Kerana aku menyayangimu....♥
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
---------------------------------------
Ya ALLAH,
aku menadah tangan kepada MU,
ampunkanlah dosa-dosa kami,
sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi api neraka MU sekiranya Engkau menetapkan umur kami panjang.. Berkatilah usia kami agar kami sentiasa berada dalam rahmat MU,
sekira...nya rezeki yang diberikan kepada kami melebihi keperluan kami.. Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hati kami,
agar kami tidak lupa kepada makhluk MU yang lain,
Ya ALLAH, diri kami ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dada kami dan bantulah kami dalam mentaati MU, Janganlah Engkau biarkan kami walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..
ya ALLAH, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hati kami dengan al-quran dan sunnah rasul MU.. Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar kami berada di kalangan mereka yang BERJAYA.. ya ALLAH..terimalah doaku ini...... AMIN
Duhai ukhti sayang…
cantik sekali rupamu
Sempurna sekali parasmu
Kerana itukah engkau gemar meletakkan gambar-gambarmu dalam dunia maya?
Duhai adikku, tidakkah dirimu tahu bahwa wajahmu bukanlah lukisan untuk dipertontonkan.
Keindahanmu bukanlah untuk dipamerkan.
Fotomu bukanlah komoditi yang dapat dipertonton sehingga setiap orang dengan mudahnya dapat memiliki gambarmu.
Duhai ukhti, dirimu adalah mutiara…
Mutiara yang sangat berharga, yang tidak setiap orang boleh menikmati keindahanmu secara tidak elok.
Semakin sering engkau pertontonkan dirimu, semakin pudarlah kilaumu.
Duhai..ukhtiku sayang
Lekuk tubuhmu sangatlah indah, bibirmu sangat mempesona
Relakah engkau jika ada orang lain yang menyimpan gambarmu, membawamu serta ke dalam tidurnya bahkan mencumbui gambarmu?
Cuba renungkan sayang, tidakkah engkau jijik membayangkan semua itu? Ada orang asing yang akan berbuat sesuka hatinya terhadap gambarmu.
Mungkin itu Cuma foto sayang…
Tapi ada harga dirimu di dalam sana,
Harga diri sebagai wanita terhormat yang telah engkau gadaikan
Semakin sering orang melihat gambarmu berlenggak lenggok dan bergaya, semakin hilanglah penghormatan akan dirimu sayang.
Tidakkah engkau mengidamkan seorang muslim yang soleh?
Tidakkah engkau rindu seorang ikhwan yang akan mengkhitbahmu kerana Allah?
Tidakkah engkau ingin dicintai dengan tulus bukan kerana parasmu, tapi kerana akhlakmu?
Tidakkah kau ingin untuk memiliki keabadian cinta yang hanya dapat di berikan seorang lelaki soleh?
Duhai ukhtiku,,
Aku berkata seperti ini, bukanlah kerana aku membencimu atau iri padamu kerana aku tidak memiliki paras secantik dirimu. Ini semua kerana aku menyayangimu.
ukhtiku sayang…
Cantikmu adalah kerana Allah, apalah yang boleh kita banggakan?
Kalaupun orang lain mengaguminya, itu karena mereka mengagumi ciptaan Allah.
Kesempurnaanmu adalah milik Allah, bahagian tubuh mana yang dapat engkau ciptakan sendiri?
Duhai ukhtiku sayang,
Sang pemilik dirimu menginginkan engkau menjaga kecantikan dengan menghijabnya, bukan dengan mempamerkan dan bergaya di hadapan banyak orang sehingga dapat menimbulkan syahwat.
ukhtiku sayang...
Engkau bukanlah objek pemuas mata-mata pemuda yang mengagumi kecantikanmu
Biarkan mereka mengagumimu melalui akhlakmu, melalui jiwamu yang anggun kerana senantiasa ingin melindungi kecantikan ragamu yang akan engkau persembahkan kelak bagi cinta halalmu.
ukhtiku sayang...
Aku persembahkan tulisan ini, sebagai tanda cinta dari seorang shbt yang menginginkan kebahagiaanmu...kebahagiaan sejati dan bukan kebahagiaan sementara.
Aku persembahkan tulisan ini, untuk mewakili jerit hati seluruh muslimah di bumi yang tidak ingin kehormatannya jatuh, akibat ulah segelintir calon muslimah yang sedang terlupa, terlena dan haus dengan puja dan puji kaum adam.
Duhai ukhtiku sayang...
Jadikan dirimu mutiara tercantik, perhiasan terindah dalam pandangan hamba-hamba Allah dengan memancarkan keindahan jiwamu, keindahan akhlakmu, keindahan hatimu kerana itu lebih baik daripada membanggakan keindahan fisikmu yang kelak akan pudar di telan waktu dan akan musnah tertimbun tanah.
Firman Allah: "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan, kelalaian, perhiasan dan berbangga-bangga di antara kamu dan berlumba-lumba banyak harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan petani-petani, kemudian menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah dan keridhaan-Nya. Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang menipu".(Al Hadiid:20)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Tebarkan sayang dan cinta pada setiap makhluk yang ada di bumi)
Barakallahu fiikum
Semoga Bermanfaat
Wassalamu'alaikum Wr. Wb
No comments:
Post a Comment