusan yang dibuat oleh
Nurul. Walaupun Nurul menetapkan beberapa syarat namun syarat tersebut
tidak memudarkan sedikitpun sinar kegembiraan di wajah ibu dan abah.
“Nurul setuju dengan lamaran ini. Tapi, Nurul nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu ataupun tidak,”
tegas Nurul. Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang
tahu. “Harap-harap dia sanggup tunggu. Kalau tak, makan hati berulam
jantunglah aku”, jenaka hati kecilnya.
Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Ibu hanya tersenyum di
sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya.
Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Adiknya Azim
juga turut tersenyum sambil mengenyitkan mata bundarnya. Mungkin
gembira bagi pihak kakaknya barangkali.
Nurul tersenyum sendiri. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah,
semuanya sudah selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan
pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian.
Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam
kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk dengan projek tahun akhirnya.
Pandangan mata dialihkan ke sawah padi yang terbentang luas. Indah,
nyaman, damai..Begitu juga rasa hatinya.. Kebahagiaan sedang menanti di
hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukannya sehingga
akhir hayat, insyaAllah…
Aug 4, 2011
Doa Penenang Hati
Doa Penenang Hati
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
Allahumma ‘abduka ‘ibnu ‘abdika ibnu amatika, naashiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, ‘adhlun fiyya qadhaauka, as aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahu fii kitaabika, au ‘alamtahu ahadan min khalqika, awista’tsarta bihi fii ‘ilmilghaibi ‘indaka, antaj ‘alal quraaana rabii’a qalbii, wa nuura shadrii, wa jala a huznii, wa dzahaaba hammii.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)
Subscribe to:
Posts (Atom)