KETIKA CINTA BERTASBIH....
" Tatkala rindu dingin mendakap tubuh ini dengan erat,
maka terciptalah satu keajaiban antara dua jiwa..
tatkala bilangan tasbih rindu semakin mengejar dengan pantas angka rindu di hadapan,
maka wujudlah satu perasaan sayang yang semakin menebal di jiwa yang semakin layu dikala kehilangan air siraman kasih….tatkala bilangan tasbih rindu semakin memanjang dan terwujud satu destinasi menterai impian dan keinginan,maka perasaan dua jiwa satu hati semakin jauh menhayutkan cinta ke alam perbedaan…..tatkala tasbih rindu semakin hampir dengan ke hujung ketamatan,maka disitulah cinta terbukti dan kesahihan cinta terukir dibarat tanpa sempat merasa gelap… "
Ketika Cinta Bertasbih....
luruhnya airmata taubat
gentarnya janji azab seksa
balasan dosa perbuatan hambaMu
Ketika Cinta Bertasbih....
...muhasabah dalam sujud
terasa kerdil dihadapanMu
namun kudamba syurga firdaus
Ketika Cinta Bertasbih....
buku amalan ku terima
dari tangan kiri atau kanan
kelulusan atau kegagalan
Ya Allah..
Aku takut akan murkaMu....
Benarlah kata-kata;
ReplyDelete"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............