Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Aug 11, 2011
Ketenangan dan Kebahagiaan
Assalamualaikum..
Untuk mendapatkan hati yang hebat yang diibaratkan dengan ‘Enjin Khalifah’ bukan suatu yang mudah, yang hanya dengan sekelip mata saja ia datang. Tidak, tidak mungkin berlaku dengan begitu sahaja, melainkan Allah yang berkhendak memberinya kepada orang yang Dia khendaki. Untuk itu, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya, bukan sedikit pengorbanan untuk mendapat hati yang hebat dan teguh dan bukan pula setitis keringat yang perlu di korbankan. Ia umpama menyelam untuk mencari mutiara yang berada di dasar lautan dalam yang penuh dengan halangan dan misteri. Dalam pencariannya pasti akan ada halangan yang mendatang bertandan dipinggirannya.
Jangan dikira selepas satu halangan atau rintangan sudah dilepasi bererti tiada lagi halangan akan datang. Tidak, tidak sama sekali, bermula dari itulah akan datang halangan dan rintangan yang tidak henti-henti bertandan. Mengapa begitu? Sudah pastilah begitu, untuk hati yang hebat terbentuk dalam diri seseorang itu, ujian yang besar adalah maharnya. Bergantung pada individu itu sama ada mahu ataupun tidak, andai semangatnya kuat untuk mencapai tahap itu dia mesti menghadapi ujian yang mendatang pada dirinya. Sekiranya dia tidak mahu, tiada jalan pintas untuk mencapainya, maka terumbang-ambinglah hati dibawa arus kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini.
Duhai saudaraku,
Jangan dikau lalai andai kemewahan bertandan,
Kerana ia akan membawa engkau jauh dari Tuhan,
Usah di ratapi pula akan kesulitan yang melanda dirimu,
Sesungguhnya itulah tanda kasih sayang Tuhanmu.
Duhai saudaraku,
Engkau sangka tidak akan diuji,
Tetapi ingatlah kita akan sentiasa diuji,
Jangan engkau sangka itu sebagai musibah,
Ketahuilah, itulah anugerah Tuhan kepada hamba-Nya yang lemah,
Duhai saudaraku,
Jangan engkau bersikap lemah,
Kelak akan dikau merasa resah,
Jangan pula gundah-gulana,
Kelak engkau akan kufur akan nikmat-Nya,
Duhai saudaraku,
Jangan dikau berputus asa akan kegagalanmu,
Bukankah Allah itu harapan buat dirimu?
Allah itu Maha Mendengar akan rintihan hamba-Nya,
Pohon dan adulah kepada yang selayaknya,
Duhai saudaraku,
Sesungguhnya mentari itu belum hilang,
Ia masih bersinar pada yang ingin berjuang,
Datangnya pula sentiasa dengan sinaran baru,
Menjadi obor penyuluh di perjalananmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment