Pages

Dec 12, 2010

::UsAh ReSaH wAhAi HaTi ::

(Foto dr Ahmad Nizam Awang)


Assalamualaikum w.b.t.,

“Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz ) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (al-Hadid: 22-23)
Mari kita sama-sama hayati pesanan dari Yahya bin Mua’az r.a.:
“Wahai anak Adam, mengapa kamu harus menyesal terhadap sesuatu yang luput darimu yang tidak akan kembali lagi? Mengapa pula kamu merasa bergembira terhadap sesuatu yang kamu dapatkan, padahal kematian akan mengakhiri semuanya itu? Maka, ketahuilah olehmu bahawa keluh kesah ketika ditimpa musibah itu tidak akan dapat mengembalikan apa yang luput dari dirimu dan keluhan itu hanya akan menggembirakan musuh-musuhmu, bukankah musibah itu sudah merupakan kepastian daripada Allah? Justeru, persiapkanlah diri untuk menghadapi hal itu.”
6 tips dalam menghadapi musibah dari Abu Al-Faraj Ibnu Al-Jauzi.
  1. Hendaklah seseorang menyedari dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat bersenang-senang.
  2. Seseorang itu juga hendaklah memahami bahawa setiap musibah adalah ketentuan daripada Allah.
  3. Hendaklah seseorang yang mengalami musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya.
  4. Hendaklah seseorang itu membandingkan antara musibah menimpanya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.
  5. Hendaklah seseorang mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi atau hilang itu masih boleh mendapat gantinya.
  6. Hendaklah seseorang yang berdepan dengan musibah mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian terbaik baginya.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (al-Baqarah: 45)

“Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.” (al-Baqarah: 155-156 )

Doa ketika ditimpa musibah:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, hanya kepada-Mu hamba mengharapkan pahala dari musibah ini. Maka, berilah hamba balasan (pahala) daripadanya dan berilah hamba pengganti yang lebih baik daripadanya."
Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment