Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda Biar seganas mana badai MASALAH menghempas.... Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN Agar tidak berganjak HALUAN... "Laa ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah, fi kulli lamhatin, wa nafasin, 'adadama wasii 'ahu ilmullah".
Dec 9, 2010
::NiAt YaNg BeRuBaH-uBaH::
``~~~BERUBAH-UBAH NIAT~~~
Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yg sangat bahaya.ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yg terjuntai.
keadaannya seperti telur di hujung tanduk,dalam keadaan yg genting itulah dia berseru,"Ya Allah selamatkanlah aku daripada jatuh.jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."
sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang.keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok,dia berseru lagi,"Ya Allah,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."
setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga bahagian tengah pokok kelapa.harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.kali ini dia berseru,"Ya Allah,kalau kau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yg lebih rendah,dan doanya berubah lagi,Ya Allah,sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya Allah,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"
```~~~PENGAJARAN~~~```
dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang,manusia mudah melupakan-Nya.Ironinya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya...(^_~)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment