Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2
rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu
dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita
yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang
hamba.
Wanita
yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita
yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita
yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
Wanita
yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita
yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika
wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola
perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Wanita
jangan sekali beralasan jika tidak mampu memakai tudung / hijab. Doalah
semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk beramal.
No comments:
Post a Comment