Pages

Oct 9, 2011

Disetiap Solat ku adalah Tangisan ku





Ya Allah .. perasaan apakah ini yang ingin Engkau tunjuk kan kpd ku ...??
Dalam 2hari ini .. dalam setiap solat ku .. disertai tangisan ku ...
Air mata ku xhenti mengalir  di setiap ayat2 Allah yg kubaca kan .. 
Dan xmampu untuk aku menguraikan perasaan ketika itu ..
Yang pasti hanya Allah yang mengetahui Rahsia itu ..
Kerana ia yang selayak2nya ...
Ya Allah ..Apakah makna semua ini ...??


Ya Allah ..Ya Allah ..aku kaku jadi nya ...masa itu juga aku terus membayang kan segala DOSA 
yang telah aku lakukan ... Layak ke aku ?? Subhanallah ..
Engkau lah Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Pengampun...
Kasih Sayang Mu melebihi segalanya ...Allahu Akbar (T_______T)



Gambar ini aku snap masa aku singgah di Pantai Remis .. 
Aku terpaku dengan matahari yang terbenam ini ....
MasyAllah ....betapa cantik nya segala Alam Ciptaan -Mu ..
Ya Allah ..aku mohon pada -Mu ,usahkan lah Engkau pesong kan hati ku 
setelah Engkau hembus kn ruang taubat pd ku ..
Aku mencari keredhaan -Mu ..
Pelihara lah aku didunia dan akhirat ..

Ingat lah.......
kita datang ini hanya sbagai tetamu senja.. bila cukup detik, kembali kita kepadaNYA..kita datang ini kosong tangan kosong dada.. bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala..
~ KITA DATANG INI SATU ROH SATU JASAD.. ~
.. bila kita lihat manusia lupa tempat, @ segera sesat, puja darjat puja pangkat.
segera kita insaf, kita ini punya kiblat, segera kita ingat kita ini punya tekad..

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya. (al-Zumar: 23)


No comments:

Post a Comment