Pages

Sep 17, 2012

sIap sudah .. Bismillah

Resepi ,,,

250 gm tepung roti 
1/2 sudu makan yis (mauripan )
140 ml air sejuk
5 gm garam
2 sudu makan minyak

--> campurkn semua dan gaul kecuali minyak .. last sekali baru masukan minyak .restkan doh selama 1/2 jam .selepas itu bahagikan doh beberapa bahagian .

sos ..
3 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
3 biji tomato
1 tin tomato puri
1 tin cendawan putang
1 bungkus sosej
daging ayam tu suke hati nk byk mana ..ehe
1/2 sudu gula dn garam
sedikit oregino dn sedikit daun bay
3 sudu makan minyak masak

blendkan semua berasingan ..

tumiskan bawang putih dan bawang merah yg telah diblend ..masukkan tomato yg diblend dan tomato puri ....masak sampai pecah minyak ..masukkan ayam ,cendawan butang .. dh masak .. topping je atas doh n tabur lada ..bhgian topping ni ikut r citarasa msing2 ..ayu bedal je .. mnderhaka pd resepi ... ehe ..ok lah paz tu pi bakar .. suhu dlm 210C dn msaak kn selama 15 - 20 minit .. selamat mcube

Jun 10, 2012

Alhamdulillah .. akhirnya dpt mbuka kembali blog yg dah lama diri ni tinggalkan ..
Ada hikmahnya ..Allah mminta diri ini bersabar .. aduhai lega sangat2 kerana dpt mbuka kmbali blog ni ..terlalu byk kenangan sbnarnya .. Syukur Alhamdulillah (^__^)

Nov 24, 2011

BISMILLAH I AM A MUSLIM




~KELEBIHAN bismillahirrahmanirrahim .~

Sabda Nabi SAW,

" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan."

Ada 1000 kelebihan bismillahirrahmanirrahim ini,disini saya postkan setitik sahaja kelebihanya,yang penting kita amalkan untuk kebahagia,ketenangan,keberkahan,kejayaan,sakinah,mawahdah,war'rahmah,mahabbah,muhibbah,maghfirah buat kita semua ADANYA ini dan itu ....amiinnn .



Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. 

01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

03. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

04. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

05. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

06. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

07. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

08. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

09. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya.

Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

" Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.

" Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "

Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :

" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"

11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Untuk Renungan


Bila kita ketuk, Dia bukakan pintu
Bila kita meminta, Dia lah yang memberi
Bila kita berdosa, Dia lah yang menguji
Bila kita meminta ampun, Dia memberi kemaafan
Dan bila kita menangis, hanya Dia yang mendengar segalanya..

" Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan?" - Surah ArRahman.


Nov 13, 2011

Pengetahuan


apakah bayi yg keguguran perlu disolatkan? jawapan, "Sekiranya umur kandungan itu umur kurang 4 bulan ketika itu tidak perlu disolatkan jenazahnya, tetapi, jika umur 4 bulan ke atas, wajib disolatkan.". hal ini dirujuk satu hadis bukhari dan muslim yg mana Nabi SAW ada menyatakan dalam menentukan umur 4 bulan tersebut.. Wallahu 'Alam


Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah


Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,

1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu

sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan

Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.


7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) PERMOHONAN
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya..

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
~LB~


Nov 11, 2011

Nov 10, 2011

ANDAI JODOH TIADA LAGI





ANDAI JODOH TIADA LAGI

Jodoh itu adalah rahsia dari Allah swt rahsia yang selalu bermain di fikiran kita berbanding dengan perkara2 yg lain.. Kita selalu asyik dan lupa kadang jodoh itu jua tidak panjang tidak selalunya bersama kita..

Kisah percintaan yg kita perjuangkan pasti kita impikan berakhirnya satu ikatan yg sah dan halal.. Iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan.. Sedangkan berkahwin ki...ta bukanlah berakhir episod percintaan dua insan di antara dua jiwa yg sama berjanji sumpah setia..

Sedang kita merasakan begitu manisnya sesuatu ikatan itu, pasti akan menjadi racun jika tidak di laksanakan tanggungjawab dengan sempurna.. Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu di uji..

Kita sering merancang akan satu kehidupan yg bahagia bersama si dia insan yg kita sayangi.. Satu kisah percintaan yg panjang di dalam sejarah hidup dan kita terus di alam mimpi.. Kerana impian mendirikan rumahtangga dengan orang yg kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia merancang, cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik2 perancang adalah dari Allah swt..

Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan.. kerana di alam rumahtangga lebih onar dari duri akan bersama di tempuhi di saat itu.. Kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yg bersemi.. Masih kukuh @ semakin pudar warna cinta yg pernah di ucap sebagai janji??

Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita.. Walau sekuat mana.. Walau sehebat mana.. Kita jua hambaNya yg lemah..

Jangan terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita selalu ada.. Berdoalah, berusahalah dan bertawakal kepada Allah swt..

Pada sekeping hati yg baru saja melewati saat getir akan perpisahaan di antara satu ikatan, pesanku bersabarlah.. Tabah di dalam mengharungi kehidupan yg baru.. Kehidupan yg mencabar didalam menjadi ibu tunggal masih ada lagi ratapan yg sudi.. Masih ada lagi yg sayang dan kasih sayang yg tidak pernah hilang..

Kamu masih ada lagi harga diri, kamu kuat dan tabah.. dan jangan tunjukkan wanita itu lemah dan tiada akan pegangan bila di tinggalkan oleh lelaki.. Kamu masih ada yg sayang.. Dan janganlah terus menyerah Allah swt sayang akan kamu kerana itulah dugaan dan ujian ada pada kamu.. Jangan ada rasa sesal dan kesal.. Bersabarlah, berdoalah kita hanya mampu merancang... Sebaik2 perancang, adalah dari Allah...



Apa pun bentuk usaha dan pengorbanannya...
Seindah apapun niat kita...
Semulia apapun tujuan kita...
Yang penting kita telah berusaha menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah iaitu "USAHA dan Berdoa" ...
Kita punya Rencana, Allah Punya Rencana..
... Sebaik-baik rencana, Rencana Allahlah yang Maha Sempurna...

"INDAH PADA WAKTUNYA

DOA SUAMI ISTERI


Ya Allah…

Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.


Ya Allah…

Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…


Buat semua pasangan suami isteri di luar sana terutama sahabat2 ku:-






," Ya ALLAH ya Tuhan kami, lembutkanlah hati kami untuk saling maaf memaafi dengan pasangan kami, untuk saling cinta dan mencintai dan limpahkanlah rezeki, kesihatan dan kebahagiaan di dalam rumahtangga kami. Ya ALLAH yang maha pengasih dan penyayang Engkau sinarilah rumahtangga kami dengan cahaya keimanan dan hidayah-MU."

Amin
.

Nov 4, 2011

TANGISAN



Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini.
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini.
Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan.
TAPI,
Tangisan semalam adalah semangat.
Tangisan semalam adalah kekuatan.
Tangisan semalam adalah kebangkitan...

♥ Sesungguhnya hari semalam adalah ianya akan pergi buat selama-lamanya.. Tidak akan kembali dan kini, semalam adalah kenangan suka duka dalam sebuah perjalanan hidup yang kita tak pasti bila akhirnya... ♥