Lihat dengan hati...
Renunglah dengan akal...
Siapakah diri kita sebenarnya...
Janganlah kita berpuus asa dari hidayah Allah SWT. Bagi jiwa-jiwa yang merasakan dirinya terlalu lemah dan sering melakukan dosa, saya ingin sampaikan satu berita gembira bahawa Allah tidak pernah melupakan kita bahkan begitu rindukan doan ...dan taubat kita.
“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’ Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya.’Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(sampai tersalah kata akibat terlalu gembira) Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment