Ratuku,
Ratuku,
Ingin kuluahkan,
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Dipetik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman kalbu…
Kerana apa yang kulihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga yang gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh….
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Bukan jua Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji.
Kerana,
Aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah sekadar ,
Kau mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga,
harumannya melewati pintu-pintu syurga,
jangan kau risau Ratuku,
kadangkala musim berganti,
sehingga bunga,
tak dapat berkembang mekar,
tapi itu hanya ujian buatmu…..
Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang aku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetikmu lagi……
Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu……
Jangan biarkan,
Gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana,
Kau Ratu idaman kalbu…..
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala,
Aku tertarik memandangnya…..
Tapi bukan itu yang kuharapkan…..
Aku yakin Ratuku…..
Masih ada sinar harapan,
Yang masih membuatku tersenyum lega,
Kerana,
akan aku temui
RATU IDAMAN QALBU….
No comments:
Post a Comment