Jodoh itu adalah rahsia dari Allah swt rahsia yang selalu bermain di
fikiran kita berbanding dengan perkara2 yg lain.. Kita selalu asyik dan
lupa kadang jodoh itu jua tidak panjang tidak selalunya bersama kita..
Kisah percintaan yg kita perjuangkan pasti kita impikan berakhirnya
satu ikatan yg sah dan halal.. Iaitu akad nikah dan majlis perkahwinan..
Sedangkan berkahwin ki...ta bukanlah berakhir episod percintaan dua insan di antara dua jiwa yg sama berjanji sumpah setia..
Sedang kita merasakan begitu manisnya sesuatu ikatan itu, pasti akan
menjadi racun jika tidak di laksanakan tanggungjawab dengan sempurna..
Perkahwinan adalah permulaan bagi ujian dan dugaan pada kita untuk
melihat sejauh mana kita mampu di uji..
Kita sering merancang
akan satu kehidupan yg bahagia bersama si dia insan yg kita sayangi..
Satu kisah percintaan yg panjang di dalam sejarah hidup dan kita terus
di alam mimpi.. Kerana impian mendirikan rumahtangga dengan orang yg
kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia
merancang, cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik2 perancang adalah
dari Allah swt..
Sebenarnya bukan tujuan percintaan di antara
sepasang kekasih berakhir dengan perkahwinan.. kerana di alam
rumahtangga lebih onar dari duri akan bersama di tempuhi di saat itu..
Kita di uji di mana adanya rasa kasih dan sayang yg bersemi.. Masih
kukuh @ semakin pudar warna cinta yg pernah di ucap sebagai janji??
Kita tidak dapat menjangka dan meramal masa depan kita.. Walau sekuat mana.. Walau sehebat mana.. Kita jua hambaNya yg lemah..
Jangan terlalu yakin dan amat pasti jodoh kita selalu ada.. Berdoalah, berusahalah dan bertawakal kepada Allah swt..
Pada sekeping hati yg baru saja melewati saat getir akan perpisahaan di
antara satu ikatan, pesanku bersabarlah.. Tabah di dalam mengharungi
kehidupan yg baru.. Kehidupan yg mencabar didalam menjadi ibu tunggal
masih ada lagi ratapan yg sudi.. Masih ada lagi yg sayang dan kasih
sayang yg tidak pernah hilang..
Kamu masih ada lagi harga diri,
kamu kuat dan tabah.. dan jangan tunjukkan wanita itu lemah dan tiada
akan pegangan bila di tinggalkan oleh lelaki.. Kamu masih ada yg
sayang.. Dan janganlah terus menyerah Allah swt sayang akan kamu kerana
itulah dugaan dan ujian ada pada kamu.. Jangan ada rasa sesal dan
kesal.. Bersabarlah, berdoalah kita hanya mampu merancang... Sebaik2
perancang, adalah dari Allah...
No comments:
Post a Comment