Pages

Jan 19, 2011


KEHIDUPAN..KETENANGAN..KERINDUAN

Kehidupan ini sedang dilalui
Samada suka atau duka..
Renungkanlah hikmahnya

Langkahan yang kemas
membawa ketenangan
Langkahan yang tempang
membawa keperitan..
Itu semua rencah kehidupan

Ketenangan tidak sama dengan keseronokan
Selalu sahaja keseronokan itu melalaikan..

Lena dan terus hanyut bukanlah pilihan
Namun bagaimana nanti jika terjadi?
Sesuatu yang pasti adalah mati
Maka..fikirkanlah berkali-kali

Yang mana satu jadi pilihan?
Menghela nafas putus asa
atau bangkit berusaha?

Biar mencari dan terus mencari
Sabar menanti
Jangan patah hati..

Masa tidak menunggu
dan amal tidak menanti
Jangan tertipu
Kelak menyesal..
..rasa sedih menghambat emosi

Yang kosong isikanlah..
Yang rapuh teguhkanlah..
Yang tertutup bukakanlah
..Biar hari hidup kembali
..Biar rasa itu hadir
Kembali sedar diri..

Betapa sebenarnya
hati rindu.. Kasih Ilahi
*YA ALAH..... KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU. KAU PELIHARA AKU...LINDUNGI AKU...KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU, PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU YA ALLAH.... DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU..

No comments:

Post a Comment