WANITA, KECEWA DAN AIRMATA.....
Telah tertulis.
Dari jutaan tahun yang lampau.
Kisah wanita merana.
Angkara insan durjana.
Untuk kesekian kalinya.
Dan terulang-ulang kisah luka itu.
Diceritakan dari mulut nan manis, atau lahir dari hati yang busuk.
Kisah wanita yang luka selalu ada di mana-mana.
Hari ini seorang wanita hatinya mengeluh.
Tentang lara yang berlanjutan dalam hidupnya.
Kalau boleh, dia enggan mengeluh.
Hanya mahu diam dan melalui dengan sabar.
Tapi lubuk hatinya selalu berkata-kata.
Tentang sesuatu yang tak kesampaian.
Nada-nada suram menyanyi kecil dalam fikirannya.
Aduhai wanita..harga kecewa itu sungguh bernilai dalam hatimu yang halus.
Setitik kecewa yang singgah begitu berbekas.
Kisah luka itu kau simpan kemas dalam kotak rahsia hatimu.
Iringan airmata perkara biasa buat seorang wanita yang mulus hatinya.
Akan selalu tertulis begitu.
Wanita, kecewa dan airmata.
Selalu beriringan dalam nada yang satu.
No comments:
Post a Comment