Pages

Feb 12, 2011

KASIH SAYANG SEORANG GURU

KASIH SAYANG SEORANG GURU
Assalammualaikum...
Saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku minggu lepas. Kisah ni saya nak kongsi kerana saya tahu kat dalam ni ada pelajar-pelajar sekolah. Tak kisah lah sekolah menengah ke atau rendah.
Saya seorang guru yang bertugas di salah sebuah sekolah yang amat mencabar. Tetapi Alhamdullilah kerana saya di tempatkan di sekolah ini. Ada hikmah di sebaliknya....
Di pendek kan cerita...minggu lepas saya mendapat aduan ada pelajar ponteng. Aduan ni saya dah terima sebelum cuti sekolah lagi. Ingatkan dah settle down. So, minggu lepas saya membuat satu tindakan drastik dengan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat-tempat sasaran.
Saya dan 2 orang rakan menaiki kereta ke lokasi yang dikenali sebagai "bukit cikgu". Kurang pasti lah apesal pelajar-pelajar gelar bukit tu dengan nama tu. Malang sekali hari tu hujan lebat. Nasib baiklah kereta auto saya boleh sampai ke bukit yang jalannya curam. Tak berhenti setakat itu..kami bertiga terpaksa meredah hutan untuk sampai ke pondok mereka. Cuba bayangkan saya dengan baju kurung dan bertumit tinggi...rakan saya yang segak berkasut hitam dengan slack..habis basah dan kasut kami takyah nak cakap dah jadi apa. Tapi tak mengapa...Malang sekali pelajar-pelajar tu dah cabut lari.
Tapi kami tak putus asa...di dalam kepala kami...kami nak cari juga pelajar-pelajar ni. Kami ke lokasi kedua..iaitu bangunan lama. Alhamdulllilah..kelibat pelajar-pelajar tu ada...tapi makin kami kejar..makin pula mereka cabut lari....dah serupa macam polis dah...
mereka terlepas lagi. Apa taknye...kami bertiga ni dah kesejukan basah...
Kami balik ke sekolah dengan perasaan hampa dan risau....di dalam ofis...kami sepakat terus je ke rumah para pelajar tu. Maklumkan saja dengan ibubapa mereka. Selepas mendapat alamat tempat tinggal peelajar tu..kami pun bertolak ke rumah mereka. Alhamdullilah....Allah telah memudahkan perjalanan kami...dalam perjalanan ke rumah salah seorang pelajar tu. Kami terserempak dengan 2 orang pelajar yang ponteng. Apa lagi..kami jemput mereka ke rumah mereka sekali. Dan pelajar tu juga telah tunjukkan tempat persembunyian mereka yang lain. Ya Allah....tahu dimana? di sebalik paya....
Sebelum sampai ke pondok mereka...kami kena melalui paya yang dalamnya hingga lutut. Saya yang takut lintah masa tu..dah tak fikir apa. Cuma berdoa kepada Allah S.W.T.
Malang lagi...pelajar itu lariiiiii......
Kami dengan hati yang hampa terus ke rumah pelajar yang seterusnya. Selepas kami memberitahu ibubapa pelajar tersebut kami pun balik ke sekolah.
Allah itu maha adil...salah seorang IBU kepada pelajar itu datang sendiri mencari anak perempuannya. IBU itu hanya mengikut panduan yang kami berikan sahaja. Dan IBU itu telah berjumpa dengan anaknya. Sedangkan kami....3 kali mencari tidak berjumpa.
Masa itu...saya teringat kata-kata seorang sahabat. Berdoa lah kalau kamu mahu Allah tunjukkan kamu jalan yang lurus. Masya Allah...semua yang berlaku ada hikmah.
Sesungguhnya SYURGA itu di tapak kaki IBU. Saya kongsi cerita ini, kerana saya berharap para pelajar janganlah menipu ibubapa kamu. Keluar pagi dengan pakaian sekolah tapi tidak ke sekolah....janganlah kamu benci dengan guru-guru kamu kerana kamu tidak tahu apa yang ada di dalam hati kami.

1 comment:

  1. pengalaman ini dari seorng hamba Allah....
    tanggungjawab seorang guru mmg amat berat ...
    itu pengalaman diperingkt mnengah n rendah ...
    klu pringkat pra skull...aduh ,mcm2 ragam...
    dri umur 4,5 n 6 tahun....permulaan yg terlalu mncabar bg ayu ialah..nk mngajar cara2 mmegang pensil dn menulis...itu mmg dugaan ...
    apa yg pasti.. Seorang guru hidupnya penuh dengan dugaan dan cabaran. walau seberat manapun tugasan yang diberikan, anak murid tetap menjadi tumpuan utamanya. kejayaan yang diperoleh oleh anak muridnya adalah kebanggaan guru tersebut. yang bergelar guru, kesabaran perlu ada terutama dalam membentuk akhlak dan peribadi seseorang murid. berdoa untuk kebaikan mereka adalah yang terbaik di samping memberi mereka didikan.

    ReplyDelete