Ya Allah, Seandainya Engkau telah catatkan dia milikku, tercipta buatku... satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Maka jodohkanlah kami.
Tetapi Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkan dia dari ingatanku & peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berilah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah. Agar ku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah, yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat diriku ini.
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia & akhirat... Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini. Jangnlah Engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskn aku ke arah kemaksiatan & kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman. Agar aku & dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai & kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh & solehah.
janji Allah ttp pasti...walau ape pun yg terjadi..sesungguhnye kita tidak berseorangan...Allah sentiase bersma kita..hidup mesti diteruskan walaupun perit...Allah maha pengasih dan penyayang kepada hambanye..
ReplyDelete